Monday, August 9, 2010

PENGHAPUSAN RIBA: SYARAT PENTING EKONOMI BERKEADILAN

Kertas ini telah dibentangkan di Seminar Maqasid Syariah: `Menggagas Model Ekonomi Berkeadilan' sempena Ijtima’ Harakiy Pertama anjuran ABIM, WADAH dan PKPIM
Tarikh: 7 Ogos 2010 M
Bersamaan: 26 Sya’ban 1431 H
Hari: Sabtu
Masa: 8:00 pagi hingga 4:30 petang
Tempat: Dewan Gemilang Mercu Idaman, German-Malaysian Institute, Kajang, Selangor


Pengenalan

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan Model Ekonomi Baru sebagai langkah untuk memastikan Malaysia akan mencapai objektif-objektif yang telah disasarkan sebelum tahun 2020. Beberapa langkah telah dikenalpasti di samping beberapa sektor yang akan diberi perhatian yang serius. Namun, satu aspek penting yang telah gagal diberi perhatian ialah penghapusan amalan riba di dalam sistem ekonomi negara. Sebenarnya sebagai seorang Islam yang percaya bahawa Allah adalah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, kita patut yakin, sedar dan insaf bahawa mana-mana model ekonomi yang beramalkan dengan riba tidak akan berjaya menghasilkan suasana ekonomi yang sejahtera dan berkeadilan. Bahkan sistem ekonomi tersebut akan lambat laun menghadapi suasana krisis yang akan mewujudkan kesengsaraan kepada semua ahli masyarakat.
Di dalam kertas ini, saya akan mengimbas kembali sejarah krisis ekonomi dan kewangan di dalam sistem ekonomi di beberapa tempat di dunia termasuk Eropah dan Amerika Syarikat untuk menghuraikan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

Kegagalan Pakar Ekonomi
Paul Krugman, seorang profesor di dalam bidang ekonomi dari Amerika Syarikat yang juga pemenang Hadiah Nobel 2008 dalam bidang ekonomi telah mengaku bahawa beliau telah gagal meramalkan betapa seriusnya krisis ekonomi sub prima Amerika Syarikat yang bermula pada tahun 2008. Begitu juga Alan Greenspan, bekas pengerusi Federal Reserve Board di Amerika Syarikat yang pernah dikatakan sebagai pakar di atas segala pakar dalam bidang ekonomi, juga telah mengaku bahawa beliau gagal meramalkan krisis ekonomi sub prima tersebut. Termasuk juga dalam senarai adalah Prof Jeffrey Sachs dari Columbia University yang pernah memuji kehebatan ekonomi di Asia Tenggara pada tahun 1996 sejurus sebelum semua ekonomi negara-negara di Asia Tenggara jatuh menjunam pada tahun 1997. Jelaslah bahawa pendapat ramai `pakar-pakar’ bidang ekonomi dari barat tidak semuanya boleh dipercayai dan diterima bulat-bulat oleh kita.
Satu lagi perkara yang harus disedari ialah krisis ekonomi yang sekarang melanda Amerika Syarikat dan Eropah sedang berlaku di negara yang dikatakan `maju’. Tambahan pula negara-negara tersebut dikatakan mempunyai sektor kewangan yang paling hebat dan canggih, sistem kawalan dan peraturan yang paling rapi, institusi pengajian tinggi yang paling terkemuka dalam bidang ekonomi dan kewangan, serta jumlah pakar ekonomi dan pemenang hadiah Nobel dalam bidang ekonomi yang paling ramai. Tidakkah ini satu keganjilan yang harus difikirkan dengan mendalam?
Satu perkara yang harus kita memperingatkan diri kita ialah pakar-pakar ekonomi barat langsung tidak merasakan bahawa amalan riba adalah amalan yang buruk. Walhal Allah s.w.t. telah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu jika benar kamu orang yang beriman. Oleh itu kalau kamu tidak juga melakukan (perintah meengenai larangan riba itu) maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan Allah dan Rasulnya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu.(Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.” (Al-Baqarah: 278-279)

Sebenarnya, manusia yang sanggup menolak amaran Allah yang sangat jelas itu bagi kita orang tersebut adalah orang yang bodoh dan sesat walau berapa banyak anugerah Nobel yang diterimanya sekalipun.

Ekonomi Berkeadilan
Apakah yang dimaksudkan sebagai ekonomi berkeadilan? Ada yang merasakan bahawa ekonomi berkeadilan adalah di mana semua orang akan mempunyai pendapatan yang sama. Bagi mereka keadilan ekonomi ialah keadaan di mana tidak wujudnya dua golongan dalam masyarakat – iaitu satu golongan pemodal yang kaya dan satu lagi golongan pekerja yang miskin. Oleh itu bagi mereka, keadilan ekonomi yang hakiki adalah di mana semua orang akan mempunyai pendapatan yang sama dan ini hanya boleh dicapai apabila modal tidak dimiliki oleh individu secara peribadi tetapi dimiliki secara kolektif. Mereka merasakan apabila terhapusnya kumpulan pemodal maka terhapuslah juga penindasan ke atas kumpulan pekerja. Ini adalah pendapat kumpulan sosialis dan komunis yang diasaskan oleh Karl Marx.

Pada pandangan Islam pendapat di atas tidak boleh diterima kerana adalah salah untuk menghalang seseorang individu dari memiliki modal dan seterusnya menggunakannya untuk berniaga dan mendapat keuntungan darinya. Semenjak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi di dalam masyarakat Islam, individu dibenarkan memiliki modal dan berniaga dan seterusnya mengaut keuntungan. Golongan pemodal ini seterusnya ada yang mengupah pekerja untuk membantu dalam perniagaan mereka. Namun suasana penindasan ke atas pekerja yang ditakuti akan berlaku oleh kumpulan sosialis telah tidak wujud di dalam masyarakat Islam. Oleh itu isu keadilan sosial atau keadilan ekonomi tidak langsung menjadi topik perbincangan. Cuma apabila masyarakat Islam meninggalkan ajaran Islam sebenar, yakni apabila mereka mula mencedok ilmu dari masyarakat barat dan seterusnya menjalankan kehidupan mereka berlandaskan sistem barat barulah timbul isu keadilan sosial dan ekonomi. Di Malaysia, episod ketidakadilan sosial dan ekonomi ini pernah menghasilkan suasana keganasan yang berdarah yaitu pada 13 Mei 1969. Akibatnya kerajaan Malaysia telah memperkenalkan DEB dalam usaha untuk memastikan perkara seperti itu tidak berlaku lagi. Malangnya selepas berpuluh tahun pelaksanaannya, suasana ketidakadilan ekonomi masih dapat dirasakan. Malah mungkin dalam beberapa aspek ia bertambah teruk. Sekarang kita sering mendengar cerita di mana majikan gagal membayar gaji ratusan pekerja yang malang kerana syarikat sudah muflis dengan hutang berjuta ringgit. Kita juga sering mendengar kisah ratusan, malah ribuan pekerja yang dibuang oleh syarikat walaupun mereka telah berpuluh tahun memberi sumbangan yang setia kepada syarikat. Kemiskinan dan kemelaratan di dalam masyarakat masih berleluasa tanpa mengira bangsa. Akibatnya kadangkala ada yang terpaksa melakukan jenayah untuk memberi makan kepada ahli keluarga. Ada yang menjadi pencuri, ada yang menjadi peragut beg tangan, ada yang menjadi pengedar dadah dan ada yang menjadi pelacur.
Kerajaan menyedari akan keadaan kebajikan yang menyedihkan di kalangan setengah golongan masyarakat. Oleh itu kerajaan telah memperkenalkan dasar baru untuk menangani masalah yang dihadapi. Tetapi malangnya dari segi dasar tidak ada perubahan yang mendadak berbanding dengan dasar-dasar yang dilaksanakan sebelum ini. Kesemuanya masih lagi berasaskan pemikiran dan sistem barat di mana amalan riba tidak dilihat sebagai satu masalah yang serius. Ini mungkin kerana mereka yang bertanggungjawab merangka polisi ekonomi negara ini tidak menyedari kepentingan kepatuhan kita kepada ajaran Allah sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan kita termasuk di dalam bidang ekonomi. Mungkin juga mereka tidak menyedari akan bagaimana amalan riba adalah salah satu dari punca utama kepada berlakunya ketidakadilan ekonomi.

Oleh yang demikian ada baiknya bagi kita mengkaji hubungan amalan riba dan fenomina `ketidakadilan ekonomi’ dengan lebih mendalam. Untuk tujuan itu, kes yang paling baik untuk dikaji ialah apa yang telah berlaku di Eropah bermula pada kurun ke 18 dan 19. Ini adalah kerana keadaan ketidakadilan yang berlaku di Eropah pada masa itu adalah di antara yang paling serius sehinggakan ia telah memberi implikasi yang luas dan mendalam kepada perkembangan sejarah sosio-politik di seluruh dunia, termasuk di negara kita sendiri .


Penindasan Dan Ketidakadilan Ekonomi Di Eropah
Kisah penindasan dan ketidakadilan ekonomi kepada golongan bawahan dan pekerja di Eropah pada kurun ke-18 dan kurun ke-19 adalah sangat masyhur dan diketahui umum. Pada masa itu, Eropah juga sedang mengalami satu perubahan yang mendadak dari segi sosio-politik yang dikenali sebagai proses `Revolusi Industri’. Di bawah adalah laporan berkenaan keadaan ekploitasi pekerja dan kanak-kanak di Britain pada masa itu:
“In the factories, people had to work long hours under harsh conditions. Factory owners and managers paid the minimum amount necessary for a work force, often recruiting women and children to tend the machines because they could be hired for a much lower wage. Soon, critics attacked this exploitation, particularly the use of child labor.”

“Workers also had to labor for many hours, often more than 12 hours a day, sometimes more than 14, and people worked six days a week. Factory workers faced strict rules and close supervision by managers and overseers.”

“…vast differences existed between the rich and the poor…”

“Although the overall health and material conditions of the population improved, critics continued to point to urban crowding and the harsh working conditions in the factories. The youngest children in the textile factories were usually employed as scavengers and piecers. Piecers had to lean over the spinning-machine to repair the broken threads. Scavengers had to pick up the loose cotton from under the machinery. This was extremely dangerous as the children were expected to carry out the task while the machine was still working”.

“Children were sometimes hit with a strap to make them work faster. In some factories children were dipped head first into the water cistern if they became drowsy. Children were also punished for arriving late for work and for talking to the other children. Apprentices who ran away from the factory were in danger of being sent to prison. Children who were considered potential runaways were placed in irons. They would also have weights tied to their necks if they weren't working quick or well enough.”

“One of the main concerns about the number of textile workers was the safety of the factories. Unguarded machinery was a major problem for children working in factories. There were reports that every year there was nearly a thousand people treated for wounds and mutilations caused by machines in factories. Workers were often abandoned from the moment the accident occurred.”


Akibat dari keadaan ekploitasi di atas yang begitu dasyat yang berlaku pada masa itulah maka pemikir terkenal Karl Marx telah mencadangkan satu pendekatan atau falsafah politik baru untuk manusia yang terkenal sebagai fahaman Komunisma.

Karl Marx dan Komunisma
Di dalam sebuah makalah bertajuk Ökonomisch-philosophische Manuskripte aus dem Jahre 1844 (Economic and Political Manuscripts of 1844), Karl Marx menceritakan bagaimana proses kapitalisma membawa kesengsaraan kepada kehidupan manusia. Menurut beliau, sistem kapitalis menjadikan golongan pekerja menjadi `objek’ atau alat pengeluaran seperti sumber-sumber yang lain juga. Ini menghasilkan keadaan `alienation’ (pemisahan) di mana sumbangan kerja seseorang buruh menjadi terpisah dari individu buruh itu sendiri sebagai seorang manusia. Seseorang buruh dihargai semata-mata berdasarkan sumbangan tenaganya dan tidak lagi berdasarkan dirinya sebagai manusia. Dalam erti kata yang lain, nilai atau harga diri buruh adalah semata-mata berdasarkan keupayaannya menyumbang kepada proses pengeluaran. Akibatnya, pekerja menjadi komoditi seperti komoditi-komoditi pengeluaran yang lain yang wujud hanya untuk kegunaan proses pengeluaran supaya golongan pemodal dapat meraih keuntungan. Akibatnya buruh akan semakin tertindas dan terdesak. Pada pendapat Karl Marx, sejarah sosial dunia di masa lampau dan akan datang adalah semata-mata berkenaan konflik antara golongan atau kelas yang menindas dan golongan atau kelas yang ditindas. Di dalam konteks suasana perindustrian di Eropah, ia adalah di dalam bentuk kumpulan `bourgeoisie’ (atau mereka yang memiliki tanah, sumber, kilang dan lain2 sumber pengeluaran) menentang kumpulan `proletariat’ (mereka yang bekerja untuk mendapat upah). Kumpulan `bourgeoisie’, dalam usaha mereka untuk menjadi lebih kaya akan sentiasa mencari-cari sumber-sumber pengeluaran. Kejayaannya melakukan perkara demikian akan menghasilkan pertambahan modal. Dia juga akan sentiasa berusaha untuk membina kilang-kilang dan bandar-bandar yang lebih besar, mengeluarkan produk-produk yang baru serta memperolehi komoditi pengeluaran (termasuk buruh) dengan harga yang lebih murah. Sementara itu, nilai sumbangan kerja kumpulan `proletariat’ akan semakin kurang nilainya di mata pihak `bourgeoisie’. Oleh kerana itu pengaruh politik mereka di dalam masyarakat akan semakin lemah.
Namun, ada jalan keluar bagi mereka. Menurut Marx, oleh kerana mereka adalah ramai dan menjadi majoriti dalam masyarakat, sebenarnya mereka mempunyai potensi untuk melakukan perubahan kepada nasib mereka. Caranya ialah dengan mencabar dan menjatuhkan kumpulan `bourgeoisie’ dari tapak kuasa dan mewujudkan sistem baru berbentuk `Komunisma’ yang akan menjamin keadilan kepada semua ahli masyarakat. Di dalam suasana baru itu, semua individu termasuk golongan pekerja tidak akan lagi ditindas.

Tetapi malangnya Karl Marx telah tersilap di dalam analisis beliau. Sebenarnya, seperti yang kita sebut di atas, bentuk penindasan yang berlaku di hadapan mata beliau dan yang telah memberi kesan yang begitu mendalam kepada beliau hanya berlaku di Eropah. Di tempat lain, penindasan adalah dalam bentuk yang lain manakala di setengah tempat, khususnya di dalam masyarakat Islam ianya tidak berlakunya langsung walau pun terdapat golongan pemodal dan golongan buruh. Hakikat ini sangat penting disedari kerana masyarakat Islam sejak zaman Rasululllah s.a.w. lagi telah membenarkan aktiviti ekonomi dijalankan di bawah suasana di mana terdapat golongan pemodal dan juga golongan pekerja yang diupah. Tambahan pula, masyarakat Islam telah berjaya menjana aktiviti-aktiviti keilmuan dan inovasi yang telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada perkembangan peradaban Eropah. Sumbangan tersebutlah yang akhirnya membantu Eropah meninggalkan zaman kegelapan Eropah ( European dark ages) dan seterusnya mewujudkan proses `Revolusi Perindustrian’.

Suasana di Dalam Masyarakat Islam
Semasa Eropah melalui era Renaissance dan Revolusi Perindustrian, pada masa yang sama di dalam masyarakat Islam juga berlaku aktiviti ekonomi yang pesat. Walaupun kadar pertumbuhan aktiviti-ekonomi ekonomi tersebut tidak setinggi kadar yang berlaku di Eropah semasa era Revolusi Perindustrian (kerana satu faktor penting yang akan diterangkan nanti di dalam kertas ini), namun satu perbezaan yang ketara di antara masyarakat Islam dan masyarakat perindustrian Eropah ialah tidak wujudnya permasalahan jurang perbezaan pendapatan di antara golongan miskin dan yang kaya. Memang betul ada perbezaan pendapatan di antara golongan yang kaya dan golongan yang miskin yang mendapat bantuan zakat dan sebagainya. Namun ianya tidak berlaku pada tahap yang menimbulkan masalah dan konflik antara mereka. Di samping itu, di dalam masyarakat Islam juga tidak wujud suasana penindasan dan penganiayaan terhadap golongan pekerja. Oleh itu penggunaan istilah `bourgeoisie’ dan `proletariat’ bagi dua kumpulan penting yang berkonflik di dalam masyarakat seperti yang digunakan oleh Karl Marx tidak langsung digunakan oleh pemikir Islam kerana ianya tidak relevan langsung. Sebaliknya di dalam masyarakat Islam, konflik yang ditekankan adalah di antara kumpulan `Hak’ dan kumpulan `Batil’, di antara Hisb-Allah dan Hisb-AsySyaitan, di antara kumpulan Mukmin terhadap Thagut dan penyokongnya. Dalam erti kata yang lain perjuangan yang ditekankan bukannya perjuangan untuk menggulingkan kumpulan pemodal di dalam masyarakat tetapi adalah pejuangan untuk memastikan kebenaran risalah Islam terserlah dan syariah disebarkan dan dilaksanakan di seluruh pelusuk bumi. Untuk tujuan itu, golongan yang kaya berkerjasama dengan golongan yang miskin, bersatu dengan erat di bawah semangat iman dan jihad.
Kenapakah suasana begitu berbeza di antara masyarakat Islam dan Eropah pada masa itu? Sudah tentu terdapat berbagai faktor yang bertanggungjawab. Ini termasuk perbezaan dari sikap ahli masayarakat terhadap kehidupan dunia, terhadap harta dan kekayaan dan terhadap sesama sendiri. Faktor-faktor tersebut adalah penting tetapi memerlukan kupasan di dalam makalah yang lain. Di dalam kertas ini, faktor pembeza yang akan dikaji ialah faktor `amalan riba’. Semasa amalan riba sedang mengalami perkembangan yang pesat di Eropah, di dalam masyarakat Islam industri riba langsung tidak wujud kerana ajaran Islam adalah sangat jelas tentangnya iaitu satu dosa yang besar yang sama beratnya dengan dosa besar yang lain seperti zina. Umat Islam diajar oleh ulamak mereka bahawa tiada dosa yang disebut di dalam ayat Al-Quraan yang juga diiringi dengan amaran bahawa sesiapa yang beramal dengan dosa tersebut adalah layak diperangi oleh Allah dan Rasulnya. Oleh kerana itulah industri riba tidak wujud langsung di dalam masyarakat Islam selama lebih dari seribu tahun selepas wafatnya Rasulullah s.a.w..
Sebenarnya suasana yang serupa juga wujud di tempat-tampet yang lain kerana agama-agama lain termasuk Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha juga mengutuk keras amalan riba ini. Di kalangan orang Yahudi, ia dibenarkan hanya jika peminjam adalah bukan orang Yahudi, terutamanya orang Kristian kerana Rabbi mereka mengatakan bahawa dengan cara mengenakan bunga kepada peminjam Kristian, maka mereka akan dapat melemahkan musuh mereka. Kita kena sedar pada masa itu, orang Yahudi ditekan dengan hebat oleh orang Kristian. Begitu juga ramai ahli falsafah seperti Aristotle dan Thomas Aquinas sangat menentang amalan riba ini. Namun, pada kurun ke-16 orang Kristian Eropah telah mengubah ajaran asal agama Kristian yang tidak membenarkan bunga dikenakan ke atas pinjaman. Ia bermula dengan usaha seorang paderi bernama John Eck yang pada tahun 1515 berhujah selama 5 jam di Universiti Bologna mengatakan pendapat Aristotel dan Thomas Aquinas yang menentang amalan riba adalah salah. John Eck, ditaja oleh sebuah keluarga kaya `The Fuggers of Augsburg’. Beliau disusuli pada tahun 1536 oleh seorang lagi paderi Protestan bernama John Calvin. Pendapat dan pandangan mereka telah berjaya mempengaruhi ramai paderi Kristian yang lain dan amalan riba mula berleluasa di dalam masyarakat.
Lama kelamaan ia berkembang dan menjadi industri apabila golongan kaya Kristian merasakan bahawa cara itu adalah lebih senang dan kurang risiko berbanding dengan cara berdagang. Dengan wujudnya secara sah sekumpulan ahli perniagaan yang menjadikan aktiviti memberi hutang sebagai industri mereka, maka ahli perniagaan mula meminjam wang untuk menambahkan modal perniagaan mereka. Akibat dari wujudnya peluang untuk memperolehi wang dari pinjaman ini, maka aktiviti perniagaan dan perindustrian di Eropah mula berkembang dengan lebih cepat berbanding dengan tempat yang lain di mana aktiviti memberi hutang sebagai satu industri tidak dibenarkan. Tambahan pula apabila orang yang berhutang ini kebanyakkannya terdiri dari golongan ahli perniagaan, persepsi amalan riba sebagai sesuatu yang negatif dan satu bentuk `eksploitasi’ semakin berkurangan. Oleh itu, bukan sahaja ekonomi dan perindustrian berjalan cepat, malahan industri riba juga berkembang pesat.

Di samping itu, telah timbul juga beberapa pemikir liberal kapitalis seperti Jeremy Bentham dan Adam Smith yang menyokong kuat amalan riba ini. Jeremy Bentham telah menulis buku `In Defense of Usury’ di mana beliau mengatakan bahawa riba atau (`usury’ dalam bahasa Inggeris) merujuk kepada keadaan : "The taking of a greater interest than the law allows... (or) the taking of greater interest than is usual”.
Dalam erti kata yang lain, pengenaan bunga kepada pinjaman semata adalah bukannya riba. Yakni, jika kadar bunga yang dikenakan adalah `tidak terlampau tinggi’ dan peminjam bukannya seorang miskin yang melarat, maka pada pandangan beliau pinjaman dalam bentuk ini bukanlah riba.
Begitu juga Adam Smith, di dalam bukunya yang masyhur bertajuk ‘Wealth Of Nations’ yang diterbitkan pada tahun 1776, mengatakan bahawa:
"The interest or the use of money…is the compensation which the borrower pays to the lender, for the profit which he has an opportunity of making by the use of the money. Part of that profit naturally belongs to the borrower who runs the risk and takes the trouble of employing it; and part to the lender, who affords him the opportunity of making this profit."
Hujah di atas oleh Adam Smith menjadi dasar kepada kaedah atau konsep `kos melepas’ atau `opportunity costs’ dan `kos modal’ atau `cost of capital’ yang biasa diajar dalam mata pelajaran ekonomi dan kewangan sehingga ke hari ini, termasuk di Malaysia tanpa dimaklumkan kepada mereka bahawa dari pandangan Islam semuanya adalah salah. Ini kerana pada pandangan Islam, lebihan yang dikenakan ke atas jumlah asal hutang, walau sekecil mana pun asalkan ia adalah lebihan atau tambahan kepada jumlah pinjaman asal adalah haram dan ianya adalah riba.

Oleh kerana masyarakat Eropah sudah tidak lagi menyanjung tinggi pendapat golongan paderi berbanding dengan pendapat pemikir sekular seperti Adam Smith dan Jeremy Bentham, maka Eropah telah menerima amalan riba dengan penuh kerelaan hati tanpa sedikit pun merasakan ianya satu amalan yang keji dan salah. Yang anehnya ialah kegagalan di kalangan masyarakat Eropah untuk menyedari bahawa konsep yang dikupas oleh Adam Smith di atas mengandungi elemen `kepentingan diri sendiri’ yang sangat jelas. Adam Smith mengandaikan bahawa segala usaha perniagaan pasti akan menghasilkan keuntungan kepada pengusaha yang meminjam wang dan oleh sebab itulah peminjam mesti membayar balik hutangnya beserta dengan bunga tanpa mengira sama ada pengusaha sebenarnya mungkin telah mengalami kerugian akibat dari usahanya. Risiko kerugian adalah mesti ditanggung oleh pengusaha sepenuhnya. Pemiutang langsung tidak mahu tahu apakah sebab pengusaha mengalami kerugian. Pemiutang juga enggan langsung berkongsi beban kerugian tersebut. Pemiutang langsung tidak berminat untuk mengetahui kisah-kisah kesengsaraan si penghutang. Keutamaanya hanya satu iaitu pembayaran balik jumlah prinsipal beserta bunga.

Satu kisah benar yang berlaku pada tahun 2004 menjadi contoh yang terbaik untuk menerangkan aspek di atas. Ia berlaku apabila seorang pegawai tinggi Asian Development Bank ditanya sama ada bank beliau akan memaafkan hutang nelayan miskin Indonesia yang telah hilang sumber pendapatan apabila bot mereka dimusnahkan oleh ombak tsunami yang telah mengorbankan ribuan nyawa. Jawaban beliau ringkas dan jelas : “ Pemaafan hutang adalah istilah yang tidak wujud dalam daftar istilah (vocabulary) kami. Tetapi kami sanggup membantu mereka dengan memberikan hutang tambahan”.

Sikap ini mungkin memeranjatkan sesetengah orang tetapi bagi mereka yang bekerja di dalam bidang kewangan ini langsung tidak memeranjatkan.
Satu lagi aspek yang gagal difahami oleh ramai orang ialah bahawa konsep bunga dan riba adalah sebenarnya tidak praktikal dari segi jangka panjang. Perkara ini dijelaskan oleh seroang peguam Amerika bernama John Whipple di dalam bukunya “The Importance of Usury Laws – An Answer to Jeremy Bentham’ yang ditulis pada tahun 1836. Di dalam buku tersebut John Whipple menerangkan bagaimana amalan riba jika menjadi sebahagian dari sistem kewangan wang logam adalah tidak munasabah. Menurut beliau:
"If 5 English pennies ... had been ... at 5 per cent compound interest from the beginning of the Christian era until the present time, it would amount in gold of standard fineness to 32,366,648,157 spheres of gold each eight thousand miles in diameter, or as large as the earth."
Di samping itu John Whipple juga menerangkan hujah Aristotle yang pada pandangan beliau tidak difahami oleh Adam Smith dan Jeremy Bentham. Menurut John Whipple:
"…the purpose of money is to facilitate exchange. It was never intended as an article of trade, as an article possessing an inherent value in itself, (but) as a representative or test of the value of all other articles. It undoubtedly admits of private ownership but of an ownership that is not absolute, like the product of individual industry, but qualified and limited by the special use for which it was designed...."

Namun pendapat John Whipple tidak diendahkan oleh masyarakat Eropah. Amalan riba menjadi berleluasa dan akhirnya berkembang menjadi sebuah industri yang dinamakan industri perbankan. Sebahagian dari ahli masyarakat yang kaya yang sebelum itu mencari sumber hidup melalui aktiviti perdagangan mengambil keputusan untuk menjadi pemberi hutang atau money lenders, kerana bukan sahaja pulangannya yang lumayan bahkan risikonya juga jauh lebih rendah. Risiko dan usaha ditanggung oleh usahawan yang menjadi peminjam kepada bank yang mereka. Maka bermulalah era perbankan di Eropah pada kurun ke-16

Inovasi Yang Menyumbang Kepada Perkembangan Industri Riba
Terdapat beberapa inovasi yang berlaku di Eropah yang menyumbang kepada perkembangan yang pesat di dalam sektor perbankan dan kewangan ini.

Pertama ialah penggunaan wang kertas untuk menggantikan wang komoditi atau logam (emas atau perak). Penggunaan wang kertas ini di bawah sistem Fractional Reserve System membolehkan pihak bank memberi pinjaman pada jumlah yang berganda dari jumlah wang logam yang dipegang oleh mereka. Dengan cara ini pihak bank akan dapat memaksimakan keuntungan bunga yang diperolehi. Apabila jumlah wang kertas menjadi begitu besar dan sektor kewangan gigih untuk memperkembangkan industri mereka, wang komoditi emas dan perak hanya digunakan sebagai `piawaian’ sahaja dan sistem ini dikenali sebagai sistem `Gold Standard’ atau `Piawaian Emas’. Tetapi apabila industri perbankan terus berkembang, emas juga tidak berupaya menjadi piawaian dan akhirnya juga telah digugurkan dari sistem kewangan Eropah.
Oleh itu tidak hairanlah kenapa sektor ini tidak stabil kerana pemilik bank yang tamak dan ingin cepat kaya akan memberikan jumlah hutang yang berganda lebih besar dari jumlah deposit di dalam banknya. Dan ketidakstabilannya jelas kelihatan dari awal lagi kerana krisis perbankan dan kewangan sentiasa berlaku di Eropah semenjak kurun ke-17 lagi. Sebabnya ialah apabila memberi hutang menjadi satu industri yang dibenarkan, dua kumpulan akan wujud iaitu kumpulan yang rakuskan pendapatan bunga melalu aktiviti memberi pinjaman dan kumplan yang rakus untuk membesarkan perniagaan mereka dan tidak takut untuk berhutang dengan jumlah yang besar.

Dalam suasana yang sedemikian, sudah tentu keadaan terlebih hutang dan terlebih memberi hutang senang berlaku. Apabila ianya berlaku, maka berlakulah krisis perbankan atau kewangan. Apabila industri ini semakin besar, maka krisis semakin kerap berlaku dan semakin serius. Mangsanya juga semakin ramai dan mula melibatkan orang ramai yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan amalan riba ini, terutama sekali di kalangan pekerja bawahan dan di kalangan yang miskin dan lemah. Ini kerana apabila sesebuah syarikat menghadapi keadaan yang tenat akibat krisis kewangan di dalam sistem ekonomi, mereka akan membuang pekerja dan biasanya yang dibuang adalah pekerja yang kurang mahir. Jika perniagaan itu bersaiz besar, maka pekerja yang dibuang mungkin berjumlah ribuan.

Inovasi kedua ialah konsep syarikat. Pada mulanya aktiviti perniagaan di Eropah dan di mana-mana tempat adalah dilakukan oleh individu. `Cottage Industry’ atau industri kampung berleluasa di dunia termasuk di Eropah. Kadangkala beberapa individu akan berpakat dan menubuhkan satu `perkongsian’ atau `partnership’ untuk melakukan aktiviti perniagaan. Cara berniaga adalah satu kebiasaan di dalam banyak masyarakat selama ribuan tahun dan tidak langsung menimbulkan apa-apa masaalah. Ini termasuk masyarakat Melayu kampung di Tanah Melayu. Namun demikian, di dalam suasana di mana aktiviti memberi hutang menjadi satu aktiviti yang lumrah dan penting, cara ini boleh menimbulkan beberapa masalah. Masalah utama ialah individu yang meminjam wang dari bank mungkin meninggal dunia dan di bawah akta undang-undang, jika seseorang individu (atau seorang rakan kongsi) yang terlibat dalam sesuatu kontrak perniagaan (termasuk kontrak pinjaman) meninggal dunia, maka maka kontrak tersebut akan secara automatik menjadi batal. Ini menimbulkan masalah jika kontrak tersebut adalah di dalam bentuk `pinjaman wang’ kerana peminjam akan mengalami kerugian. Oleh itu firma kewangan lama-kelamaan akan merasa keberatan untuk memberi pinjaman yang berjumlah besar kepada individu atau kepada perkongsian. Maka jika industri kewangan ingin berkembang maka satu inovasi perlu dilakukan untuk menyelesaikan masaalah ini. Inovasi tersebut adalah dengan mewujudkan satu `entiti’ yang akan terus wujud walaupun individu yang terlibat telah meninggal dunia. Entiti tersebut ialah joint stock corporation atau `syarikat’. Yang meminjam wang dari bank bukan lagi seorang individu tetapi sebuah entiti guaman yang tidak mati walaupun pemilik entiti tersebut sudah meninggal dunia. Dengan berlakunya inovasi ini maka aktiviti ekonomi di Eropah berubah dari dijalankan oleh individu dalam skala yang kecil yang disebut sebagai cottage industries tadi kepada yang dijalankan oleh `syarikat’ dalam skala yang semakin besar. Syarikat boleh meminjam dalam jumlah yang banyak untuk tempoh masa berpuluhan tahun. Dan untuk memperolehi penjimatan kos, maka motivasi untuk mewujudkan skala pengeluaran yang besar adalah sangat tinggi. Dengan berkembangnya jumlah syarikat di dalam sistem ekonomi Eropah, maka berkembanglah revolusi industri di Eropah. Itulah sebabnya kenapa Eropah berjaya meninggalkan negara Islam dari segi pertumbuhan ekonomi dan perindustrian.

Implikasi Negatif
Jelas bahawa faktor penyumbang utama kepada perkembangan perindustrian ekonomi Eropah yang pesat adalah sistem kewangan berteraskan riba. Terdapat dua implikasi negatif utama dari sistem ekonomi di atas: Pertama adalah penindasan kepada golongan pekerja dan yang kedua adalah berlakunya episod krisis kewangan.
Berkenaan aspek penindasan dan eksploitasi, kita telah melihat beberapa gambaran di awal kertas ini yang memovitasikan pemikir seperti Karl Marx untuk mencadangkan penghapusan pihak pemodal. Entiti perundangan baru yang dicipta yang seolah-olah mempunyai `nyawanya sendiri’ iaitu `syarikat’ mula bersaing sesama sendiri untuk menjana keuntungan dengan beberapa cara yang menghasilkan keadaan ekploitasi dan penindasan. Seperti yang disebut sebelum ini, salah satu cara yang penting ialah operasi pada skala yang besar (large scale operation) untuk memperolehi penjimatan kos dari aspek `ekonomi skala’. Kilang akan dibuat pada saiz yang sebesar mungkin. Dengan itu, untuk menambahkan daya saing masing-masing, syarikat-syarikat mula menjadi semakin besar dengan jumlah hutang yang semakin besar. Pada masa yang sama adalah penting bagi mereka menurunkan kos mereka untuk memaksimakan jumlah untung. Faktor tersebutlah yang memaksa syarikat meminimakan kos upah yang diberikan kepada pihak pekerja.
Keadaan ini berterusan sehingga hari ini dengan keadaan persaingan yang semakin sengit. Apa yang kita hadapi sekarang ialah keadaan persaingan melampau atau `hyper-competition’ di antara syarikat gergasi antarabangsa. Syarikat gergasi ini pula kesemuanya mempunyai hutang yang juga gergasi besarnya. Sebagai contoh, hutang syarikat General Motors dari Amerika Syarikat pada tahun 2008 sejurus sebelum syarikat itu menghadapi situasi `insolvency’ ialah US$172.81 billion sementara di dalam dalam sektor kewangan hutang Lehman Brothers, syarikat kewangan gergasi dari Amerika Syarikat ialah USD613 billion. Kedua-dua syarikat tersebut terpaksa ditolong oleh kerajaan Amerika. Ini adalah kerana jika kedua-dua syarikat itu menggolong tikar, maka seluruh ekonomi negara Amerika akan menghadapi masalah yang lebih teruk yang mengakibatkan berjuta orang akan kehilangan kerja. Tetapi adakah masalah di Ameirka selesai dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Amerika itu? Tentu sekali tidak! Ini kerana kerajaan Amerika sendiri sekarang telah menanggung hutang sebanyak lebih dari USD13 trillion.
Di dalam keadaan hutang sektor korporat dan awam begitu tinggi, maka terpaksalah badan yang terlibat memastikan bahawa kos operasi dapat dikurangkan. Oleh kerana itu di Amerika Syarikat sekarang, jutaan orang telah dibuang kerja dan dalam keadaan yang merana. Mereka tiada lagi sumber pendapatan dan tidak ada organisasi yang mahu mengambil mereka sebagai pekerja. Jika mereka membeli rumah dengan berhutang dan tidak lagi mampu membayar hutang tersebut, maka rumah mereka akan dirampas dan mereka akan dihalau keluar. Mereka akan menjadi `orang yang tiada tempat tinggal’ atau `homeless people’. Sekarang ini dianggarkan kumpulan homeless people ini adalah dianggarkan berjumlah antara 2.3 hingga 3.5 juta . Adalah dianggarkan sekurang-kurangnya seramai 37,000 individu tanpa tempat tinggal (termasuk 16,000 kanak2) tinggal di kediaman sementara di bandaraya New York setiap malam.
Kenapakah keadaan ini boleh terjadi di sebuah negara yang dikatakan negara termaju dan berdaya saing tinggi? Tidak lain dan tidak bukan kerana negara tersebut telah beramal dengan riba dan menjadikannya sebagai salah satu dari industri yang terpenting di dalam sistem ekonominya.
Tetapi bukan Amerika Syarikat sahaja yang beramal dengan riba. Sekarang ini riba telah diamalkan dengan meluas dan menjadi industri penting di seluruh dunia. Akibatnya ialah kesengsaraan, kacau bilau dan penganiayaan golongan lemah dan miskin di serata tempat di dunia.
Sebagai contoh, baru-baru ini kita melihat bagaimana negara Greece tersungkur. Kerajaannya berhutang dengan banyak daripada institusi riba dari Eropah, terutama sekali dari German. Kerajaan Greece berhutang sebanyak USD442 billion dan telah tidak mampu membayar hutang tersebut. Tetapi salah satu sebab utama hutang kerajaan Greece itu adalah begitu tinggi ialah kerana kerajaannya menjalankan projek-projek mahal yang kadangkala tidak perlu untuk menyalurkan duit itu kepada kumpulan elit `oligarchy’ dalam masyarakat Greece. Akhirnya kerajaan Greece menanggung beban hutang yang tinggi sementara golongan elit menjadi bertambah kaya. Beban hutang masih tetap perlu dibayar dan perbelanjaan kerajaan perlu dikurangkan. Akhirnya yang menanggung keperitan dan kepayahan hidup akibat dari perkara ini adalah golongan bawahan.
Inilah yang berlaku di merata-rata tempat termasuk di negara-negara Islam. Sepatutnya masalah ini tidak berlaku di dalam negara Islam. Malangnya kebanyakan negara Islam adalah Islam dari segi nama sahaja tetapi tidak beramal sepenuhnya dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian, kita sekarang mendapati bahawa negara Islam hampir kesemuanya beramal dengan sistem riba dan terdapat industri riba di dalam masyarakat.
Walhal masyarakat Islam mengakui bahawa ajaran Islam adalah ajaran yang sempurna kerana datang dari Yang Maha Mengetahui yang juga telah mengajar kita di dalam kitabnya yang suci:
Surah al Baqarah 275.
Tetapi malangnya walaupun terdapat ancaman yang keras ditujukan kepada mereka yang beramal dengan riba namun, amaran ini diketepikan oleh masyarakat Islam. Untuk mengetahui bagaimana ini boleh terjadi kita perlu menyingkap kembali sejarah bagaimana industri riba menjadi industri yang penting di dalam masyarakat Islam.

Riba Datang Ke Negara Islam
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, negara Eropah mula beramal dengan amalan riba pada kurun ke-15. Sejurus selepas itu ekonomi mereka berkembang dengan pesat. Namun demikian, ekonomi yang berkembang dengan pesat memerlukan kepada resources atau sumber termasuk sumber bahan mentah. Sumber sebenarnya boleh diperolehi dengan membelinya, tetapi ini memerlukan pembayaran. Namun, kerajaan Eropah keberatan untuk membeli sumber-sumber tersebut kerana ini akan bermakna stok duit di dalam bentuk gold coins akan bertambah kurang. Pada masa itu, pemikiran atau pendekatan yang dominan dalam aspek perdaganganan antarabangsa ialah merchantilism. Oleh itu, negara Eropah tidak suka menggunakan stok duit syiling emasnya untuk tujuan memperolehi sumber. Mereka lebih suka memperolehi sumber dengan cara percuma dan ini hanya boleh berlaku jika negara di mana sumber boleh diperolehi dapat dijajah dan ditakluki. Maka oleh kerana itulah satu proses penjajahan secara besar-besaran telah berlaku di dalam sejarah manusia di mana kuasa-kuasa barat seperti Sepanyol, Britain, Holland, German, Belgium, Portugis dan lain-lain telah datang jauh dari benua Eropah ke benua Afrika, Amerika Selatan dan Asia untuk menjajah dan mengambil sumber-sumber negara yang dijajah dengan percuma. Bukan sahaja bahan mentah yang diambil, di Eropah manusia juga diambil dan dijadikan hamba abdi.
Di samping itu, untuk memperkukuhkan kedudukan penjajahan mereka untuk jangka panjang, mereka juga telah memastikan bahawa minda rakyat di negara yang dijajah juga ditukar agar menyokong usaha mereka. Bagi merealisasikan rancangan mereka, maka institusi pendidikan seperti Malay College of Kuala Kangsar, Victoria Institution dan Universiti Malaya telah dibina untuk mendidik anak-anak tempatan dengan ilmu yang dibekalkan oleh penjajah. Golongan elit di kalangan mereka telah dihantar ke negara asal penjajah untuk melanjutkan pelajaran. Di Malaysia, ramai dari lepasan sekolah elit penjajah dihantar ke United Kingdom untuk mempelajari cara hidup dan pandangan British. Mereka termasuk Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Yang tidak dihantar ke sana juga mendapat pendidikan dari universiti tempatan yang juga mengajar ilmu dari sudut pandangan penjajah. Dr. Mahathir sebagai contoh belajar di Universiti Malaya di Singapura. Di dalam bidang ekonomi, mereka diajar pemikiran Adam Smith, Jeremy Bentham dan lain-lain. Besar kemungkinan mereka langsung tidak tahu akan ayat-ayat Al-Quraan berkenaan riba. Sebaliknya mereka diajar konsep cost of capital, interest rates, net present value, internal rates of return dan lain-lain yang kesemuanya adalah konsep riba. Sistem kewangan juga diasaskan berdasarkan kepada sistem riba dan oleh itu Bank Negara ditubuhkan dan berperanan sama seperti Bank of England yang menjadi badan supervision kepada bank komersial dalam satu sistem riba yang terperinci dan rumit. Maka tidak hairanlah kenapa akhirnya sistem eknomi dan kewangan kita adalah mirip sistem mereka.
Malangnya ini juga bermakna bahawa segala masalah yang dihadapi oleh mereka juga akan berlaku di sini. Oleh sebab itulah kita juga menghadapi suasana penindasan pekerja, masalah jurang perbezaan pendapatan yang besar antara yang kaya dan miskin serta masalah beban hutang yang tinggi di semua lapisan masyarakat – individu, organisasi dan juga kerajaan. Kerajaan Malaysia sekarang ini telah berhutang sebanyak hampir RM400 billion dan masalah muflis di kalangn individu semakin bertambah serius. Syarikat-syarikat juga dalam keadaan tertekan untuk mengurangkan kos dan oleh itu cuba membayar gaji yang murah kepada pekerja untuk memaksimakan keuntungan. Apabila keadaan ekonomi merudum, pekerja bawahan akan dibuang. Ramai dari mereka membeli rumah dan kereta dengan berhutang dan apabila mereka dibuang kerja, mereka akan menghadapi suasana yang genting. Ada yang terpaksa meminjam dengan Ah Long dan akhirnya menjadi mangsa kekejaman Ah Long pula. Ada yang terpaksa menjual anak perempuan atau memaksa mereka menjadi pelacur demi untuk membayar hutang keluarga. Tidakkah ini semua bukti tentang ketidakadilan dan penganiayaan di kalangan masyarakat?

Rumusan
Isu keadilan adalah isu yang penting kepada manusia sejak zaman berzaman. Di dalam aspek ekonomi kepentingannya tidak berkurang. Ia menjadi fokus kepada ramai ahli falsafah. Malangnya ramai ahli falsafah yang cuba untuk mencadangkan sistem ekonomi yang berkeadilan telah menggunakan akal mereka masing-masing tanpa merujuk kepada wahyu Allah. Ini disebabkan sikap sombong mereka sendiri yang tidak mahu menjadikan Allah s.w.t. sebagai yang berhak disembah dan dipatuhi dalam semua aspek kehidupan manusia. Akibatnya timbul lah sistem-sistem kapitalis riba serta sosialisma. Sistem sosialisma telah terbukti gagal dengan kejatuhan USSR dan blok Eropah Timur. Sistem kapistalisma barat yang menghalalkan riba sekarang dalam krisis yang kritikal. Kemelut ekonomi dasyat yang sedang dialami oleh Eropah dan Amerika yang masih tidak ada jalan penyelesaian sudah cukup menjadi bukti bahwa sistem kapitalisma yang menghalalkan riba juga akan berakhir dengan kegagalan dan kesengsaraan kepada semua. Oleh itu sudah sampai masanya kita balik ke pangkal jalan dan mewujudkan satu model ekonomi yang betul-betul menjadikan Al-Quraan sebagai dasarnya. Satu aspek dari sistem yang berdasarkan Al-Quraan ialah tiada tempat langsung untuk industri riba kerana ianya adalah dosa yang besar dan dikutuk oleh Allah. Persoalannya, kenapa setelah mengetahui bahawa ianya dikecam oleh Allah dan juga setelah mengetahui bahawa ia adalah punca kepada kegagalan sistem ekonomi barat kita masih degil dan enggan menghapuskannya? Mungkin ia kerana ramai dikalangan mereka yang bertanggungjawab merangka polisi ekonomi negara jahil tentang ajaran Islam sebenar dan tentang keji dan bahayanya amalan riba. Jika itulah sebabnya, maka adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan mereka keluar dari keadaan jahil yang menyelubungi mereka. Semoga Allah memaafkan kita dan mereka dan semoga Allah selamatkan kita semua dari kemurkaannya.

Pengaruh Zionis

PENGARUH ZIONIS DI DALAM ORGANISASI PENTADBIRAN DAN PERNIAGAAN



Oleh
Profesor Dr. Mohd Nazari Ismail
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan
Universiti Malaya




Kertas yang dibentangkan di
Seminar Baitul Maqdis 2010
Anjuran Persatuan Ulamak Malaysia
07-08 Ogos 2010
Shah Alam, Selangor




Pengenalan
Rakyat Palestin telah ditindas dan dizalimi oleh rejim Zionis semenjak sebelum Perang Dunia Kedua. Sehingga hari ini walaupun kita sudah melangkau ke kurun yang baru, rakyat Palestin masih dibunuh, disiksa, dihalau dan harta mereka dimusnahkan atau dirampas. Antara perkara yang mungkin menjadi persoalan ialah kenapa kezaliman ini masih berlanjutan dengan sewenang-wenangnya dengan disaksikan oleh seluruh masyarakat dunia yang kebanyakannya tidak mangambil kisah tentang kejadian ini? Malahan ada pula yang memberi bantuan kepada rejim Zionis tersebut termasuk negara Islam seperti kerajaan Mesir. Salah satu dari faktornya adalah pengaruh Zionis yang sangat kuat di dunia. Pengaruh ini diperolehi hasil dari keterlibatan mereka di dalam beberapa organisasi pentadbiran dan perniagaan yang penting di dalam beberapa buah negara yang berpengaruh di dunia, terutamanya Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah. Di dalam kertas ini saya akan berusaha untuk menghuraikan lagi perkara tersebut. Saya juga akan membincangkan berkenaan perbezaan Zionis dan Yahudi serta implikasi dari perbezaan tersebut, juga prospek pengaruh Zionis dan negara Israel di masa hadapan.

Definasi Yahudi
Di dalam Al-Quraan, terdapat berpuluh-puluh ayat yang menggunakan perkataan `Yahudi’ atau `Bani Israel’. Ramai ulamak termasuk Dr. Yusuf Qaradawi mengatakan bahawa istilah `ahli kitab’ di dalam Al Quraan merujuk bukan sahaja kepada orang Yahudi (dan Kristian) yang hidup sebelum dan semasa zaman Rasulullah s.a.w. tetapi juga merujuk kepada orang Yahudi (dan Kristian) yang hidup pada zaman sekarang.
Namun apa yang kurang jelas ialah siapakah yang boleh dikatakan sebagai ahli kitab di kalangan mereka yang mengaku diri sebagai Yahudi pada hari ini. Ini adalah kerana orang Yahudi yang hidup pada hari ini telah berpecah kepada banyak kumpulan. Sebagai contoh terdapat kumpulan Yahudi Ashkenazi, Yahudi Sephardim, Yahudi Mezrahim, Yahudi Ithaca, Yahudi Ultra Orthodox, Yahudi Kabbalah, Yahudi Chabad Lubavitch, Yahudi kumpulan Jewish Defence League, Yahudi kumpulan Neturei Karta, Yahudi Reform, Yahudi Conservatives dan sebagainya. Adakah mereka semua boleh dianggap sebagai orang Yahudi tulen atau adakah di kalangan mereka yang tidak layak dipanggil sebagai ahli kitab?
Satu lagi persoalan ialah adakah Yahudi atau ahli kitab yang dimaksudkan di dalam ayat-ayat Al-Quraan juga termasuk mereka yang atheist yakni yang tidak percaya kewujudan Tuhan serta tidak percaya kewujudan kitab-kitab suci? Bagaimana kita boleh memanggil mereka ahli kitab jika mereka tidak yakin dengan kewujudan kitab-kitab suci seperti Injil, Taurat dan Zabur? Ini merupakan satu persoalan penting kerana terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa hanya 48% atau kurang dari separuh orang Yahudi di Amerika percaya tentang ketuhanan dan hanya 24% sahaja yang betul-betul yakin bahawa tentang kewujudan Tuhan. Oleh itu persoalannya ialah adakah ayat-ayat Al-Quraan tentang `ahli kitab’ dan `Yahudi’ merujuk kepada golongan yang langsung tidak beramal dengan ajaran agama Yahudi?
Mungkin salah satu cara kita dapat menjawab persoalan tersebut ialah dengan melihat definasi Yahudi menurut kacamata kebanyakan orang Yahudi sendiri. Menurut Wikipedia, definasi Yahudi adalah seperti berikut:
“Generally, in modern secular usage, Jews include three groups: people who were born to a Jewish family regardless of whether or not they follow the religion; those who have some Jewish ancestral background or lineage (sometimes including those who do not have strictly matrilineal descent); and people without any Jewish ancestral background or lineage who have formally converted to Judaism and therefore are followers of the religion”
Terjemahan: “Secara umum, istilah Yahudi dari kacamata sekular moden, merujuk kepada tiga kumpulan: mereka yang dilahirkan di dalam keluarga Yahudi tanpa mengira samada mereka mengamalkan atau tidak agama Yahudi; mereka yang mempunyai latarbelakang keturunan Yahudi (kadangkala termasuk juga mereka yang mempunyai ibu yang bukan orang Yahudi); dan mereka yang langsung tidak mempunyai latarbelakang keturunan Yahudi tetapi telah menukar agama mereka secara rasmi kepada agama Yahudi dan mengamalkan agama tersebut.”
Walaupun definasi di atas boleh membantu kita mengenali siapakah dia yang dikatakan Yahudi, seringkali terdapat juga kekeliruan tentang `keyahudian’ seseorang individu. Sebagai contoh, walaupun definasi di atas mengatakan bahawa orang Yahudi juga termasuk mereka yang bertukar agama untuk memeluk ajaran Yahudi atau Judaism, terdapat juga kes di mana paderi dan organisasi Yahudi tidak menerima orang yang seperti ini sebagai orang Yahudi kerana proses penukaran agama dilakukan oleh organisasi Yahudi yang dianggap sebagai `liberal’.
Di samping itu, di kalangan Yahudi Orthodox, hanya mereka yang ibunya seorang Yahudi sahaja yang boleh dipanggil sebagai orang Yahudi. Oleh kerana itu, mereka menolak seseorang sebagai Yahudi jika hanya bapanya seorang Yahudi. Akhir sekali, kita juga perlu mengambil perhatian bahawa ada pakar bangsa Yahudi yang mengatakan bahawa ramai dari golongan Yahudi `Ashkenazi’ iaitu Yahudi yang berasal dari Jerman dan negara-negara Eropah lain bukannya berdarah Yahudi tulen (dari keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin) kerana nenek moyang mereka sebenarnya adalah European converts atau orang Kristian yang menukar agama mereka kepada agama Yahudi.
Bagaimana pula definasi Al-Quraan tentang Yahudi? Di antara berbagai pendapat di atas, yang mana satukah yang bertepatan dengan definasi Al-Quraan tentang Yahudi? Kalau diperhatikan, sebenarnya aspek definasi Yahudi bukanlah menjadi perkara yang ditekankan oleh Al-Quraan. Menurut Dr. Azzam Tamimi, seorang pakar dalam bidang konflik Israel-Palestin dan juga pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT) di London, ada dua perkara penting yang disebut tentang orang Yahudi dan `ahli kitab’ oleh Al-Quraan. Pertama ialah kutukan Allah terhadap tingkah laku yang buruk yang diamalkan oleh sesetengah orang Yahudi dan Bani Israel dan seterusnya memperingatkan kita supaya tidak mencontohi tingkah laku buruk tersebut. Kedua, Al-Quraan juga menerangkan hak orang-orang Yahudi di bawah pemerintahan Islam yang mesti dihormati oleh orang Islam untuk mengelakkan diri dari melakukan dosa.
Oleh itu, apa yang perlu disedari ialah Al-Quraan hanya mengutuk orang Yahudi di atas tindak tanduk mereka dan bukannya kerana mereka mempunyai `darah Yahudi’. Dalam erti kata yang lain, orang yang dilahirkan sebagai orang Yahudi atau mengaku dirinya seorang Yahudi tidak semestinya dikutuk dan dikeji oleh Allah jika tindak tanduk dan perangainya tidak memusuhi Islam. Bahkan jika orang yang berketurunan Yahudi memeluk Islam, dia tidak akan lagi dirujuk sebagai orang Yahudi tetapi sebagai seorang Islam. Fakta ini sepatutnya jelas kepada kita kerana kita semua telah maklum bahawa ramai nabi-nabi Allah termasuk Nabi Daud a.s., Nabi Sulaiman a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. semuanya adalah dari keturunan Yahudi. Sebagai rumusan, Allah tidak mengarahkan kita untuk membenci atau memerangi semua orang yang bergelar Yahudi tanpa melihat dahulu apakah sikap dan tindak tanduk mereka terhadap Islam atau orang Islam.

Apakah Zionisma dan Siapakah Orang Zionis
Menurut Wikipedia, Zionisma merujuk kepada satu kefahaman yang menyeru kepada penubuhan sebuah negara-bangsa Yahudi di Palestin. Semenjak penubuhan negara Israel pada tahun 1948, ia juga merujuk kepada fahaman yang menyokong kewujudan negara Israel. Akar umbi fahaman ini adalah usaha segolongan orang Yahudi yang ingin menyelamatkan orang Yahudi dari kekejaman, kezaliman dan penindasan yang telah lama dilakukan oleh puak Kristian Eropah terhadap mereka. Sebagai contoh, pada kurun ke 11, 12 dan 13 episod kekejaman yang masyhur terhadap puak Yahudi adalah `tuduhan berdarah’ (blood libel), pengusiran, penukaran agama secara paksa dan pembunuhan beramai-ramai serta episod peperangan salib. Semasa episod peperangan salib ini ribuan orang Yahudi telah terkorban di tangan orang Kristian. Selepas episod peperangan salib, kekejaman terhadap orang Yahudi adalah di dalam bentuk pengusiran orang Yahudi dari beberapa negara Eropah. Sebagai contoh pada tahun 1396, 100 ribu orang Yahudi telah diusir keluar dari Eropah dan pada tahun 1421, ribuan lagi telah diusir dari Austria. Ramai yang diusir telah berpindah ke negara Poland. Semasa epidemik `Black Death’ di Eropah, orang Yahudi dipersalahkan dan ratusan perkampungan mereka diserang. Pada tahun 1348 pula, 900 orang Yahudi telah dibakar hidup-hidup di Strasbourg.
Penindasan dan penghinaan terhadap orang Yahudi terus berlaku dan selepas satu episod masyhur di Peranchis bergelar `Dreyfuss Affair’, seorang penulis Yahudi yang sekular bernama Theodore Herzl telah menubuhkan gerakan Zionis pada tahun 1896. Beliau berhujah dengan mengatakan bahawa orang Yahudi tidak akan selamat atau sejahtera jika mereka terus tinggal di Eropah. Menurut beliau, orang Yahudi perlu menubuhkan sebuah negara-bangsa Yahudi sendiri (Jewish homeland). Hujah beliau ditentang oleh ramai paderi atau Rabbi Yahudi berdasarkan kefahaman agama mereka, tetapi disokong kuat oleh ramai lagi orang Yahudi sekular. Sokongan kuat puak Yahudi sekular ini menyebabkan ribuan orang Yahudi di Eropah mula berpindah ke Palestin. Sokongan ini menjadi lebih kuat apabila Hitler dan kerajaan Nazi Jerman membunuh berjuta orang awam Yahudi pada perang dunia kedua. Namun seperkara yang harus diambil perhatian ialah terdapat bukti yang menunjukkan bahawa golongan Zionis telah berkerjasama dengan pihak Nazi untuk menggalakkan orang Yahudi berpindah ke Palestin.
Berdasarken sejarah penubuhan gerakan Zionisma, tidak hairanlah kenapa kesemua pemimpin awal negara Israel seperti Ben Gurion, Chaim Weizmann, Menachem Begin dan lain-lain adalah orang Yahudi Zionis sekular yang memisahkan agama dari kehidupan seharian mereka. Merekalah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kezaliman yang berlaku terhadap orang Palestin.
Seperkara lagi yang menarik yang tidak diketahui oleh ramai orang ialah terdapat ramai orang Yahudi yang mengatakan bahawa orang-orang Zionis sebenarnya adalah orang yang telah sesat dari ajaran Yahudi yang asal. Seperti yang diungkapkan oleh G. Neuburger:
“If one is a good Jew, one cannot be a Zionist; if one is a Zionist, one cannot be a good Jew.”
Terjemahan: “Jika seseorang itu seorang Yahudi yang baik, dia bukanlah seorang Zionis; manakala jika seseorang itu seorang Zionis, dia tidak mungkin seorang Yahudi yang baik.”
Kenyataan itu dibuat kerana menurut mereka, fahaman Zionis adalah sangat bertentangan dengan ajaran agama Yahudi sebenar yang tidak membenarkan seseorang Yahudi yang tinggal di luar Palestin berusaha secara aktif untuk kembali ke bumi Palestin. Menurut mereka juga, ketentuan `keYahudian’ seseorang adalah berdasarkan agama kerana mengikut fahaman Yahudi, ia menerima orang yang memilih untuk menganuti agama. Tetapi Zionisma menekankan aspek `bangsa’ kerana bagi Zionis, Israel adalah sebuah homeland atau negara asal hanya untuk `bangsa Yahudi’.
Menurut Dr. Azzam Tamimi, penganut Zionisma (atau orang Zionis) tidak semestinya orang Yahudi semata-mata. Sesiapa sahaja dari mana-mana bangsa boleh diistilahkan sebagai seorang Zionis asalkan sahaja mereka menyokong kewujudan negara Israel di Palestin. Oleh itu orang Zionis boleh terdiri dari orang Kristian (Christian-Zionists) atau orang Arab, bahkan boleh juga dari kalangan orang Islam. Antara orang Zionis awal yang bukan Yahudi ialah Lord Balfour, setiausaha luar kerajaan Britain yang mengeluarkan kenyataan menyokong penubuhan negara Israel di bumi Palestin. Bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew, juga boleh dianggap seorang Zionis kerana kerjasama erat negaranya dengan Israel, terutamanya dalam bidang ketenteraan. Begitu juga ramai ahli politik Amerika termasuk pemimpin tertinggi mereka yang boleh dikira sebagai Zionis atas sebab tindak-tanduk mereka yang menyokong dan menolong Israel walaupun mereka bukan orang Yahudi. Istilah ini juga boleh terpakai kepada pemimpin-pemimpin negara Arab kerana sokongan kuat mereka kepada negara Israel tersebut.

Sikap Islam Terhadap Orang Yahudi
Menurut Dr. Asma Adnan Zarzour, sikap Islam terhadap Yahudi dapat dilihat dari `Perjanjian Madinah’ atau `Perlembagaan Madinah’ yang telah diadakan oleh Rasulullah s.a.w. pada tahun pertama Hijrah. Di bawah perjanjian tersebut, walaupun Islam adalah asas kewarganegaraan, namun konsep kewarganegaraan telah diperluaskan untuk mencakupi mereka yang beragama lain. Ini termasuklah orang-orang Yahudi yang tinggal di Madinah. Mereka dimasukkan di dalam Madinah sebagai satu komuniti yang bebas yang ditadbir mengikut mahkamah `kepaderian’ (rabbinical) mereka sendiri. Perenggan 29 ke 36 di dalam Dustur Madinah menyatakan bahawa orang Yahudi mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama dengan orang Islam. Hak kebebasan beragama juga dijamin untuk orang-orang Yahudi.
Menurut Dr. Azzam Tamimi, pemerintahan Islam sentiasa mewujudkan suasana yang sangat bertolak ansur terhadap penganut agama lain termasuk agama Yahud. Konflik diantara orang Islam dan orang Yahudi hanya berlaku pada 2 atau 3 abad pertama sejarah Islam akibat dari tindakan beberapa golongan Yahudi yang mencabul perjanjian dengan pihak Islam. Di dalam empayar Islam, perbezaan agama dan ideologi tidak menghasilkan suasana konflik fizikal atau perang. Ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Eropah kerana Islam memiliki nilai dan prinsip yang mengawal tingkah laku penganutnya dengan mengikitiraf hak penganut agama Kristian dan Yahudi di dalam negara Islam. Masyarakat Islam wajib melindungi hak mereka dari segi nyawa, maruah, harta, agama dan tempat ibadat. Perlindungan yang diberikan oleh masyarakat Islam kepada mereka telah membolehkan mereka merealisasikan potensi kemampuan mereka dan dengan ini mereka telah sama-sama terlibat di dalam membina peradaban Islam Arab. Contoh terbaik ialah di zaman Salahudin Al-Ayubi di mana pemikir Yahudi terkemuka bernama Maimonides atau Musa bin Maimun, yang juga merupakan tabib peribadi kepada Salahudin Al-Ayubi telah berjaya menghasilkan beberapa penulisan yang penting yang telah berjaya membuatkan beliau menjadi antara ahli falsafah dan pemikir Yahudi yang paling berpengaruh dalam agama Yahudi sehingga hari ini. Layanan baik masyarakat Islam terhadap orang Yahudi tidak berubah selama 13 kurun.
Namun pada awal kurun ke-20 suasana ini mula berubah. Ini adalah berikutan penubuhan gerakan Zionis oleh Theodore Herzl pada tahun 1896 seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Rancangan gerakan Zionis untuk menubuhkan negara Israel ini mendapat sokongan yang lebih kuat di kalangan orang-orang Yahudi apabila ramai di antara mereka menjadi mangsa kekejaman Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Masyarakat antarabangsa terutama sekali Britain dan Amerika Syarikat telah berusaha untuk membantu golongan Zionis dalam rancangan penjajahan bumi Palestin dan ini telah sekaligus telah mengubah tanggapan masyarakat Islam dan Arab terhadap orang Yahudi. Mereka kini menjadi musuh utama Islam dan orang Arab, walaupun bukan semua orang Yahudi terlibat dalam gerakan Zionis ini.
Kebencian orang Islam terhadap Yahudi meningkat lagi apabila mereka terjebak di dalam perangkap Zionis yang mahukan orang Yahudi merasa tidak selamat jika mereka tinggal di dalam masyarakat Islam. Beberapa tempat ibadat Yahudi telah dibom dan orang-orang Yahudi mula menyangkakan bahawa ini adalah kerana kemarahan orang Islam terhadap mereka walhal sebenarnya ini adalah perbuatan agen-agen Zionis. Taktik Zionis ini telah berjaya dan akibatnya orang Yahudi yang ketakutan mula berhijrah beramai-ramai ke Palestin.
Penubuhan negara Zionis pada tahun 1948 telah mewujudkan keadaan di mana orang Islam telah tidak lagi dapat membezakan di antara puak Yahudi dan puak Zionis. Bagi mereka Zionis dan Yahudi adalah konsep yang sama walhal ini adalah sama sekali tidak benar. Mereka gagal menyedari bahawa pendatang Zionis dari Eropah yang menakluki bumi Palestin adalah berbeza dengan orang Yahudi yang tinggal di negara Islam secara aman selama ratusan tahun yang sama-sama telah membina peradaban Islam Arab. Mereka juga gagal menyedari bahawa golongan Zionis bukanlah golongan yang memegang teguh kepada ajaran agama Yahudi kerana mereka adalah golongan sekular dan atheist. Oleh itu, menurut Dr. Azzam Tamimi, mereka telah melakukan kesilapan apabila mereka membincangkan kekejaman golongan Zionis Israel dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quraan yang mengecam perangai orang-orang Yahudi di masa silam.
Salah satu lagi dari kesilapan pemikir dan penulis Islam ialah mereka mengatakan bahawa orang Yahudi adalah orang yang jahat kerana keturunan mereka. Dalam erti kata yang lain orang Yahudi difikirkan jahat kerana mereka mempunyai `darah’ jahat Yahudi. Kepercayaan ini menebal lagi akibat dari pengaruh tulisan puak Kristian dan golongan anti-Yahudi yang lain. Penulisan yang paling berpengaruh dalam hal ini adalah The Protocols of the Elders of Zion, satu dokumen palsu yang mengatakan bahawa orang-orang Yahudi mempunyai rancangan konspirasi untuk menakluk dunia untuk kepentingan mereka dan penaklukan Palestin adalah sebahagian dari rancangan konspirasi ini.
Menurut Dr. Azzam Tamimi, ramai pemikir Islam yang tertipu dengan dokumen `protokol’ ini telah menggunakan ayat-ayat Al-Quraan untuk membenarkan tuduhan yang terkandung di dalam `protokol’ tersebut. Di dalam kemarahan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh pihak Zionis terhadap rakyat Palestin, mereka gagal menyedari bahawa ayat-ayat Al-Quraan berkenaan Yahudi mengutuk sikap dan amalan buruk sesetengah orang Yahudi tersebut. Ayat-ayat Al-Quraan itu bertujuan untuk memperingatkan orang Islam supaya tidak mencontohi sikap dan amalan yang dimaksudkan dan bukannya mengatakan bahawa semua orang yang dilahirkan di dalam komuniti Yahudi adalah jahat. Mereka juga terlupa bahawa terdapat ayat-ayat Al-Quraan yang menekankan hak orang bukan Islam, termasuk orang Yahudi dan Kristian, yang mempunyai hubungan damai dengan orang Islam.
Menurut Azzam Tamimi lagi, satu kekeliruan di kalangan masyarakat Islam adalah tanggapan bahawa negara Israel sekarang merupakan sebuah negara Yahudi. Walhal negara Israel adalah lebih tepat disebut sebagai sebuah negara Zionis.
Walaupun demikian, golongan Zionis telah berjaya mempengaruhi pemikiran ramai orang-orang Yahudi tentang betapa perlunya mereka menubuhkan sebuah `negara Yahudi’ untuk menyelesaikan masalah mereka yang sentiasa menjadi mangsa kezaliman bangsa Eropah. Walaupun puak Zionis pada asalnya tidak mempunyai hubungan yang kuat dengan agama mereka, namun mereka telah berjaya mengelirukan orang Yahudi di serata dunia dengan mengaitkan rancangan penubuhan `negara Yahudi’ dengan ajaran agama Yahudi dan ini telah meningkatkan sokongan di kalangan masyarakat Yahudi antarabangsa.

Pengaruh Orang Yahudi di Dunia
Pengaruh orang Yahudi di dalam sejarah dunia tidak boleh disangkal lagi walaupun jumlah orang Yahudi di dunia adalah cuma seramai 15 juta orang sahaja . Sebagai contoh, di dalam satu laporan, seramai 180 atau 22% dari pemenang hadiah Nobel adalah berketurunan Yahudi. Tambahan pula, menurut satu anggaran, dari jumlah 400 orang terkaya di Amerika Syarikat, 88 orang atau hampir 22% adalah orang Yahudi. Ini adalah satu peratusan yang sangat tinggi memandangkan penduduk Yahudi di Amerika hanya 2.2% dari jumlah keseluruhan rakyat Amerika.
Salah satu cara untuk memahami pengaruh mereka ialah dengan melihat senarai yang disediakan oleh orang Yahudi sendiri tentang orang yang dirasakan ternama di kalangan mereka. Senarai di bawah bertajuk The Jewish 100: A Ranking of the Most Influential Jews of All Time telah disediakan oleh Michael Shapiro, seorang penulis Yahudi.
Rank Name Lived Description
1 Moses 13th Cen. C.E.
2 Jesus of Nazareth ca. 4 B.C.E. - ca. 30 C.E.
3 Albert Einstein 1879-1955 physicist
4 Sigmund Freud 1856-1936 psychiatrist
5 Abraham ca. 20th-19th cen B.C.E.;
according to the Bible,
1813-1638 B.C.E.
6 Saul of Tarsus (Saint Paul) 4 - 64 C.E. priest
7 Karl Marx 1818-1883 philosopher
8 Theodor Herzl 1860-1904 writer
9 Mary b. ca. 20 B.C.E.
10 Baruch de Spinoza 1632-1677 philosopher
11 David fl. 1000 B.C.E.
12 Anne Frank 1929-1945 diarist
13 The Prophets Biblical times
14 Judas Iscariot ca. 4 B.C.E. - ca. 30 C.E.
15 Gustav Mahler 1860-1911 composer
16 Maimonides 1135-1204 theologian
17 Niels Bohr 1885-1962 physicist
18 Moses Mendelssohn 1729-1786 philosopher
19 Paul Ehrlich 1854-1915 medical scientist
20 Rashi 1040-1105 rabbinical commentator
21 Benjamin Disraeli 1804-1881 politician
22 Franz Kafka 1883-1924 author
23 David Ben-Gurion 1886-1973 founder of Israel
24 Hillel ca. 70 B.C.E. - 10 C.E. theologian
25 John Von Neumann 1903-1957 mathematician
26 Simon Bar Kokhba fl. 135 C.E. general, leader
27 Marcel Proust 1871-1922 novelist
28 Mayer Rothschild 1744-1812 financier
29 Solomon ca. 990 - ca. 933 B.C.E.
30 Heinrich Heine 1797-1856 poet
31 Selman Waksman 1888-1973 developed antibiotics
32 Giacomo Meyerbeer 1791-1864 created grand opera
33 Isaac Luria 1534-1572 kabbalist
34 Gregory Pincus 1903-1967 developed birth control pill
35 Leon Trotsky 1879-1940 facilitator of the Russian Revolution
36 David Ricardo 1772-1823 founded classical school of economics
37 Alfred Dreyfus 1859-1935 center of 1895 Dreyfus affair in Paris
38 Leo Szilard 1898-1964 physicist; cyberneticist
39 Mark Rothko 1903-1970 painter
40 Ferdinand Cohn 1828-1898 bacteriologist
41 Samuel Gompers 1850-1924 labor leader
42 Gertrude Stein 1874-1946 author
43 Albert Michelson 1852-1931 physicist
44 Philo Judaeus ca. 20 B.C.E. - 40 C.E. philosopher
45 Golda Meir 1898-1978 prime minister of Israel
46 The Vilna Gaon 1720-1797 rabbinical scholar
47 Henri Bergson 1859-1941 philosopher
48 The Baal Shem Tov 1700-1790 religious reformer
49 Felix Mendelssohn 1809-1847 musician
50 Louis B. Mayer 1885-1957 motion picture pioneer
51 Judah Halevy ca. 1075-1141 philosopher and poet
52 Haym Salomon 1740-1785 Revolutionary War patriot
53 Johanan ben Zakkai ca. 80 C.E. general, leader
54 Arnold Schoenberg 1874-1951 composer
55 Emile Durkheim 1858-1917 sociologist
56 Betty Friedan 1921- feminist; founder of NOW
57 David Sarnoff 1891-1971 broadcaster
58 Lorenzo Da Ponte 1749-1838 Mozart's librettist
59 Julius Rosenwald 1862-1932 philanthropist
60 Casimir Funk *
1884-1967 discoverer of vitamins
61 George Gershwin 1898-1937 composer
62 Chaim Weizmann 1874-1952 first president of Israel
63 Franz Boas 1858-1942 anthropologist
64 Sabbatai Zevi 1626-1676 religious leader
65 Leonard Bernstein 1918-1990 musician
66 Flavius Josephus ca. 38-ca. 100 C.E. historian
67 Walter Benjamin 1892-1940 literary critic, journalist, philosopher
68 Louis Brandeis 1856-1941 jurist
69 Emile Berliner 1851-1929 inventor
70 Sarah Bernhardt 1844-1923 actress
71 Levi Strauss 1829-1902 clothier
72 Nahmanides 1195-1270 scholar
73 Menachem Begin 1913-1992 politician
74 Anna Freud 1895-1982 psychologist
75 Queen Esther 5th cen. B.C.E. Biblical queen
76 Martin Buber 1878-1965 philosopher, theologian, social activist
77 Jonas Salk 1914- physician
78 Jerome Robbins 1918- choreographer
79 Henry Kissinger 1923- politician
80 Wilhelm Steinitz ca. 1835-1900 chess champion
81 Arthur Miller 1915- playwright
82 Daniel Mendoza 1764-1836 boxer
83 Stephen Sondheim 1930- writer of musicals
84 Emma Goldman 1869-1940 anarchist, feminist
85 Sir Moses Montefiore 1787-1885 leader
86 Jerome Kern 1885-1945 writer of musicals
87 Boris Pasternak 1890-1960 novelist, poet
88 Harry Houdini 1874-1926 magician
89 Edward Bernays 1981- founder of public relations
90 Leopold Auer 1845-1930 Violinist
91 Groucho Marx 1890-1977 Comedian
92 Man Ray 1890-1976 Artist
93 Henrietta Szold 1860-1945 founder of Hadassah
94 Benny Goodman 1909-1986 clarinetist and bandleader
95 Steven Spielberg 1947- Filmmaker
96 Marc Chagall 1887-1985 Painter
97 Bob Dylan 1941- Musician
98 Sandy Koufax 1935- baseball player
99 Bernard Berenson 1865-1959 art critic
100 Jerry Siegel and Joe Shuster b. 1914; 1914-1992 comics book artist/writer, creators of Superman

Sumber: http://www.adherents.com/largecom/fam_jew100.html (dilawati pada 25 Julai 2010)
Berdasarkan jadual di atas, tidak dinafikan lagi bahawa individu yang tersenari adalah sangat berpengaruh. Namun demikian adakah kesemua mereka orang-orang yang jahat? Sudah tentu tidak! Ini kerana di antara nama-nama yang tersenarai termasuk juga nabi-nabi Allah yang mulia yang bagi kita adalah orang Islam. Juga termasuk di dalam senarai adalah orang yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan gerakan Zionis dan penubuhan negara Israel seperti Maimonides, Karl Marx dan Albert Einstein.
Terdapat juga senarai lain yang mengandungi nama orang Yahudi yang berpengaruh yang masih hidup. Salah satu senarai sedemikian telah disediakan oleh akhbar Jerusalem Post. Di bawah adalah sebahagian dari beberapa nama orang Yahudi yang terkandung di dalam senarai tersebut:

Senarai Sebahagian dari Orang Yahudi yang Paling Berpengaruh Di Dunia Menurut Jerusalem Post
Bil. Nama Latar belakang dan Organisasi
1 Ben Bernanke The chairman of the US Federal Reserve.
2 Rahm Emanuel White House chief of staff
3 Sergey Brin Founder of Google
4 Shai Agassi Founder of Better Place
5 Dominique Strauss-Kahn Head of the International Monetary Fund
6 David Axelrod Senior White House Adviser
7 Alan Dershowitz Law professor, Harvard, Israel advocate
8 Elena Kagan US Supreme Court nominee
9 Alan Solow Chairman of the Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations
10 Irwin Cotler Canadian MP, human rights activist
11 Michael Bloomberg Mayor of New York
12 Bernard Kouchner Foreign Minister, France
13 Stanley Fischer Former First Deputy Managing Director IMF
14 Sheldon Adelson American Casino Owner
15 Ruth Bader Ginsburg US Supreme Court Justice
16 Mark Zuckerberg Facebook Founder
17 Moshe Kantor EJC President
18 Michael Steinhardt American Businessman
19 Mortimer Zuckerman Owner of the New York Daily News and U.S. News & World Report and co-founder of Boston Properties
20 Ronald Lauder President of the World Jewish Congress and son of Estee Lauder, the 66-year-old Lauder
21 Larry Ellison Oracle founder
22 Steven Spielberg Filmmaker
23 Jeff Zucker CEO of NBC Universal
24 Joseph Lieberman US Senator
25 Eric Cantor US Congressman
26 Lee Rosenberg Ahli perniagaan dan President of AIPAC
27 Richard Goldstone International jurist
28 Thomas Friedman Columnist, Pulitzer Prize-winning author and journalist whose column in The New York Times has a huge readership.
29 Haim Saban Media magnate
30 Jeremy Ben-Ami J Street Executive Director
31 Simone Veil French politician
32 Irving Moskowitz US tycoon, settler supporter
33 Gill Marcus Bank Governor, South Africa
34 Bernard-Henri Lévy French Philosopher
35 Bob Dylan Musician
36 Roman Abramovitch Investor, Chelsea FC owner
37 Sacha Baron Cohen Comedian
38 Lucian Freud Artist

Sumber: Jerusalem Post. Senarai penuh boleh di perolehi dari: http://www.jpost.com/JewishWorld/JewishFeatures/Article.aspx?id=175871 (dilawati pada 25 Julai 2010)
Di dalam bidang perniagaan, penglibatan orang-orang Yahudi boleh dilihat dari senarai berikut:

Ahli Perniagaan Terkemuka Berbangsa Yahudi
Bil. Nama Negara Organisasi/Sektor/Bidang
1 John Gandel Australia Northgan gandel group

2 Peter Ivany
Australia Cinemas world wide
3 Frank Lowy
Australia Westfield Holdings and Westfield America

4 Richard Pratt
Australia Visy industries

5 Harry Triguboff,
Australia Meriton apartments

6 Alfred Lowenstein
Belgium Belgian soldier, aviator, sportsman, entrepreneur
7 Israel "Izzy" Asper Canada Broadcasting magnate
8 David Azrieli,
Canada Polish-born Canadian-Israeli multi-millionaire
9 Peter Bentley
Canada Chairman of Canadian timber giant Canfor Corp. (son of Holocaust survivors, won restitution case from Swiss bank regarding seizure of father's business in Germany)
10 Samuel Bronfman,
Canada Ukrainian-born Canadian founder of Seagrams Distilleries

11 Edgar Bronfman, Sr.
Canada Canadian original owner of Seagrams Distilleries

12 Edgar Bronfman, Jr.
Canada Canadian-U.S. owner of Vivendi Universal

13 Charles Bronfman,
Canada Billionaire part-owner of Bronfman Family
14 Garth Drabinsky
Canada Theatrical producer and entrepreneur
15 Daryl Katz,
Canada Billionaire founder of Katz Group of Cos. Pharmacy chain
16 Mike Klein,
Canada Canadian-born investment magnate
17 Paul Reichmann,
Canada Canadian real estate magnate
18 Barry Sherman,
Canada Billionaire founder of Apotex

19 Alexander Shnaider,
Canada Billionaire co-founder of Midland Group

20 Jeffrey Skoll
Canada Billionaire co-founder of ebay

21 Moses Znaimer
Canada Tajikistan-born broadcasting magnate
22 Michael Kadoorie
China Billionaire owner of CLP Holdings

23 André Citroën
France French automaker of Citroën

24 Marcel Dassault
France Billionaire French industrialist
25 Girard Louis-Dreyfus, (jewish father) France Billionaire owner of SA Louis-Dreyfus & Cie

26 Jien-Pierre Meyer
France Deputy Chairman of L'Oreal cosmetics

27 Henry Kahnweiler
France Art dealer and promoter
28 Alain & Gerald Werthheimer
France Billionaires owners of Chanel

29 Pierre Wertheimer
France Co-founder of Chanel

30 Daniel Wildenstein
France Major French art dealer and horse breader
31 Albert Ballin
Germany Denmark-born German shipping magnate and politician
32 Issachar Berend Lehmann
Germany Banker and patron of the Jewish communities in Halberstadt and Dresden, Germany

33 Emil Rothenau
Germany German founder of AEG

34 Phillip Rosenthal
Germany Founder of Phillip Rosenthal & Co, porcelain business

35 Mayer Amschel Rothschild
Germany German banker, first of the Rothschild family

36 Ron Sommer
Germany CEO of Deutsche Telekom

37 Max Warburg
Germany German banker
38 Shari Arison
Israel Is Israel's richest citizen and owns Bank Hapoalim. She is the daughter of the late Ted Arison.
39 Morris Kahn
Israel Billionaire founder of Amdocs

40 Lev Leviev
Israel Russian-born Israeli diamond billionaire
41 Daniel M. Lewin
Israel , Israeli Internet entrepreneur
42 Arnon Milchan
Israel Billionaire film producer
43 Summy & Juli Ofer
Israel Billionaires co-owners of Royal Caribbean Cruise

44 Isaac Tshuva
Israel Israeli billionaire
45 Stef Wertheimer
Israel Billionaire founder and owner of Iscar

46 Carlo de Benedetti
Italy Shareholder of Olivetti

47 Antony Bernheim,
Italy Chairman of Generali

48 John Elcann
Italy Vice chairman and Vice president of Fiat, (Jewish father)

49 Camilio Olivetti,
Italy Founder of Olivetti

50 Saba Isaac Raffoul,
Mexico Billionaire owner of Grupo Casa Saba

51 Roman Abramovich,
Russia Russian billionaire Sibneft

52 Boris Berezovsky
Russia Russian-British former billionaire
53 Mikhail Brudno
Russia Russian-Israeli former billionaire Yukos

54 Vladimir Dubov
Russia Russian-Isreali former billionaire Yukos

55 Vladimir Gusinsky
Russia Russian-Israeli former billionaire
56 Mikhail Fridman
Russia Russian billionaire, TNK-BP

57 German Khan
Russia Russian billionaire, executive director of TNK-BP

58 Mikhail Khodorkovsky
Russia Russian billionaire (Jewish father) Yukos

59 Leonid Nevzlin
Russia Russian-Israeli former billionaire Yukos

60 Victor Vekselberg,
Russia Russian billionaire, TNK-BP

61 Isaac & Nahman Andic
Spain Bilionaires founders and owners of Mango

62 Isaac Carasso
Spain Spanish founder of Danone group

63 Alicia Koplowitz
Spain Billionaire president ofomega Capital

64 Esther Koplowitz
Spain Billionaire owns Fomento de Construcciones y Contratas, richest woman in Spain. Had a Jewish father but was raised Catholic, along with sister, Alicia.
65 Donald Gordon
South Africa Billionaire founder and owner of Liberty Life

66 Harry Oppenheimer
South Africa South African diamond and gold mines billionaire, (became Christian)
67 Fritz Hoffman
Switzerland Founder ofhoffman-La Roche

68 Oeri, Hoffman and Sacher families
Switzerland Billionaires, Roche pharmaceutical fortune

69 Jack Cohen
Britain British businessman, founder of Tesco supermarkets

70 Joseph Duveen
Britain British art dealer
71 Brian Epstein
Britain Promoter of The Beatles
72 Donald Gordon,
Britain Billionaire founder of Liberty Life

73 Philip Green
Britain Is a British billionaire businessman who owns some of the United Kingdom's largest retailers including British Home Stores, and the Arcadia Group. He has also made two unsuccessful takeover bids for Marks and Spencer, an icon of British retailing.
74 Lord Stanley Kalms
Britain Founder of Dixons group

75 Naser Khalili
Britain Billionaire art dealer and collector
76 Allen Klein,
Britain Business manager of the Rolling Stones and the Beatles
77 Robert Maxwell
Britain British communications magnate
78 Moses Haim Montefiore
Britain Italian-born English financier, philanthropist and Zionist
79 Paul Julius Reuter,
Britain German-born British media owner (originally Israel Beer Josaphat)
80 Nathan Mayer Rothschild,
Britain British financier and philanthropist
81 Eduard Shifrin
Britain Ukrainian-born Russian British billionaire co-founder of Midland Group

82 Leonore Annenberg
United States Billionaire owner of TV Guide and Triangle Publications

83 Mortimer Zuckerman,
United States Billionaire owner of New York Daily News and US News and World Report

84 Daniel, Dirk and Robert Ziff
United States Billionaires owners of Ziff Davis

85 Samuel Zell
United States Billionaire chairman of Equity Residential Properties Trust

86 Ed Zander
United States CEO of Motorola

87 Stephen Wynn
United States Billionaire casinos
88 Leslie Wexner
United States Billionaire main shareholder of The Limited

89 Sandy Weill
United States U.S. billionaire, chairman of Citigroup

90 Paul Warburg
United States U.S. banker, Federal Reserve founder and board member
91 Preston Robert Tisch
United States U.S. billionaire, owned several companies with his brother including CBS

92 Laurence Tisch,
United States U.S. billionaire, owned CBS

93 Alfred Taubman
United States Billionaire Sotheby's action and shopping centers

94 Leonard Stern
United States Billionaire, Manhattan real estate mogul who owns the Soho Grand, and Tribeca Grand Hotel in Manhattan

95 Steven Spielberg
United States Billionaire co-founder and co owner of dreamworld SKG films production
96 George Soros
United States Hungarian-born U.S. billionaire, investor, philanthropist
97 Sheldon Solow
United States Billionaire real estate
98 Melvin Simon,
United States Billionaire owner of Simon Property real estate shopping malls
99 Herbert Siegel,
United States Billionaire CEO of criscraft Industries

100 Philip Anschutz
United States Founder and chairman of Qwest Communications International, and acquired United Artists Theaters, and Regal Cinemas

101 Zev Siegal
United States Cofounder of Starbucks

102 Evgeny Shvidler
United States Billionaire shareholder of Sibneft oil production

103 Robert Shapiro,
United States Former CEO of Monsanto

104 Jonathan_I._Schwartz
United States COO of Sun Microsystems

105 Howard Schultz
United States Entrepreneur, joined Starbucks founders in 1982 and bought it in 1987
106 David Sarnoff
United States General Manager of RCA corporation

107 Marion & Herbert Sandler
United States 2 billionaires co-owners of Golden West Financial

108 Henry Samueli
United States Billionaire co-founder and owner of Broadcom

109 Haim Saban
United States Billionaire, television producer (Mighty Morphin Power Rangers) and media mogul

110 Helena Rubinstein
United States Polish-American cosmetics industrialist
111 William Rosenberg
United States U.S. founder of Dunkin Donuts

112 Arthur Rock,
United States Billionaire venture capitalist
113 George Roberts
United States Billionaire leveraged buyout co-founder and co-owner of KKR

114 Mark Rich,
United States Billionaire commodities trader
115 Charles Revson
United States Revlon cosmetics
116 Sumner Redstone,
United States U.S. CEO of Viacom

117 Stewart Rahr,
United States Billionaire president and CEO of Kinray Corp

118 Pritzker Family,
United States 11 billionaire-owners of Hyatt hotels and Marmon Group

119 Abram & Jack Pritzker
United States Founders of Marmon Group

120 Edmund Ansin,
United States Billionaire owner of TV Stations
121 Michael Price
United States Billionaire founder of MFP Investments (one Jewish parent)
122 Ron Popeil
United States U.S. inventor (Jewish father)
123 Ronald O. Perelman
United States Billionaire, chairman of the board of Revlon Inc. And Products Corp.

124 Nelson Peltz
United States Billionaire Triarc Companies leveraged buyout

125 William S. Paley
United States U.S. billionaire who built CBS

126 Bernard Osher
United States Bilionaire co-owner of Golden West Financial

127 Ted Arison
United States U.S.-Israeli billionaire, founder of Carnival Cruise Lines.

128 Donald Newhouse
United States Billionaire, is one of the owners of Condé Nast Publications.
129 Samuel Newhouse, Jr.
United States Billionaire who owns 26 Newspapers such as Parade Magazine, Conde Nast, Vogue etc.

130 Roy Neuberger
United States U.S. art dealer of Neuberger & Berman

131 Michael Milken
United States Billionaire leveraged buyout
132 Bernard Marcus
United States Billionaire co-founder and co-owner of Home Depot

133 Peter Lewis
United States Billionaire owner of Progressive Corp car insuarance

134 Alfred Mann,
United States Billionaire owner of Mankind Corporation

135 Micky Arison
United States Chief Executive Officer of Carnival Corporation & PLC.

136 Morris Levy
United States U.S. music industry executive
137 Norma, Randolph and Nancy Lerner
United States 3 billionaires main shareholders of MBNA Financial

138 Gerry Lenfest
United States Owner of Lenfest Communications cable TV

139 Samuel J. LeFrak & family,
United States Billionaire, major developer in downtown Manhattan

140 Thomas Lee
United States Billionaire leveraged buyout
141 Ralph Lauren
United States Billionaire founder and chairman of Polo Ralph Lauren Corp fashion

142 Ronald Lauder
United States Billionaire co-owner of Estee Lauder cosmetics

143 Leonard Lauder
United States Billionaire co-owner of Estee Lauder cosmetics

144 Edward Lampert
United States Billionaire, founder of EPS Investments

145 Henry Kravis
United States Billionaire, American financier co-founder and co-owner of KKR

146 Michael Krasny
United States Billionaire founder and owner of CDW Computer

147 Bruce Kovner
United States Billionaire, started Caxton Hedge Fund and is American Enterprise Institute Vice Chairman

148 Jerome Kohlberg, Jr.
United States Leveraged buyout co-founder and co-owner of KKR

149 Jeffrey Katzenberg
United States Former billionaire co-founder and co-owner of dreamworks SKG films production

150 George Kaiser,
United States Billionaire owner of Kaiser-Fransis Oil

151 Taribaldi Jaleelowitz,
United States Star fund manager,9'b.s.d corp

152 Jeremy Jacobs,
United States Billionaire owner of Delaware North sport concessions

153 Sheldon Adelson,
United States Is a 71 year-old billionaire property developer in Las Vegas. He took Las Vegas Sands Corp. Public in December 2004 by selling 10 % of the shares. He was born and raised in a Jewish neighborhood in Boston, Massachusetts.
154 Irwin Jacobs,
United States Billionaire co-founder and main shareholder of Qualcomm

155 Carl Icahn,
United States Billionaire who took over TWA and controlled it until 1993, also owner of Lowestfares.com

156 Henry Hillman,
United States Billionaire owner of Pittsburg Coke & Chemicals (unconfirmed)
157 Leona Helmsley
United States Real estate
158 Andrew Grove
United States Hungarian-born U.S. co-founder of Intel

159 Maurice R. Greenberg,
United States Billionaire, CEO of AIG

160 Steve Ballmer,
United States U.S. CEO of Microsoft (Jewish mother)

161 Alan Greenspan
United States U.S. economist, Former chairman of the U.S. Federal Reserve

162 Maurice Greenberg,
United States Billionaire main shareholder and ex chairman of AIG

163 Pincus Green,
United States Billionaire commodities trader
164 David Gottesman
United States Billionaire founder of First Manhattan (unconfirmed)

165 Alex & Tom Gores
United States 2 billionaires leveraged buyout
166 Leslie & Louis Gonda
United States Billionaires shareholders in AIG insuarance and real estate
167 Malcolm Glazer
United States Billionaire owner of First Allied Corporation shareholder of Manchester United

168 Guiford Glazer,
United States Real estate shopping centers
169 Rob Glaser,
United States Founder and CEO of Real Networks, makers of Real Player

170 Carl Berg,
United States Billionaire real estate and investments
171 Robert, William, John Fisher,
United States 3 billionaires main shareholders of The Gap

172 David Geffen,
United States U.S. record executive
173 Sydney Frank,
United States Billionaire liquor (unconfirmed)
174 Donald Fisher
United States Founder of The Gap
175 Paul Fireman,
United States Billionaire founder of Reebok aerobic shoes

176 Stanley Druckenmiller,
United States Billionaire, famous for his "billion dollar bet against the British pound in 1992 that generated 30% returns for George Soros"
177 Max Factor,
United States Polish-American cosmetics industrialist
178 Larry Ellison,
United States U.S. CEO of Oracle Corporation (adopted by Jews from Jewish biological parents)
179 William Davidson,
United States Billionaire owner of Guardian Industries

180 Barry Diller,
United States Billionaire owner of Usa Networks Ticketmaster

181 Michael Dell,
United States U.S. founder of Dell Inc.

182 Clive Davis
United States U.S. founder of Arista Records
183 Barbara Davis
United States , Billionaire energy tycoon
184 Arthur Blank,
United States Billionaire co-founder and co-owner of Home Depot

185 Mark Cuban
United States U.S. billionaire owner of Dallas Mavericks, founder of Broadcast.com (sold to Yahoo!).

186 Joshua Lionel Cowen
United States U.S. toy inventor and manufacturer (Lionel trains)
187 Lester Crown,
United States Billionaire main shareholder in General Dynamics

188 Steven Cohen
United States Billionaire founder of SAC Capital Mgmt. hudge fund

189 Lyor Cohen,
United States Billionaire chairman of Warner Music

190 Harvey Chaplin,
United States Billionaire owner of Southern Wine & Spirits of America

191 Eli Broad
United States Is a billionaire who lives in Los Angeles California.
192 Leonard Blavatnik,
United States Billionaire sharehoder in TNT-BP Sual and Access/Renova

193 Chess brothers
United States Polish-born U.S. record company executive
194 Sid Bernstein
United States Promoter, "The Man That Brought The Beatles to America"
195 Emanuel H. Bronner,
United States Soapmaker
196 Edgar Bronfman, Jr.,
United States Chairman and Chief Executive Officer of Warner Music Group

197 Edgar Bronfman,
United States Billionaire
198 Samuel Bronfman
United States Founder of Seagram

199 Jeff Bleustein
United States Chairman and former Chief Executive Officer of Harley-Davidson, Inc.

200 Michael Bloomberg,
United States Billionaire, U.S. politician, founder of Bloomberg News

201 Neil Bluhm,
United States Billionaire owner of JMG Realty

202 Sergey Brin
United States Russian-born U.S. co-founder of Google
203 Robert Rich,
United States Billionaire shareholder of Rich Products Corp

204 Henry Kahnweiler
United States Art dealer and promoter

Dari senarai tersebut, jelaslah bahawa orang Yahudi juga sangat berpengaruh di dalam pelbagai bidang perniagaan, terutamanya di Amerika Syarikat. Ini menunjukkan bahawa mereka juga berpotensi besar untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan Amerika.
Seperkara yang perlu diambil perhatian ialah keterlibatan ramai orang Yahudi di dalam sektor media, berita dan hiburan. Tambahan pula ramai di kalangan mereka adalah pendokong kuat Zionis walaupun nama mereka tidak termasuk dalam senarai di atas. Sektor ini adalah sangat kuat pengaruhnya kepada masyarakat kerana ramai orang memperolehi berita dan maklumat melalui menonton TV, menonton filem, mendengar radio, membaca buku dan majalah. Terdapat satu laporan yang mengatakan bahawa 6 buah syarikat yang dikawal oleh orang Yahudi mengawal 96% dari syarikat media di dunia. Syarikat tersebut adalah Walt Disney, ABC, Time Warner, New York Times, Wall Street Journal, dan Washington Post.

Berkenaan dengan Time Warner, telah dilaporkan bahawa pendapatan syarikat ini pada tahun 2003 ialah USD39.5 billion. Syarikat ini dipengaruhi oleh beberapa orang Yahudi termasuk Gerald Levin, Jodi Kahn, Meg Siesfeld dan Norman Pearlstine. Norman Pearlstine selaku ketua pengarang mengawal 50 majalah termasuk Time, Life, Sports Illustrated, dan People. Dia juga terlibat di dalam penerbitan buku melalui Time-Life Books, Book-of-the-Month Club, Little Brown dan beberapa aktiviti lain. Syarikat Time Warner memiliki Shoutcast dan Winamp, iaitu alat yang digunakan oleh kebanyakan independent internet radio broadcasters.

Walaubagaimanapun, perkara penting yang mesti diperingatkan sekali lagi ialah Yahudi tidak semestinya Zionis dan Zionis juga tidak semestinya Yahudi. Jika diperhatikan, terdapat nama George Soros di dalam senarai tersebut (no. 96). George Soros adalah seorang Yahudi Amerika yang sangat kaya, yang berasal dari Hungary. Namun demikian, di dalam sebuah buku yang ditulis oleh beliau sendiri bertajuk `Soros on Soros’, beliau secara terang-terangan menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan fahaman Zionis kerana pada pandangan beliau fahaman tersebut mempunyai unsur perkauman. Oleh kerana ibubapa beliau telah menjadi mangsa fahaman perkauman (Nazi German), beliau menentang semua jenis fahaman perkauman termasuklah fahaman Zionis. George Soros, walaupun tersenarai sebagai salah seorang Yahudi terkemuka dunia namun beliau tidak langsung menyokong kewujudan negara Israel. Mungkin ada ramai lagi nama yang tersenarai di atas yang sependapat dengan beliau.
Juga tidak termasuk di dalam senarai di atas ialah Zionis di kalangan bukan Yahudi. Di Amerika, kebanyakan mereka adalah puak Kristian haluan kanan dan permusuhan dan kebencian mereka kepada Islam adalah lebih kuat berbanding dengan ramai orang Yahudi. Mereka adalah penyokong kuat negara Israel dan di antara pemimpin mereka ialah Gary Bauer (yang juga presiden gerakan American Values), Franklin Graham dan Pat Robertson. Ramai dari ahli puak Kristian haluan kanan ini adalah ahli perniagaan yang berjaya dan oleh itu amat berpengaruh di dalam proses politik Amerika.
Akhir sekali, kita juga harus menyedari bahawa walaupun ramai orang Yahudi terlibat di dalam bidang perniagaan, namun bukan semua mereka mempunyai kefahaman yang sama dan bersatu hati dalam semua perkara. Di kalangan nama-nama yang tersenarai di atas sebenarnya berlaku banyak pertelingkahan dan perbalahan serta penipuan. Contoh yang paling masyhur ialah penipuan yang dilakukan oleh Bernie Maddoff, seorang billionaire Yahudi Amerika terhadap ratusan orang pelanggannya. Ramai di kalangan mangsa beliau menjadi papa kedana dan ramai dari mereka adalah orang Yahudi sendiri.

Kenapakah Orang Yahudi Berjaya di Dalam Pelbagai Bidang?
Soalan kenapakah orang Yahudi begitu berpengaruh di dalam banyak bidang termasuk di dalam bidang perniagaan sukar dijawab kerana tidak banyak kajian mendalam tentang aspek ini. Di kalangan beberapa usaha untuk menerangkan fenomena ini, ada yang menyatakan bahawa ia adalah kerana darah keturunan orang Yahudi adalah istimewa. Pada pandangan saya pendapat tersebut adalah tidak mempunyai asas yang kuat. Sebab utama kenapa saya berkata demikian ialah kerana seperti yang kita ketahui `darah’ Yahudi telah bercampur aduk semenjak zaman berzaman melalui proses perkahwinan dan penukaran agama. Seperti yang disebutkan sebelum ini, ramai orang Yahudi adalah berketurunan dari ibu bapa yang merupakan Jewish converts atau mereka yang asalnya bukan Yahudi tetapi telah memeluk agama Yahudi. Di samping itu, ramai juga yang telah berkahwin dengan orang bukan Yahudi. Sebagai contoh di zaman Nabi Musa, anak-anak lelaki telah dibunuh sementara anak perempuan dibiarkan hidup. Oleh itu ramai wanita Yahudi dikahwini oleh orang Mesir. Begitu juga ramai wanita Yahudi telah berkahwin dengan orang Kristian Eropah. Ini jelas membuktikan bahawa keturunan orang Yahudi sudah bercampur aduk dan oleh itu pendapat yang mengatakan “darah keturunan orang Yahudi adalah istimewa” tidak boleh diterima. Pada pendapat saya, sebab utama mereka berjaya dalam berbagai bidang adalah kerana mereka telah ditindas semenjak zaman berzaman, terutama sekali di Eropah. Mereka sentiasa menjadi mangsa semangat perkauman Eropah dan oleh itu sentiasa mempunyai perasaan ketakutan dan tidak selesa. Untuk menambahkan keselesaan hidup, mereka terpaksa berkerja keras, berinovatif dan kreatif. Jadi atas dasar inilah kemungkinan ramai dari kalangan mereka berjaya dalam berbagai bidang.

Kumpulan dan Tokoh Yahudi Anti Zionis
Walaupun terdapat ramai orang Yahudi yang berpengaruh di dunia, terutama sekali di Amerika dan Eropah, namun terdapat ramai juga di kalangan orang Yahudi sendiri yang sangat kuat menentang Zionism serta penubuhan negara Israel. Namun demikian, penentangan terhadap Israel di kalangan orang Yahudi ini tidak diketahui oleh masyarakat dunia, terutama sekali di kalangan masyarakat Islam. Sebagai contoh, ramai di kalangan orang Islam tidak mengetahu tentang kewujudan kumpulan, organisasi dan paderi (Rabbi) orthodox Yahudi yang menentang keras penubuhan Israel seperti berikut :
Kumpulan:
1. Bene Yoel
2. Breslov
3. Brisk
4. Hazon Ish
5. Kasho
6. Krasna
7. Kretcheniff
8. Malochim
9. Munkach
10. Neturei Karta
11. Nitra
12. Pupa
13. Satmar
14. Skullene
15. Slonim (Weinberg)
16. Toldoth Aharon
17. Toldoth Avrohom Yitzchok
18. Tosh
19. Wiznitz Hassidic sect based in Monsey, NY
Organisasi:
1. Edah HaCharedith lekol Makhelot Ha'Ashkenazim
Rabbinical High Court for all Ashkenazic communities, Jerusalem
2. Edah HaCharedith HaSefaradit, Sefaradic Rabbinical High Court, Jerusalem
3. Hisachduth HaRabbonim DeArtzos HaBris VeKanada - Central Rabbinical Congress of the United States and Canada (CRC)
4. Yeshivath Ahavath Shalom
Paderi/Rabbi:
1. HaGaon Rav Koppelman - Dean, Talmudical Academy, Lucerne
2. HaGaon Reb Avruhom Leitner, Spiritual Leader, Chief Rabbi and Dean of Congregation and Yeshivah Binyan Duvid, Brooklyn, NY
3. HaGaon Reb Yecheskel Roth, formerly Chief Rabbi of Karlesberg, and currently Chief Rabbi of Cong. Yirei Hashem and Dean of the esteemed Rabbinical Judicial Academy for the Advanced, Beth Midrash Le'Horu'eh, Brooklyn NY (Rabbi Roth is (unofficially, however) considered by many as Chief Rabbi and Rabbinic Judge of Boro Park, Brooklyn
Kesemua kumpulan dan individu yang tersenarai di atas menentang keras fahaman Zionis. Bagi mereka fahaman Zionis adalah ajaran baru yang palsu yang sangat berbeza dengan ajaran agama Yahudi yang asal yang dianuti oleh kebanyakan orang Yahudi sehingga ke awal kurun ke-20. Menurut mereka lagi salah satu dari larangan penting di dalam ajaran agama Yahudi ialah larangan supaya mereka tidak berusaha untuk berpindah dan menetap di bumi Palestin. Bagi mereka, sesiapa yang berbuat demikian telah melakukan satu dosa yang besar terhadap Tuhan. Ini dijelaskan oleh G. Neuburger, salah seorang dari pemimpin kumpulan Yahudi anti-Zionis seperti berikut:
“ Of all the crimes of political Zionism, the worst and most basic, and which explains all its other misdeeds, is that from its beginning Zionism has sought to separate the Jewish people from their God, to render the divine covenant null and void, and to substitute a "modern" statehood and fraudulent sovereignty for the lofty ideals of the Jewish people.”
Terjemahan: “Dari berbagai jenayah yang dilakukan oleh politik Zionis, yang paling asas dan dashyat, yang menjelaskan jenayah-jenayah lain yang mereka lakukan, ialah usaha mereka dari mula untuk memisahkan orang Yahudi dari tuhan mereka, yang membatalkan perjanjian ketuhanan mereka dan menjadikannya tidak bernilai lagi, dan menggantikan idealisma atau objektif mulia orang Yahudi dengan konsep kenegaraan moden dan kedaulatan yang palsu”.
Menurut G. Neuburger lagi, sebenarnya penentangan terhadap fahaman Zionis dan konsep negara Israel di kalangan Yahudi sendiri telah wujud sejak awal kurun ke 20 di mana mereka telah menubuhkan satu organisasi bernama Agudath Israel (Kesatuan Israel) pada tahun 1912. Salah seorang pemimpin mereka bernama Jacob de Haan, yang tinggal di Palestin telah berbincang dengan beberapa pemimpin Arab dengan tujuan menubuhkan satu negara di mana orang Arab dan Yahudi akan hidup dengan aman secara bersama dengan hak yang sama rata. Beliau mengharapkan dengan cara ini, beliau akan dapat menyekat penubuhan negara Israel. Beliau bercadang juga untuk berbincang dengan pihak British tentang hal ini. Malangnya sejurus sebelum beliau bertolak ke Britain pada tahun 1924, beliau telah dibunuh oleh agen-agen Haganah iaitu sebuah pertubuhan bersenjata Zionis. Penyokong beliau masih ada di Palestin dan mereka bergerak di bawah naungan organisasi bernama Naturei Karta.
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa gerakan anti Zionis seperti Naturei Karta dan lain-lain di kalangan orang Yahudi semakin kuat. Kekejaman negara Israel yang semakin menyerlah, seperti serangan terhadap Gaza pada tahun 2008 serta pembunuhan 9 orang di atas kapal Mavi Marmara, akan memberi nafas baru kepada gerakan anti Zionis ini.

Trend atau Perkembangan Terkini
Jumlah orang Yahudi yang menentang Zionis semakin bertambah dan termasuk mereka yang bukan berfahaman Orthodox Yahudi. Mereka sekarang ini termasuk orang-orang awam seperti ahli akademik, penulis, pemberita, aktivis sosial dan lain-lain. Satu usaha untuk menyenaraikan mereka pada tahun 2009 telah berjaya mengumpulkan sebanyak 8,860 orang . Antara individu Yahudi yang masyhur kerana aktif menentang fahaman Zionis dan negara Israel termasuk Prof. Noam Chomsky, Dr. Ilan Pappe, Prof. Michael Neumann, Dr. Norman Finkelstein, Anna Baltzer, Stanley Cohen, Phyllis Bennis, Richard Gere, Sara Roy, Dr. Alice Rothchild dan ribuan lagi. Mereka juga telah menubuhkan pelbagai organisasi yang bertujuan untuk berjuang menentang kezaliman Zionis Israel. Ramai yang berganding bahu dengan kumpulan Palestin dan kumpulan Islam lain dalam usaha-usaha ini kerana simpati mereka kepada pandangan orang Palestin. Contoh terkini termasuklah projek Lifeline for Gaza dan penghantaran bantuan kemanusian ke Gaza melalui kapal Mavi Marmarra.
Sementara itu peratus orang yang memanggil diri mereka Zionis di kalangan orang Yahudi juga semakin menurun. Menurut G. Neuburger, pada tahun 1948, 90 peratus orang Yahudi di Amerika memanggil diri mereka Zionis. Tetapi pada tahun 1995, ianya telah menurun kepada hanya 22 peratus sahaja. Menurut beliau, ada beberapa faktor kenapa perkara ini berlaku. Pertama, ramai orang Yahudi sekarang terpengaruh dengan budaya Amerika yang menekankan konsep kesaksamaan di bawah undang-undang. Budaya ini jelas bertentangan dengan fahaman Zionis yang meletakkan orang Yahudi di tempat yang tertinggi berbanding bangsa lain. Kedua, ramai juga yang terpengaruh dengan budaya Amerika yang menekankan kebebasan individu dan oleh itu tidak berminat untuk tunduk kepada mana-mana `agama rasmi’ termasuk agama Yahudi ala Zionis. Akhir sekali ramai orang Yahudi di Amerika sebenarnya sudah tidak berminat dengan agama, dan ini termasuk agama Yahudi mereka sendiri.
Di samping itu ada yang berpendapat bahawa gerakan Zionis semakin lemah kerana mereka sudah tidak lagi dilihat sebagai `mangsa’ Holocaust yang perlu dibela. Sebaliknya mereka dilihat sebagai puak yang zalim akibat dari kekejaman yang sedang mereka lakukan terhadap orang Palestin. Serangan kejam mereka terhadap Gaza pada tahun 2008 dan 2009, sekatan yang mereka lakukan terhadap penduduk Gaza serta pembunuhan yang mereka lakukan terhadap aktivis di atas kapal Mavi Marmara semuanya membantu menguatkan persepsi di kalangan masyarakat dunia termasuk masyarakat Yahudi di serata tempat bahawa masyarakat Zionis adalah degil dan zalim.
Walau pun demikian, realiti di Amerika sekarang ini ialah pengaruh Zionis masih lagi kuat. Faktor penyumbang utama ialah ramai di kalangan ahli politik Amerika Syarikat adalah berfahaman Zionis walaupun mereka bukannya berketurunan Yahudi. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, orang Zionis dari kalangan Yahudi dan juga dari kalangan bukan Yahudi memegang kedudukan yang berpengaruh di dalam berbagai bidang seperti politik, sosial dan perniagaan di Amerika – terutamanya bidang kewangan. Di dalam sektor perbankan, ramai yang berpengaruh adalah orang Kristian Zionis dan Yahudi Zionis. Begitu juga dalam sektor tenaga dan minyak yang banyak diceburi oleh orang Kristian haluan kanan yang sangat kuat kebenciannya kepada Islam dan mempercayai tentang kedatangan Messiah yang hanya akan berlaku apabila Palestin diduduki sepenuhnya oleh orang Yahudi. Oleh kerana itu, golongan Kristian ini adalah di kalangan penyokong Zionis yang terkuat di Amerika. Oleh itu tidak hairanlah apabila Lenni Brenner, seorang Yahudi Anti Zionis mengatakan walaupun kurang dari 22% orang Yahudi di Amerika adalah penyokong Zionis, namun 98% dari ahli kongres adalah berfahaman Zionis. Ini adalah sangat pelik kerana sebahagian besar dari 98% di atas bukannya orang Yahudi. Sekarang kita mulai faham kenapa polisi kerajaan Amerika adalah sangat pro-Israel walaupun terdapat ribuan orang Yahudi yang sangat membenci dan menentang kewujudan dan juga tindak tanduk kerajaan Israel.

Rumusan
Salah satu perkara yang menjadi tandatanya kepada ramai orang ialah kenapa Amerika Syarikat sangat kuat menyokong Israel dalam kezaliman yang dilakukan terhadap orang Palestin. Ramai yang menyangka bahawa ini adalah kerana pengaruh dan kawalan orang Yahudi ke atas organisasi politik dan perniagaan di negara tersebut. Sebenarnya sangkaan ini adalah tidak tepat. Ramai orang Yahudi sebenarnya adalah penentang faham Zionis dan Israel. Ramai yang lain adalah berkecuali, yakni mereka bukanlah orang Zionis tetapi mereka juga bukan penentang Zionis. Sebab utama kenapa Amerika Syarikat menyokong Israel ialah kerana kawalan dan pengaruh golongan Zionis dari kalangan bukan Yahudi. Motif mereka bercampur-campur. Ada yang menyokong kerana fahaman agama (Kristian haluan kanan) dan ada yang menyokong kerana keuntungan dunia yang boleh diperolehi.
Menurut Dr. Azzam Tamimi, terdapat dua faktor yang mempengaruhi kekuatan fahaman Zionis dan Israel. Pertama ialah sokongan negara barat. Yang kedua ialah kelemahan di kalangan masyarakat Arab dan Islam. Berkenaan faktor pertama, sokongan negara barat besar kemungkinan akan bertambah lemah kerana kelemahan ekonomi dan ketenteraan negara barat akibat masalah dalaman di negara-negara tersebut. Berkenaan faktor kedua, besar kemungkinan keadaan lemah sekarang akan berubah kerana kebangkitan semangat Islam semakin menyerlah di kebanyakan negara-negara Islam.

Pada masa ini, satu perkara penting yang perlu dilakukan ialah memperbaiki tanggapan masyarakat Islam terhadap orang Yahudi terutama sekali berkaitan perbezaan di antara Zionis dan Yahudi. Golongan Zionis memang suka jika terdapat kebencian masyarakat Islam yang meluap-luap terhadap orang Yahudi secara umum tanpa membezakan di antara Zionis dan bukan Zionis. Ini kerana orang Yahudi di serata dunia akan merasa takut dan bimbang akan keselamatan diri dan keluarga mereka dan akan menyokong pandangan Zionis yang mengatakan bahawa orang Yahudi akan hanya selamat dengan berpindah dan tinggal di Israel, tanahair mereka.

Oleh itu, adalah amat penting bagi kita menerangkan kepada semua orang Islam perbezaan di antara Yahudi dan Zionis. Orang Islam mesti disedarkan bahawa kita wajib memelihara hak mereka dan dilarang menzalimi mereka jika mereka tidak menzalimi Islam dan orang Islam. Fokus penentangan kita mestilah ditujukan kepada orang Zionis semata-mata tanpa mengira sama ada mereka Yahudi atau pun tidak kerana merekalah yang bertanggungjawab terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap orang Palestin.
Akhir kata, faktor pengaruh di dalam organisasi perniagaan di Amerika dan di seluruh dunia yang menjadi masalah kepada kita bukannya pengaruh Yahudi, tetapi pengaruh Zionis yang termasuk di kalangan mereka ramai yang bukan berbangsa dan beragama Yahudi. Kita bermusuh dengan Israel dan penyokongnya bukan kerana mereka adalah keturunan Yahudi tetapi kerana mereka berfahaman Zionis dan kerana mereka telah menceroboh dan merampas bumi Palestin dari saudara-saudara kita di sana.
Saya akhiri penulisan ini dengan tiga kenyataan oleh mereka yang sangat arif berkenaan isu Yahudi, Zionis dan Palestin. Dua kenyataan pertama adalah dari dua pemimpin tertinggi Hamas yang masih hidup, iaitu Ismail Haniyeh dan Khalid Mash’al dan satu kenyataan oleh ulamak terkemuka Dr. Yusuf Qaradawi.
Menurut Ismail Haniyeh:
“Hamas bukannya bermusuh dengan orang Yahudi kerana mereka itu adalah berbangsa Yahudi. Kami bermusuh dengan mereka kerana mereka menduduki tanahair kami dan mengusir orang-orang kami... kami tidak pernah mengatakan akan membuang mereka ke laut atau menjadikan mereka makanan jerung. Kami cuma mengatakan bahawa pernah wujud sebuah tempat bernama Palestin yang sedang dijajah. Tanah itu telah dicuri dan oleh itu perlu dipulangkan kepada orang Palestin”
Menurut Khalid Mash’al:
“Konflik ini berlaku akibat dari pencerobohan dan pendudukan. Perjuangan kami terhadap orang Israel bukanlah kerana mereka itu orang Yahudi, tetapi kerana mereka mencerobohi tanahair kami dan merampas tanah dan harta kami.
Dan akhir sekali, menurut Dr. Yusuf Qaradawi:
"Tidak ada permusuhan di antara orang Islam dan orang Yahudi.... Orang Islam hanya menentang gerakan Zionis yang zalim yang menakluki tanah orang Islam, dan bukan menentang orang Yahudi. "
Wallahua’lam.