Wednesday, October 28, 2015

Analisa Bajet 2016

Analisa Bajet 2016
Oleh Prof Mohd Nazari Ismail, Biro Penyelidikan IKRAM.
Bajet 2016 kerajaan telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 Oktober 2015 dalam dalam keadaan yang agak tertekan. Ini memandangkan pendapatan kerajaan dari sumber biasanya terus menurun akibat dari kejatuhan harga minyak.
Oleh itu kerajaan terpaksa bergantung kepada sumber GST, satu kaedah percukaian yang sangat tidak popular di kalangan rakyat.
Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh kerajaan ialah perasaan tidak puas hati yang berleluasa di kalangan rakyat yang kesempitan hidup akibat keadaan kos kehidupan yang sentiasa meningkat, termasuk harga rumah yang telah melambung tinggi ke tahap yang mustahil dibeli oleh kebanyakan orang, terutama di kalangan anak muda. Ramai yang merasakan bahawa punca utama kos kehidupan telah meningkat ialah kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi dan oleh itu berlakulah banyak amalan pembaziran dan ketirisan. Akhir sekali rakyat juga merasa curiga dengan tindakan kerajaan mewujudkan syarikat 1MDB yang mempunyai beban hutang yang begitu besar yang kemungkinan akhirnya akan ditanggung oleh rakyat juga.
Oleh itu tidak hairanlah kerajaan telah berusaha untuk menghasilkan satu bajet yang mempunyai banyak ciri yang cuba memujuk rakyat supaya kembali menyokong kerajaan. Berbagai peruntukan telah diadakan untuk tujuan ini. Antara lain ialah projek pembangunan yang bukan sahaja akan merangsang aktiviti ekonomi, bahkan juga akan memberi peluang perniagaan dan pekerjaan seperti sembilan projek berimpak tinggi bernilai RM6.7billion, projek menaiktaraf Jalan Tun Razak bernilai RM900 juta, projek menaiktaraf jalan di kawasan penempatan Felda bernilai RM200 juta, projek memperbaiki jalan berjumlah jarak 700km di seluruh negara bernilai RM1.4bil, projek mempermodenkan sektor pertanian bernilai RM5.3billion, dan projek MRT bernilai RM28 billion. Untuk mendapat sokongan dari rakyat di Sawarak dan Sabah, pengguna lebuhraya Sarawak Pan-Borneo Sarawak yang menelan belanja lebih dari RM20 billion tidak akan tidak dikenakan sebarang bayaran tol.
Tarikan lain adalah di dalam bentuk bayaran BR1M, baucar buku kepada pelajar, bantuan persekolahan kepada keluarga miskin, program eRezeki dan eUsahawan, pembinaan 175,000 unit rumah PR1MA, pinjaman mikro kepada peniaga kecil dan sederhana, program kebajikan dan pembangunan komuniti orang Orang Asli, dan penambahan kepada beberapa jenis potongan cukai.
Namun sama ada sentimen rakyat akan menjadi positif sepenuhnya akibat bajet ini boleh dipertikaikan. Ini kerana kerajaan juga telah mengurangkan peruntukan kepada banyak kementerian yang akan menjejaskan kebajikan banyak golongan. Antara lain ialah pemotongan peruntukan untuk Kementerian Pendidikan Tinggi sebanyak RM2.4 billion yang mengakibatkan peruntukan untuk universiti-universiti dikurangkan sebanyak RM1.442 billion. Yuran pengajian pada peringkat ijazah tinggi besar kemungkinan akan terpaksa dinaikkan selepas ini. Yang paling teruk terjejas ialah Universiti Malaya yang dipotong peruntukan sebanyak 27.3 peratus. Ini bermakna besar kemungkinan peruntukan kerajaan kepada Universiti Malaya untuk tahun 2016 tidak akan dapat menampung kos penggajian staf untuk tahun itu.
Kementerian Komoditi dan Perladangan juga telah mengalami pemotongan peruntukan sebanyak 60.76 peratus. Kesannya akan dirasai oleh pengguna kerana harga minyak masak kemungkinan besar akan naik akibat pengurangan subsidi. Pemotongan peruntukan kepada Kementerian Pengangkutan besar kemungkinan akan mengakibatkan kenaikan harga tiket keretapi dan kapalterbang dari beberapa tempat pendalaman. Pemotongan peruntukan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan mengurangkan subsidi bil electrik yang akan memberi kesan kepada keluarga miskin yang menggunakan elektrik kurang dari RM20 sebulan. Pemotongan peruntukan lain yang agak memeranjatkan ialah peruntukan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang melibatkan agensi penting seperti Mida, MPC, Matrade, dan SME Corp. Pemotongan sebanyak 44 peratus kepada Matrade adalah memeranjatkan kerana kerajaan di dalam proses menandatangani perjanjian TPPA. Bantuan kepada pengeksport adalah sangat penting apabila persaingan dalam pasaran antarabangsa menjadi lebih sengit nanti. Pemotongan peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula adalah tidak secocok dengan laungan kerajaan tentang keprihatinan mereka kerana ia melibatkan program Vaksinasi HPV dan program mammogram.
Satu perkara yang sangat merunsingkan ialah walaupun banyak pemotongan dilakukan kepada berbagai peruntukan yang penting, namun peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri telah ditambah lebih dari RM1 billion. Perdana Menteri patut memberi penjelasan kerana jika tidak, ini akan menimbulkan persoalan kenapakah wang tersebut tidak diagihkan secara terus kepada berbagai kementerian kerajaan sebagai badan pelaksana program kerajaan untuk manfaat masyarakat? Tanpa penjelasan yang munasabah, ramai akan bertanggapan bahawa apa yang sedang berlaku ialah Perdana Menteri ingin membolot semua kredit dari perbelanjaan kerajaan untuk tujuan mengukuhkan kedudukan politik beliau.
Seterusnya aspek yang membimbangkan belanjawan ini ialah ianya masih lagi belanjawan defisit sebanyak 3.1 peratus, yang bermakna kerajaan Malaysia sudah melaksanakan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut. Dalam kaedah Islam, hutang sepatutnya diselesaikan segera dan bukan ditangguhkan. Lebih teruk lagi ialah ianya ditambahkan. Tetapi di dalam kes belanjawan negara kita, walaupun nisbah hutang kerajaan berbanding KNK negara naik sedikit sahaja ke 55 peratus (berbanding 54 peratus), namun ini bermakna hutang terkumpul semakin meningkat. Berdasarkan ramalan IMF, jumlahnya akan menghampiri RM1 trillion pada tahun 2020. Ini bermakna kerajaan akan tertekan untuk mencari sumber dana untuk menyelesaikan beban hutang ini dan oleh itu besar kemungkinan ianya akan datang dalam bentuk kadar GST yang semakin meningkat. Inilah realiti yang sedang berlaku di negara lain. Sebagai contoh di Jepun, kadar GST nya yang dahulu hanya 5 peratus telah meningkat menjadi 8 peratus sekarang dan dirancang utk dinaikkan ke tahap 10 peratus pada tahun hadapan.
Hutang isi-rumah dijangkakan akan meningkat juga. Pada tahun 2014 nisbah kepada KNK adalah 87 peratus. Oleh itu adalah dianggarkan pada tahun 2015, ianya sudah melepasi angka RM1 trillion. Ini adalah satu situasi yang membahayakan kerana jika berlaku kejatuhan ekonomi dunia yang memberi kesan kepada ekonomi Malaysia, ramai keluarga akan terkesan dengan hebat.
Respon rakyat kepada bajet ini mungkin bercampur-campur. Bagi yang sangat banyak mendapat faedah, seperti penduduk di Sabah dan Sarawak, sudah tentu mereka akan gembira dengan bajet ini. Begitu juga kumpulan lain seperti ahli beberapa NGO yang akan mendapat peruntukan sebanyak RM160 juta, usahawan yang mendapat manfaat secara langsung dari program TEKUN, dan mereka yang mendapat duit bantuan BRIM. Mereka semua akan berasa terhutang budi kepada kerajaan kerana bajet mempunya banyak aspek yang memberikan duit secara terus ke dalam poket mereka. Namun ada kemungkinan lambat laun mereka akan berasa tidak puas hati apabila menyedari bahawa mereka masih lagi terpaksa membayar GST setiap kali berbelanja di restoran dan supermarket, dan juga terpaksa membayar kenaikan kos tol (bagi mereka yang menggunakan lebuh raya). Mereka juga mungkin akan berasa tidak puas hati apabila kos kehidupan naik akibat dari inflasi.
Sebenarnya walaupun cukai GST, tol dan sebagainya memberi kesan kepada kenaikan kos kehidpuan, namun punca utama kepada kenaikan kos kehidupan adalah sebenarnya sistem kewangan yang kita amalkan di negara kita yang berasaskan kepada amalan riba. Sistem ini akan menggalakan orang untuk berhutang. Apabila jumlah hutang meningkat dengan cepat, jumlah wang juga akan meningkat dan sudah tentu inflasi akan berlaku. Ini adalah satu fenomina yang berlaku di hampir kesemua negara yang beramal dengan sistem riba termasuk di negara maju. Jika masih ramai yang terus berhutang untuk membeli rumah dan lain-lain, ini bermakna harga rumah dan barang lain akan terus naik dan akan memberi kesan kepada kos kehidupan mereka.
Tetapi rakyat yang kurang faham bagaimana sistem kewangan boleh menghasilkan masalah ini akan mengaitkan masalah kenaikan kos kehidupan secara langsung dengan beberapa perkara sahaja iaitu tren kejatuhan ringgit, tren pengurangan subsidi dan pelaksanaan GST oleh kerajaan. Tambahan pula, ada banyak berita di media sosial dan internet yang melaporkan tuduhan pembaziran dan ketirisan di pihak kerajaan yang menghasilkan keadaan di mana hanya segelintir dari rakyat yang berpengaruh mendapat habuan yang sangat banyak sedangkan sebahagian besar yang lain hidup dalam keadaan susah dan melarat. Sudah tentu ini akan membuat rakyat bertambah tidak puas hati kerana mereka akan merasakan mereka telah dizalimi.
Jika perasaan ini meluas dikalangan rakyat, sudah tentu mereka akan menuntut agar berlaku perubahan di dalam masyarakat, terutama dari aspek kuasa politik. Adalah diharapkan perasaan tidak puas hati ini tidak akan menghasilkan suasana kacau bilau yang akan merugikan semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama.
Apa yang dapat dirumuskan ialah sebenarnya Bajet 2016 tidak akan mampu menangani masalah dan cabaran ekonomi yang sedang dan akan dihadapi oleh negara kita. Cabaran yang dihadapi oleh kerajaan adalah sebenarnya sangat serius dan perlu kepada beberapa langkah penting dalam jangka pendek dan panjang. Dalam jangka pendek kerajaan perlu melakukan perkara berikut:
I. Menambahkan tahap ketelusan dalam pengurusan kewangan kerajaan. Dengan cara ini perasaan syak wasangka dan tidak puas hati di kalangan rakyat akan dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.
II. Elemen pembaziran dan ketirisan dalam pentadbiran kewangan kerajaan, serta amalan korupsi dan penyalahgunaan kuasa mesti dihapuskan dengan serta merta.
III. Pelaksanaan projek kerajaan mestilah dilihat dilaksanakn dengan cara yang adil. Keadaan di mana persepsi bahawa hanya segelintir dari masyarakat yang mempunyai hubungan politik sahaja mendapat faedah dan manfaat dari perbelanjaan kerajaan mesti diatasi. Persepsi itu sekarang ini amat meluas dan selagi ianya tidak ditangani dengan berkesan, akan menimbulkan suasana tidak puas hati yang berleluasa di kalangan masyarakat.

Dalam jangka panjang, perubahan-perubahan diatas masih tidak akan menjamin kesejahteraan di dalam masyarakat. Daripada apa yang kita dapat lihat di negara lain, sebenarnya langkah meningkat pendapatan negara sahaja tidak akan mampu menjamin kesejahteraan hidup kepada rakyat. Sebagai contoh, di negara berpendapatan tinggi seperti Greece, Sepanyol, Amerika, Britain dan Jepun, ramai dari kalangan rakyat mereka hidup dalam keadaan sengsara. Sebagai contoh, di Amerika syarikat lebih dari 17 peratus rakyat adalah dalam golongan miskin, di Jepun ialah lebih dari 15peratus, di Sepanyol ialah 21 peratus dan di Greece ialah 30 peratus. Kerajaan di negara tersebut juga banyak memotong peruntukan kerana hutang kerajaan mereka juga amat tinggi. Sebagai contoh nisbah hutang kerajaan Jepun berbanding KNK adalah hampir 250 peratus , di Amerika Syarikat ialah 96 peratus, di UK ialah 97peratus, Spain 97.2 peratus, dan Greece ialah 158 peratus (berbanding 55 peratus di Malaysia). Oleh itu kerajaan negara tersebut juga telah terpaksa melakukan pemotongan kepada perbelanjaan dan akibatnya ramai golongan miskin merana. Kes gelandangan di negara-negara di atas adalah serius, bahkan lebih serius berbanding Malaysia.
Hakikat sebenar ialah selagi amalan riba berleluasa dalam masyarakat, kesejahteraan dari segi ekonomi tidak akan dapat dicapai. Oleh itu, dalam jangka panjang kita juga wajib mematuhi ajaran al Quraan berkenaan Riba. Sistem kewangan yang berasaskan kepada amalan riba mesti dihapuskan. Selagi sistem ini berleluasa dan berkembang dengan pesat, selagi itulah masalah ekonomi dan kewangan masyarakat tidak akan dapat diselesaikan dan lambat laun kita akan mengalami masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara lain juga.
Namun sistem kewangan Riba ini tidak akan dapat dihapuskan jika nilai masyarakat adalah nilai yang berasaskan kepada kebendaan, keduniaan dan kemewahan. Nilai-nilai tersebutlah lah yang diamalkan di Eropah dan akibatnya sistem kewangan berasaskan riba dapat berkembang dengan maju dan seterusnya menghasilkan berbagai masalah yang dihadapi mereka sekarang.
Oleh itu, disamping mewujudkan sistem pemerintahan yang adil, telus, demokratik dan saksama, kita juga semua mesti berusaha untuk menanamkan nilai Islam yang sebenar dalam masyarakat di mana rakyat bukan berlumba-lumba mencari kekayaan dunia tetapi berlumba-lumba mengejar pahala dengan cara berinfaq dan amal solih yang lain. Dengan cara inilah sebuah sistem ekonomi dan kewangan yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar akan dapat diwujudkan, di mana institusi Waqf menggantikan institusi perbankan sebagai institusi terpenting di dalam sistem ekonomi. InshaAllah dengan itu kita dan juga generasi akan datang akan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang sebenar di negara kita yang tercinta ini.

Monday, October 12, 2015

TPPA – Kenapa kerajaan begitu beriya-iya?

TPPA – Kenapa kerajaan begitu beriya-iya?

Oleh Prof. Mohd Nazari Ismail, Ketua Biro Penyelidikan Pertubuhan IKRAM.

Susulan selesainya rundingan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) di bandaraya Atlanta, Amerika Syarikat baru-baru ini, perdebatan dan perbincangan berkenaannya semakin hangat. Terdapat banyak isu yang ditimbulkan oleh berbagai pihak. Artikel ini akan membincangkan beberapa isu terpenting sahaja dan akan cuba merungkaikan persoalan kenapakah kerajaan Malaysia begitu beriaya-iya untuk menyertai perjanjian TPPA ini walaupun banyak pihak menentangnya.
Perlu disedari bahawa walaupun kerajaan Malaysia telah bersetuju kepada perjanjian ini, namun kerajaan Malaysia memilih untuk menjadi ahli kepada perjanjian secara rasmi hanya setelah mendapat persetujuan parlimen. Sebenarnya perkara ini juga berlaku di negara lain termasuk Amerika di mana kerajaannya juga perlu mendapat persetujuan kongres nya sebelum ia secara rasmi menjadi ahli TPPA. Oleh itu ramai pihak di negara yang terbabit sekarang sedang giat berusaha untuk mempengaruhi keputusan ini.

Penentangan terhadap TPPA adalah sangat lantang di kalangan beberapa organisasi dan persatuan. MTUC yang mewakili kesatuan buruh menyuarakan kebimbangan bahawa perjanjian ini akan menjejaskan kebajikan pekerja. Persatuan pengguna seperti CAP serta Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bimbang kos kepada pengguna terutama sekali kos ubat-ubatan akan meningkat dan menjejaskan sistem perkhidmatan kesihatan negara. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) juga keras menentang TPPA kerana merasakan kebajikan usahawan dan peniaga bumiputera akan terjejas. Pengurusan syarikat dan perbadanan milik kerajaan (GLC) pula bimbang kedudukan mereka akan turut terjejas kerana perjanjian ini akan merubah beberapa peraturan berkaitan syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, yang akhirnya akan menguntungkan syarikat asing secara tidak adil. 

Akhir sekali satu sebab kenapa perjanjian ini ditentang ialah kerana ianya dikatakan akan menjejaskan kedaulatan negara akibat dari provisi `Investor State Dispute Resolution’ yang membenarkan syarikat asing yang melabur menyaman kerajaan di mahkamah antarabangsa jika syarikat merasakan keuntungan pelaburan mereka terjejas akibat perubahan dalam polisi atau undang-undang negara yang terbabit.

Sebenarnya kesemua kebimbangan mereka adalah mempunyai asas yang sangat kukuh dan sukar untuk dinafikan. Namun perlu disedari juga bahawa penentangan terhadap TPPA juga lantang di negara lain termasuk di Amerika Syarikat. Sebagai contoh, di antara penentang utama TPPA di Amerika Syarikat adalah AFL-CIO (American Federation of Labor and Congress of Industrial Organizations) iaitu sebuah kesatuan buruh yang dianggotai  56 kesatuan dan mewakili lebih dari 12 juta pekerja di Amerika Syarikat. Mereka merasakan bahawa perjanjian ini akan mengakibatkan banyak peluang pekerjaan akan berpindah dari Amerika (kerana kos buruh yang tinggi) ke negara yang kos buruhnya rendah seperti Malaysia. Satu lagi persatuan dari barat yang sangat menentang perjanjian ini ialah MSF  (Médecins Sans Frontières/Doctors Without Borders). Ini kerana mereka merasakan kos ubat-ubatan akan meningkat di semua negara ahli TPPA termasuk di negara barat akibat terma perjanjian yang akan menyekat proses pengeluaran ubatan generik yang lebih murah. Akibat kempen yang giat oleh banyak organisasi yang menentang TPPA, ramai rakyat Amerika sebenarnya sangat bencikan perjanjian ini. Maka tidak hairanlah kenapa dua calun utama dalam pertandingan merebut jawatan Presiden di Amerika, iaitu Hilary Clinton dari parti Democrat dan Donald Trump dari parti Republican adalah antara penentang utama perjanjian ini, mungkin kerana menyedari bahawa pendirian menentang TPPA akan memastikan mereka akan mendapat banyak sokongan dari kalangan rakyat Amerika.

Persoalan yang timbul ialah jika kebimbangan oleh berbagai pihak di atas adalah kukuh dan berasas, kenapakah kerajaan dari dua belas negara yang terlibat masih meneruskan perjanjian ini?  Jawapannya ialah kerana terdapat satu kumpulan yang sangat berpengaruh yang sangat menyokong perjanjian ini iaitu organisasi perniagaan yang berdaya saing tinggi dan kuat dalam pasaran antarabangsa. Di Malaysia, kebanyakan mereka adalah ahli kepada FMM (Federation  of Malaysian Manufacturers).  Oleh sebab itu, FMM adalah penyokong paling kuat kepada perjanjian TPPA. Sebab utama mereka menyokong perjanjian ini ialah kerana perjanjian ini akan membuka ruang eksport yang lebih luas kepada ahli FMM, terutama dari sektor tekstil, elektronik dan barangan otomotif. Mereka berpendapat perjanjian ini akan membantu mereka meningkatkan pendapatan kerana pasaran baru akan terbuka untuk mereka seperti dari negara Canada, Chile, Mexico, New Zealand dan Peru. Pelaburan juga akan bertambah dan sudah tentu juga peluang pekerjaan dalam sektor mereka. Di samping  syarikat di atas, syarikat-syarikat gergasi dalam sektor minyak sawit negara juga menyokong perjanjian ini. Ini kerana mereka merasakan bahawa eksport minyak sawit akan meningkat dengan mendadak akibat peluang pemasaran di negara lain terutama sekali di Amerika Syarikat.

Di Amerika Syarikat pula, penyokong utama kepada perjanjian ini juga adalah dari kalangan syarikat perniagaan yang besar dan kuat, yang mengeskpot ke luar negara seperti dari sektor farmaseutikal dan pertanian. Begitu juga, antara penyokong utama TPPA dari negara New Zealand adalah syarikat pengeskport dalam sektor tenusu sementara dari Canada adalah syarikat pengeksport dari sektor keluaran daging.

Jelas sekali, bahawa kumpulan yang sangat akan mendapat manfaat dari TPPA adalah syarikat perniagaan, terutama sekali dari kalangan syarikat yang besar, dan kuat atau kompetitif dalam pasaran antarabangsa.  Di samping itu, kebanyakan dari syarikat ini mempunyai beban hutang yang sangat tinggi akibat dari strategi perkembangan mereka. Beban hutang ini mewajibkan mereka membesarkan saiz pendapatan mereka dan ini hanya akan dapat dilakukan jika saiz pasaran untuk keluaran mereka juga bertambah. TPPA lah yang akan membantu meluaskan saiz pasaran mereka.

Kerajaan dari semua negara pula sangat bergantung kepada syarikat-syarikat ini untuk membantu merancakkan aktiviti perniagaan dan ekonomi negara.  Oleh itu mereka merasakan bahawa perjanjian ini bukan sahaja akan menambahkan peluang pekerjaan, malah kadar pertumbuhan ekonomi juga akan meningkat. Pendapat mereka diperkukuhkan lagi oleh dapatan dari beberapa kajian. Sebagai contoh  sebuah organisasi penyelidikan ekonomi antarabangsa yang berpengaruh iaitu `The Peterson Institute for International Economics’ menyatakan bahawa TPPA berupaya meningkatkan pendapatan sebanyak USD295 billion serta peningkatan perdagangan sebanyak USD1.9 trillion di negara terbabit. Ini kerana bukan sahaja akan wujud liberalisasi dalam eksport dan import bahkan juga liberalisasi dalam sektor perkhidmatan dan teknologi.  Dalam kes Malaysia, Peterson Institute meramalkan saiz ekonomi Malaysia (yakni GDP) akan meningkat lebih dari 5 peratus pada tahun 2025 akibat dari perjanjian ini. Jika beberapa negara Asia seperti Vietnam, Filipina, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand turut menyertai perjanjian ini nanti (dan menjadikan keahlian berjumlah 17 negara), peratusan ini akan meningkat menjadi lebih dari 10 peratus. Ini sudah tentu adalah satu angka yang sangat memberangsangkan.

Sebaliknya, jika perjanjian ini tidak wujud, kesemua pemimpin politik dari kesemua dua belas negara terlibat merasakan sukar untuk berlakunya pertumbuhan ekonomi di negara mereka. Tambahan pula suasana ekonomi yang terbantut bermakna pendapatan kerajaan juga akan terjejas. Di samping itu hampir kesemua kerajaan ini mempunyai beban hutang yang tinggi dan oleh itu suasana ekonomi yang terbantut akan bermakna kerajaan akan terpaksa melaksanakan langkah berjimat cermat atau meningkatkan kadar cukai untuk menampung perbelanjaan negara. Sudah tentu langkah tersebut adalah tidak popular. Di samping membuat rakyat semakin kecewa terhadap kerajaan, langkah tersebut juga akan tentu sekali menjejaskan sokongan politik rakyat terhadap mereka.

Jelas sekali bahawa isu pertumbuhan ekonomi lah menjadi faktor utama kenapa kerajaan di kesemua dua belas negara yang terlibat dalam TPPA begitu berusaha untuk menjayakan perjanjian ini. Isu ekonomi juga akan memastikan bahawa beberapa negara lain yang belum menjadi ahli termasuk negara China, akan lambat laun memohon untuk turut serta dalam perjanjian TPPA ini. Pemimpin politik di kesemua negara ini semua sedar bahawa pada masa ini garis ukur yang digunakan oleh rakyat untuk menyokong sesebuah kerajaan adalah prestasi ekonomi semata-mata. Walapun kedaulatan negara akan lebih  utuh jika sesebuah negara memilih untuk tidak menyertai perjanjian ini, namun sebenarnya mereka juga sedar bahawa jika rakyat merasakan suasana ekonomi adalah tidak baik dan pendapatan mereka tidak bertambah, rakyat akan masih tidak berpuas hati atau marah kepada kerajaan dan akan berusaha untuk menggantikan kerajaan yang sedia ada dengan kerajaan baru yang dirasakan akan boleh menjamin keadaan ekonomi mereka adalah lebih baik.  

Sebenarnya pertumbuhan ekonomi yang akan dialami oleh negara yang terbabit akan menguntungkan sebahagian kecil sahaja dari masyarakat, yang terdiri dari golongan yang sudah  kaya, yang sedang mengawal sumber kewangan negara. Di samping itu, seperti yang telah terbukti berlaku di negara maju, pertumbuhan ekonomi dan kenaikan pendapatan akan juga bermakna kenaikan kos kehidupan akibat dari inflasi dan pertumbuhan tahap hutang dalam masyarakat. Dalam erti kata yang lain, tahap kebajikan rakyat akan masih terjejas dalam jangka panjang walau pun berlakunya pertumbuhan ekonomi. Namun, ramai yang tidak menyedari hakikat ini dan oleh itu mereka akan tetap menjadikan pertumbuhan  ekonomi dan kenaikan pendapatan sebagai isu paling utama. Dan oleh sebab itulah kerajaan di kesemua dua belas negara ahli TPPA, termasuk Malaysia akan berusaha untuk mengesahkan keahlian mereka, sementara yang lain akan berusaha untuk menyertainya di masa akan datang.


Jawaban kepada soalan kenapa kerajaan begitu beriya-iya kepada TPPA ialah kerana, sama ada secara sedar atau tidak sedar, itulah sebenarnya kemahuan sebahagian besar rakyat. Selagi fokus mereka tidak berubah dari isu pertumbuhan ekonomi dan kenaikan pendapatan semata-mata, kerajaan tidak akan berganjak dari berusaha untuk menyertai TPPA.

Monday, September 21, 2015

PROTES KUNING - MERAH : PUNCA DAN IMPLIKASI
Prof. Mohd Nazari Ismail, Phd.
Ketua Biro Penyelidikan IKRAM

Baru-baru ini kita telah menyaksikan dua perhimpunan besar di bandaraya Kuala Lumpur. Perhimpunan pertama terdiri dari mereka yang berbaju kuning yang menuntut supaya wujudnya pilihanraya yang adil dan bebas, kerajaan yang telus, hak untuk berdemonstrasi, menguatkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara. Perhimpunan yang kedua oleh yang berbaju merah pula agak sukar difahami objektifnya kerana tidak dinyatakan secara jelas. Namun ramai yang beranggapan bahawa ianya adalah kombinasi reaksi membantah perhimpunan pertama serta memberi amaran kepada kaum bukan Melayu terutamanya kaum Cina supaya menghormati status ketuanan Melayu di Malaysia.
Walaupun objektif kedua-dua perhimpunan adalah sangat berbeza, namun pada pengamatan saya pula, satu faktor utama yang mencetuskan perhimpunan di atas, yang mungkin disedari hanya oleh sebahagian kecil dari mereka yang berhimpun, adalah masalah ekonomi yang dihadapi oleh mereka sendiri. Ini kerana kebiasaanya, apabila rakyat merasa selesa dengan kehidupan mereka, mereka menjadi tidak sensitif terhadap aspek penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin. Begitu juga perasaan negatif terhadap bangsa lain tidak akan menjadi kuat jika masyarakat dalam keadaan selesa dan mewah. Namun demikian, keadaan akan berubah jika rakyat merasa tertekan dengan kesempitan hidup akibat beban kewangan yang tinggi dalam menjalani kehidupan harian.
Terdapat beberapa bukti kepada analisis ini. Di Amerika Syarikat, pada dekad-dekad sebelum ini, amat jarang sekali kita melihat perhimpunan berbentuk protes secara besar-besaran kecuali perhimpunan gerakan hak sivil untuk memberikan hak yang lebih kepada golongan kulit hitam yang tertindas dan juga protes terhadap penglibatan Amerika Syarikat di dalam perang Vietnam. Namun dalam dua dekad terakhir ini, telah berlaku beberapa perhimpunan protes terutama sekali di sekitar lokasi mesyuarat institusi kewangan IMF atau WTO. Contoh yang terbaik adalah protes yang agak ganas terhadap WTO di Seattle, Amerika Syarikat pada tahun 1999.
Satu lagi adalah perhimpunan `Gerakan Occupy’ (Occupy Movement) di beberapa bandar besar di Amerika Syarikat yang bermula di Zuccotti Park di bandaraya New York pada 17 September 2011 dengan gelaran gerakan `Occupy Wall Street’. Perhimpunan ini telah disusuli dengan perhimpunan yang sama di beberapa bandaraya lain di seluruh dunia. Isu pokok yang ditekankan ialah kewujudan ketidakadilan keadaan sosio-ekonomi (social and economic inequality) di dalam masyarakat. Ungkapan yang digunakan oleh pendemonstrasi ialah `We are the 99%’ yang merujuk kepada keadaan di mana dirasakan 99 peratus rakyat hidup dalam kesusahan dan hanya 1 peratus yang hidup dalam kesenangan. Beberapa perhimpunan berbentuk `Occupy’ ini juga berlaku di Eropah seperti `Occupy London’ pada tahun 2012 yang berpusat di luar St Paul’s Cathedral.
Di Timur Tengah, fenomena protes ini juga telah berlaku dengan gelaran `Arab Spring’. Ianya tercetus pada tahun 2010 di Tunisia apabila seorang pemuda yang berasa begitu kecewa dengan kesempitan hidupnya telah dizalimi oleh pihak polis telah membakar dirinya sehingga mati. Protes besar-besaran yang menyusul berjaya menggulingkan pemerintah negara tersebut. Sementara di Mesir pula kemuncaknya ialah kejatuhan Presiden Mubarak pada tahun 2013. Faktor utama kenapa begitu ramai pendemonstrasi di Mesir sanggup bersabung nyawa menentang pemerintah yang zalim ialah kerana keperitan hidup terutama sekali pengangguran di kalangan pemuda dan pemudi. Punca yang sama jugalah telah berjaya menggulingkan Muammar Gaddafi di Libya kerana di negara tersebut, bukan sahaja wujud seorang pemerintah yang zalim bahkan juga kadar pengangguran yang tinggi di kalangan pemuda iaitu sekitar 50%. Di Mesir pemimpin yang dilahirkan oleh revolusi iaitu Presiden Morsi telah dirampas kuasanya secara haram oleh Presiden As Sisi. Namun demikian, ramai yang meramalkan As Sisi akan menghadapi revolusi yang kedua kerana keadaan ekonomi Mesir yang begitu tenat dan kadar pengangguran yang tinggi terutamanya di kalangan pemuda.
Sebenarnya masalah ekonomi dan masalah kos kehidupan serta masalah pengangguran adalah masalah global, ianya berlaku di hampir kesemua negara di dunia. Bahkan ianya lebih meruncing di negara-negara berpendapatan tinggi seperti Amerika Syarikat, Britain dan Jepun. Begitu juga negara jiran kita iaitu Singapura yang dilihat sebagai negara termaju di Asia Tenggara. Sebagai contoh, kos perumahan di Singapura adalah sangat tinggi dengan sewaan HDB flat (iaitu jenis kediaman paling murah di Singapura) boleh meningkat kepada lebih dari RM7,000 sebulan. Pendapatan di Singapura bukanlah tinggi sangat berbanding kos kehidupan rakyatnya. Sebagai contoh, pendapatan guru adalah hanya lebih kurang RM8 ribu sebulan. Ini bermakna hampir keseluruhan pendapatan guru akan dihabiskan dengan pembayaran sewa. Di Tokyo pula, kadar sewaan apartmen satu bilik adalah lebih dari RM10 ribu sebulan. Jelaslah kepada kita bahawa masalah kesempitan hidup ini adalah masalah global dan dihadapi oleh hampir kesemua negara. Ironinya negara yang berpendapatan tinggi adalah yang paling tertekan, terutama sekali apabila kadar penganggurannya adalah tinggi.
Apa yang dapat dirumuskan ialah punca masalah kesempitan hidup rakyat bukannya kerana pendapatan per kapita yang rendah atau kezaliman pemimpin semata-mata. Sebenarnya punca masalah tersebut adalah sistem kewangan negara yang berkembang dengan cepat akibat penciptaan matawang dengan banyak melalui penciptaan kredit. Apabila sektor kewangan berkembang, sektor ini akan memberikan hutang kepada kerajaan, sektor swasta dan isi rumah dengan banyak. Ekonomi negara akan berkembang pesat pada mulanya. Namun demikian, lambat laun masalah akan timbul kerana kos kehidupan akan bertambah dan dalam masa yang sama tahap hutang juga meningkat. Kesannya ialah inflasi yang sentiasa meningkat sementara tahap hutang semakin tinggi. Sebagai contoh, di Malaysia jumlah hutang isi rumah berbanding KNK adalah hanya 57% pada tahun 2002. Pada tahun 2013 peratusannya meningkat menjadi 87%. Pada akhir tahun 2008, jumlah hutang isi rumah di negara ini ialah RM465 billion dan pada akhir tahun 2014 ianya telah meningkat menjadi RM940 billion. Tahap gaji pula tidak akan meningkat pada kadar yang sama dengan inflasi kerana kebanyakan firma mempunyai bebanan hutang yang tinggi di samping menghadapi tekanan persaingan yang sengit dari firma pesaing yang lain yang juga menghadapi tekanan hutang yang tinggi.
Persoalannya mengapakah di negara kita ramai yang berasa marah kepada kerajaan sementara di negara-negara barat kemarahan telah ditujukan kepada sektor kewangan? Jawapannya ialah rakyat negara ini yang tertekan akan mencari tempat untuk melepaskan kemarahan mereka. Oleh kerana wujud masalah ketidakadilan, penindasan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin maka rakyat merasakan itulah punca utamanya. Kebanyakan mereka tidak faham akan peranan sistem kewangan dalam mengakibatkan mereka mengalami kesempitan hidup. Sebaliknya di negara barat, masalah salah guna kuasa dan rasuah adalah tidak begitu serius. Tahap ketelusan dalam pentadbiran negara adalah sangat tinggi. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat semua rakyat tahu apakah pendapatan Presiden Obama setahun serta harta pemilikan beliau. Mereka juga diberi hak untuk mengetahui kenapa sesebuah syarikat mendapat kontrak kerajaan. Oleh sebab itulah protes yang berlaku di barat ditujukan kepada institusi kewangan dan tidak kepada pemerintah. Sebaliknya di negara kita, tahap ketelusan adalah rendah. Ditambah pula dengan pendedahan kisah penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin yang sangat meluas, terutama di alam maya dan kerajaan pula telah gagal meyakinkan rakyat bahawa kisah tersebut adalah palsu atau tidak benar.
Akibatnya di Malaysia sebahagian besar dari rakyat merasakan bahawa kesempitan hidup mereka adalah semata-mata akibat dari penyalahgunaan kuasa pemimpin Barisan Nasional. Malangnya reaksi pemimpin Barisan Nasional juga tidak membantu. Mereka sepatutnya memberikan maklumat dengan lebih terperinci untuk membuktikan bahawa mereka tidak menyalahgunakan kuasa. Sebaliknya, mereka dilihat menggunakan kuasa untuk menutup kisah-kisah yang telah dibongkarkan. Contohnya dalam kes 1MDB, pegawai penyiasat telah disekat atau dipindahkan sementara Peguam Negara telah dipecat dari jawatannya. Isu perkauman pula telah digunakan untuk menarik perhatian rakyat daripada isu-isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang lebih penting untuk dibincangkan. Sudah tentu ramai yang tidak yakin bahawa bangsa Cina adalah punca kepada semua permasalahan negara. Namun akan wujud juga segelintir yang senang terpedaya dan merasakan bahawa kesempitan hidup mereka adalah akibat dari tindak tanduk kaum Cina yang dilihat semakin berani mencabar hak istimewa orang Melayu.
Taktik menggunakan sentimen perkauman ini adalah taktik biasa pemimpin yang sudah kehabisan modal untuk berhujah secara rasional. Malangnya sentimen kaum adalah sesuatu yang menyentuh emosi dan oleh itu mudah mendapat sambutan segelintir rakyat, terutama sekali dari kalangan yang tidak berfikiran kritikal, atau kurang terdedah kepada maklumat di alam maya atau siber. Adalah diharapkan taktik pemerintah untuk memanipulasi pemikiran mereka ini tidak akan berjaya kerana sekiranya ia berjaya, ia bakal menimbulkan suasana kekecohan yang sangat merbahaya kepada kestabilan politik negara di masa akan datang.
Berdasarkan perkembangan tersebut, adalah jelas negara ini berpotensi menghadapi keadaan yang getir dan merbahaya di masa akan datang jika isu perkauman ini terus dimainkan. Di Rwanda pada tahun 1994, rakyat telah dimanipulasikan oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan konflik perkauman yang dahsyat yang mengakibatkan hampir satu juta penduduknya terkorban. Adalah tidak mustahil konflik seperti ini boleh berlaku di negara kita, jika suasana ekonomi menjadi bertambah tenat sementara pemimpin semakin ghairah meniup api perkauman. Untuk mengelakkan senario yang dahsyat ini dari berlaku, masyarakat Malaysia perlu memastikan beberapa perkara penting seperti berikut diwujudkan di negara kita:
1. Sistem politik yang lebih bebas, adil, saksama dan telus. Ini kerana dalam keadaan tersebut, perbincangan boleh dilakukan dengan bebas untuk memastikan pendapat yang baik dan bernas dapat dikeluarkan dan menjadi input kepada polisi negara yang akan menjamin kesejahteraan rakyat. Di samping itu, rakyat juga akan berasa tidak dizalimi dan manipulasi sentimen kaum akan dapat dibenteras daripada awal lagi. Sudah tentu sistem politik yang lebih bebas, adil, saksama dan telus akan memastikan negara akan mendapat pemimpin yang amanah dan ikhlas dan bukannya pemimpin yang khianat dan mementingkan diri sendiri.
2. Sistem ekonomi yang bebas dari amalan riba. Dengan cara itu kadar inflasi akan menurun, kos kehidupan akan terkawal, beban hutang dalam masyarakat akan menurun, tahap persaingan antara firma juga akan menurun, syarikat sederhana dan kecil akan bertambah dan peluang pekerjaan juga akan bertambah.
3. Sistem nilai masyarakat yang berasaskan kepada ajaran agama dan tidak menekankan aspek material semata-mata. Dengan cara itu, kadar kepenggunaan (consumption) akan terkawal, dan masyarakat tidak akan mempunyai gaya hidup yang suka berhutang dan oleh yang demikian sistem Riba tidak akan dapat berkembang.
Perlaksanaan kesemua perkara di atas memerlukan banyak usaha dan pengorbanan, terutama sekali dari mereka yang menggelar diri mereka sebagai pendakwah yang sedang berusaha mewujudkan sebuah negara rahmah. InshaAllah usaha ini akan berjaya dan generasi akan datang akan hidup dalam keadaan yang makmur dan selamat di dunia dan juga akhirat.

Monday, February 24, 2014

BR1M Bukan Penyelesaian Masalah Kos Kehidupan Yang Meningkat

Pada 22 Februari lepas kerajaan Malaysia telah melancarkan skim Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M 2014. Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan RM4.5 billion untuk skim bantuan ini yang akan diberikan kepada 7 juta rakyat Malaysia. Tambahan pula beliau juga menyatakan bahawa pada masa akan datang jumlah bantuan ini akan dipertingkatkan lagi jika keadaan kewangan kerajaan bertambah kukuh.

Persoalannya ialah adakah tindakan ini akan dapat membantu rakyat menangani masalah kenaikan kos kehidupan serta membuktikan bahawa kerajaan yang memerintah sekarang adalah sangat bertanggung jawab serta prihatin terhadap aspek kebajikan masyarakat?

Dari perspektif ajaran Islam adalah tidak dinafikan bahawa membantu orang yang susah adalah satu perkara yang diajar oleh agama. Al-Quraan menekankan perkara tersebut melalui beberapa  ayat termasuk yang berikut:

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga yang terdekat dan yang jauh, teman sejawat, Ibnu Sabil dan hamba" (An Nisa' , 4: 36)

 “Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing, pemberian yang demikian adalah baik bagi orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. ” (Ar-Rum, 30: 38)

“Sesungguhnya, orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman serta pertolongan (kepada orang-orang yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu sama lain … dan jika mereka meminta pertolongan dari kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, …” (Al Anfal, 8:72)

Terdapat juga banyak hadith yang mengajak kita bersedekah kepada golongan yang miskin. Di bawah adalah beberapa sabda Rasulullah SAW berkenaan amalan sedekah kepada golongan miskin:

 “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (Su’ul Khatimah).”
“Yang paling disukai Allah ialah mereka yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Tingkahlaku yang paling disukai ialah yang menggembiarakan orang Islam yang lain atau meringankan bebannya atau melangsaikan hutangnya atau menyelamatkannya dari kelaparan.”

“Sedekah itu wajib atas setiap orang Islam. Seorang sahabat bertanya, `Jika ia tiada apa yang hendak diberi?’ Jawab Baginda, `Hendaklah ia bekerja dan bila dapat duit, sedekahkanlah sebahagiannya.’ Sahabat itu bertanya lagi, `Jika ia tidak boleh bekerja?’ Jawab Baginda, `Tolonglah orang miskin yang dalam kesusahan.’ ‘Kalau ini juga tidak dapat ia lakukan?’ tanya sahabat itu lagi. Baginda menjawab, ‘Beri nasihat untuk berbuat baik.’ Sahabat itu bertanya, ‘Jika itupun tidak dapat dilakukan?’ Jawab Baginda, ‘Janganlah ia melukakan hati orang lain – itulah sedekahnya.’ ”

"Perumpamaan orang-orang Mu'min dalam saling kasih mengasihani dan sayang menyanyangi, umpama sebujur tubuh yang apabila salah satu anggotanya sakit, seluruh anggota tubuh yang lain turut sama merasai kesakitan tersebut" 

Namun apa yang perlu kita sedar ialah bahawa semua saranan dan galakkan dari ayat Al Quraan dan hadith di atas adalah ditujukan terutamanya kepada ahli masyarakat. Dalam erti kata yang lain, apa yang dikehendaki oleh agama ialah ahli masyarakat sendiri mempunyai sikap saling bantu membantu dan berkorban dengan memberi sumbangan dari pendapatan milik mereka sendiri kepada golongan miskin secara sukarela.

Perkara ini dihuraikan secara terperinci oleh pakar-pakar ekonomi Islam berdasarkan kajian mereka berkenaan aspek pengurusan kewangan sektor awam semasa pemerintahan Rasulullah SAW dan para sahabat.  Menurut mereka, di bawah pemerintahan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, tugas memberi bantuan kepada golongan miskin bukannya dipikul oleh pemerintah semata-mata. Peranan utama pemerintah adalah memberi galakkan kepada rakyat supaya saling bantu membantu antara satu sama lain secara sukarela. Skim di mana rakyat dipaksa mengeluarkan wang untuk disalurkan kepada golongan miskin hanyalah dalam bentuk zakat. Ini adalah tujuan utama zakat iaitu untuk membantu golongan miskin dan fakir serta golongan terdesak lain yang termasuk dalam senarai asnaf yang layak menerima zakat. Walaupun selepas itu kerajaan Islam memperolehi sumber pendapatan lain seperti Al Kharaj, Al Ushr, Fai dan al Khums, namun sumber pendapatan tersebut tidak menggantikan skim zakat sebagai mekanisma utama untuk membantu golongan miskin.

Namun, ini tidak bermakna kerajaan langsung tidak boleh memberi sumbangan kepada rakyat miskin. Dalam keadaan di mana kerajaan mempunyai sumber pendapatan yang tinggi dari sumber asli seperti minyak dan hasil mahsul yang lain, maka amatlah wajar sekali kerajaan menyalurkan wang itu kepada golongan miskin kerana dana tersebut pada hakikatnya sememangnya hak rakyat.

Tetapi adakah itu keadaannya di negara kita sekarang? Adakah kerajaan mempunyai lebihan (surplus) apabila perbelanjaan kerajaan ditolak dari pendapatannya dari sumber asli dan lain-lain? Malangnya tidak.  Sikap kerajaan suka berbelanja lebih dari pendapatan serta berlakunya ketirisan, pembaziran dan pengurusan kewangan yang tidak berhemah telah menghasilkan keadaan di mana sudah 15 tahun berturut-turut kerajaan telah mengumumkan belanjawan defisit. Akibatnya jumlah hutang terkumpulnya an belanjwan defisit selama rajaan akan memaksa rakyat menyumbang kepada h membuat keputusan untuk memperkenalkansekarang berjumlah lebih dari RM550 billion di mana sebahagian besarnya adalah dari sumber yang berbentuk Riba. Ini bermakna kerajaan membayar bunga (interest) di atas pinjamannya berjumlah hampir 17 billion ringgit setiap tahun. Malahan disebabkan keadaan hutang kerajaan yang sentiasa meningkat inilah maka pada tahun lepas Fitch Rating, iaitu sebuah organisasi penarafan bon antarabangsa telah menurunkan taraf bon kerajaan Malaysia,  yang mengakibatkan kos pinjaman kerajaan juga meningkat. Susulan dari itu, kerajaan telah terpaksa membuat keputusan untuk melaksanakan sistem percukaian GST pada tahun 2015 untuk menambahkan pendapatan percukaian kerajaan yang dikutip dari rakyat.

Pendek kata sebenarnya tabung kewangan kerajaan sudah lama dalam keadaan negatif dan oleh itu duit yang disumbangkan melalui skim BR1M itu sebenarnya bukannya dari sumbangan peribadi pemimpin-pemimpin yang pemurah dan baik hati tetapi diperolehi dari penambahan kepada hutang kerajaan semata-mata. Perlu juga diambil perhatian bahawa semua hutang-hutang yang telah berjumlah lebih dari RM550 billion itu, termasuk bunga yang dikenakan akan pada akhirnya ditanggung oleh rakyat. Dalam erti kata yang lain, lambat laun kerajaan akan terpaksa meminta rakyat menyumbang dengan lebih gigih kepada usaha membayar balik beban hutangnya  yang besar itu dengan menggunakan berbagai-bagai kaedah kutipan termasuk cukai pendapatan, cukai syarikat, cukai import dan cukai GST.

Di samping itu, kita juga perlu sedar bahawa sebenarnya punca utama kepada keadaan di mana ramai rakyat hidup dalam keadaan yang sengsara akibat dari kos kehidupan yang sentiasa meningkat adalah kerana sistem kewangan Riba yang diamalkan di negara kita dan di serata dunia. Sistem ini yang berasaskan industri perbankan telah menciptakan wang dengan banyak melalui proses penciptaan kredit (hutang). Akibatnya bukan sahaja tahap harga dalam sistem ekonomi sentiasa meningkat bahkan juga menambahkan beban hutang kepada rakyat. Di Malaysia sebagai contoh, beban hutang isi rumah telah pun melebihi RM750 billion pada tahun 2012.  Oleh itu selagi sistem kewangan berasaskan Riba dibenarkan berkembang, maka masalah kesengsaraan ekonomi akibat kenaikan kos kehidupan dan beban hutang tidak akan selesai. Buktinya ialah keadaan yang sama sedang berlaku di negara lain yang beramal dengan sistem Riba termasuk di Jepun, Singapura, United Kingdom, dan Amerika Syarikat walaupun kerajaan mereka secara umumnya adalah tidak korup.  


Sebagai rumusan, walaupun skim BR1M mungkin berjaya mewujudkan persepsi dari kalangan yang terdesak bahawa kerajaan adalah dipimpin oleh ahli politik yang pemurah dan baik hati, namun hakikat sebenarnya ialah ianya tidak akan berupaya menyelesaikan masalah ekonomi rakyat dalam jangka panjang. Bahkan dalam jangka panjang persepsi tersebut besar kemungkinan akan diganti dengan perasaan marah apabila rakyat sedar bahawa beban hutang yang ditanggung oleh mereka semakin meningkat dan keadaan kehidupan mereka yang melarat masih tidak berubah dan kos kehidupan sentiasa meningkat. Besar kemungkinan juga rakyat yang semakin kecewa akan memilih kerajaan baru untuk memerintah mereka. Malangnya pada masa itu nanti, jika beban hutang kerajaan terlampau tinggi dan sistem ekonomi dan kewangan negara masih tidak berubah, besar kemungkinan juga kerajaan baru yang bakal dilantik tidak akan berjaya menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi dalam masa yang singkat dan lambat laun akan digulingkan juga. 

Friday, August 16, 2013

When thousands are killed, silence and ambivalence is not an option


Demonstrations are not an unusual thing in a democratic society. They take place regularly in western democracies. Even in Malaysia where many are not completely satisfied with the democratic process, we have demonstrations.  The last big one was BERSIH 2.0. The number of people killed? Zero. Only one person died and that was reportedly due to a heart attack.  Not a single gun-shot was fired.
However, in Cairo a few days ago, thousands died and the majority were due to gunshots. From the bullets recovered at the scene of the carnage, heavy machine guns were used by the Egyptian military to kill its fellow citizens. In other words, the Egyptian military treated the demonstrations sites which were full with women, children and the elderly as war zones. They went in with heavy weapons with the intention to kill.
Prior to this incident, many liberal groups and individuals in Egypt and elsewhere decried the lack of inclusiveness on the part of the Morsi government in administering Egypt. They complained that Morsi did not understand the real meaning of democracy and did not tolerate dissenting opinions.
However, Morsi did not kill a single person during his short tenure as leader of Egypt. Some critics of his were indeed charged in court. But that was totally within the ambit of the democratic process. If the authorities feel that a person has committed an unlawful action against the president, such as spreading false and malicious information, then it is the right of the leader to charge him in court. The court will then decide whether the person charged is guilty or not. But you don’t use heavy machine guns to shoot to kill people who oppose you.
What has taken place in Egypt is mass killings of citizens by the military and supported by the unelected leaders of the country. It was undoubtedly a crime against humanity. The perpetrators deserve to be arrested and charged by the International Criminal Court (ICC).
What is happening in Egypt will expose the true colours of governments, groups and individuals everywhere. If they are true to their words in claiming themselves to be upholders of freedom, justice and democracy, they will describe the current unelected leaders of Egypt for what they really are - a bunch of bloodthirsty killers and criminals who not only need to be deposed but also deserve to be arrested and punished for their inhuman actions.
The Muslim Brotherhood members have reiterated their stance. They will never retreat from their struggle to uphold freedom and democracy and to oppose any form of military coup. They will never retreat from their efforts to rid their country of illegitimate leaders and replace them with legitimate and democratically elected leaders. This being the case, we can expect more killings of the innocents in the coming days.

True supporters of freedom and democracy will know which side deserves their unequivocal support. The ones who are not true to their words will either remain silent or ambivalent.  And silence in the face of genocide and the massacre of innocents may well signal complicity.

Friday, August 2, 2013

Let’s Call a Spade a Spade

By Prof. Mohd Nazari Ismail, University Malaya.

 The on-going political turmoil taking place in Egypt has elicited a variety of responses from various quarters. Not surprisingly, Islamist groups such as PAS, ABIM and IKRAM are very vocal in condemning the military coup that resulted in the fall of President Morsi, the first democratically elected leader of the country since the time of the Pharaohs.

However, what is sad and disappointing is the muted response from many groups which hitherto were vocal supporters of the democratic process. Such groups include the US and European governments. But these also include pro-democracy groups in Malaysia.

Why is this the case? In a recent article by Nicholas Chan of the Penang Institute which appeared in the Malaysian Insider[i], one of the reasons expressed is the worry over the phenomenon of `Creeping Islamisation’.  Since Morsi is from the Muslim Brotherhood, the on-going turmoil is perceived as a negative outcome of the Islamisation process in Egyptian society. As a result, not only was the writer, who incidentally belongs to a pro-democracy organization, unwilling to express any condemnation of the military coup which toppled a democratically elected leader, he also expressed his worry over the process of `Creeping Islamisation’ in Malaysia. Moreover, his perception is that Islamisation is an undemocratic phenomenon. He wrote:

“ This coercive branding of Islam arbitrarily set by a small group of “learned” individuals, and then relentlessly propagated and imposed on the people, both Muslims and non-Muslims alike.”

There are two issues that need to be clarified here.

First, as many honest and sincere analysts of Middle East politics have written, we have to call a spade a spade with regard to what has happened in Egypt.  The fact is a military coup has taken place in Egypt.  Basically what had happened was that a bunch of non-elected people, under the guise of having the support of `millions of Egyptians’ decided they don’t like the winner of the previous election. They then worked in cahoots with another bunch of non-elected people, that is the military, to topple the elected president of Egypt.  

Even though they had agreed previously to an arrangement where the leader of the country can only be decided by an election process which is supposed to be held every few years, they reneged on their agreement.  It is as simple as that.  The argument that `millions of people’ took to the streets to express dislike for President Morsi is simply not an excuse to get rid of him for the inescapable reason that there are millions other Egyptians who want him to continue as President. The only way to decide whether the majority of Egyptians prefer to have Morsi as their president is through the ballot box. Otherwise there will be chaos.

   
The dislike for chaos in our political and social system in Malaysia is the reason we use the ballot box as the only way to choose our leaders. As in Egypt, There are also millions of Malaysians who also do not want the country to be run by BN leaders. In fact more than 50% of the voters in PRU13 said so. But they have all also agreed that the first-past-the-post election process will decide who the leader will be. So even though millions of Malaysians intensely do not want BN leaders, they abide with the outcome of the first-past-the-post election process which is that Dato'Seri  Najib and other BN politicians are mandated to lead the country for a maximum of five more years regardless of how bad the social and economic conditions are going to be. Moreover, they will never entertain for one second the idea of creating chaos in the streets or of approaching the military to intervene to topple the BN government.

In other words, supporters of the democratic process in Malaysia have no choice but to take a principled stand and condemn any military coup including the one that has taken place in Egypt, and to ask for the democratically elected Morsi to be reinstated as president of Egypt. Any ambiguous or equivocal stand towards the matter is tantamount to either double standards or a hypocritical attitude towards democracy. 
Double standards and hypocrisy can be expected from the US and European governments. That is nothing new. They are supportive of democracy in other countries only if the outcome is palatable to them. If the outcome of an election is Islamists getting into power, then this is a bad thing for them as far as they are concerned. 

But we certainly do not expect such attitude to also exist among people who claim to be supporters of democracy in this country since they have been exposed to Muslims and Islam for such a long time - unless they still do not really understand what Islam stands for due to the bad attitude and practices of many Muslims in this country, especially from among the nationalist Malays which may not be reflective of what true Islam is all about.

The second issue is regarding the nature of Islamic teachings – whether it is in line with democracy or not.  Many Malaysians, Muslim and non-Muslim alike, fail to realise that Islam as a religion is in reality a very democratic religion. For example, unlike Catholicism, there is no figure in Islam such as a `Pope’ who, while elected by the cardinals, is not elected by the mass of Catholics around the world. The leadership in Catholicism is a top down arrangement and the masses have to accept what has been decided by the Church.

There is no such arrangement in Islam.  Islamic teachings are not decided by a `Pope’ or a group of non-elected priests. In Islam, the teachings are decided by the scholars (ulamaks) who have to justify what they say based on their reference to the Quraan and Hadith (traditions of Prophet Muhammad, peace be upon him). Some may ask, who decide who are the ulamaks? The answer is also very simple  - the Muslim massess around the world. One instance is the issue of whether the word `Allah’ can be used by non-Muslims. or not. The real teaching of Islam on that issue is not what some officials at JAKIM or JAIS say about the matter but what the leadings scholars, such as Sheikh Yusuf Qaradawi, whose credentials have been accepted by the masses of Muslims, say about the issue. 

Of course JAKIM or JAIS officers may still come to a decision contrary to the opinion of the leading scholars. So how do we deal with this matter in this country? The answer is simple: the democratic process.  If we feel so strongly about the issue of the usage of the word `Allah’, we have to make sure we promote politicians who are willing to champion our cause and try to make them become the leaders of this country through the election process. At the moment one of the main problems lies with the fact that the issue is being ultimately decided by some non-elected people. This has to change. 

Now, what if our elected politicians decided to fulfil their promises to us and enforce the right of non-Muslims to use the word `Allah' but this is opposed by a minority others who still insist that non-Muslims’ have no such right. The last thing we want is for them to approach some generals and ask them to take over the country through a military coup in order to enforce their views on others who prefer to follow the opinions of scholars, such as `Sheikh Qaradawi, who are accepted by the masses of Muslims around the world and who incidentally do not object to the usage of the word `Allah' by non-Muslims. That is the reason why any military coup anywhere in the world must be condemned. This is the only way we can ensure it will never take place in this country.

In conclusion, honest and sincere supporters of the democratic process should not fear Islam or `Creeping Islamisation’.  What they should be focused on is to call for greater democracy in this country and elsewhere including in Egypt.





Friday, July 19, 2013

Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA): Punca Kemelut dan Penyelesaiannya

Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA): Punca Kemelut dan Penyelesaiannya
 Prof. Mohd Nazari Ismail
Satu isu hangat yang sedang dipedebatkan di negara kita dan beberapa negara lain adalah berkenaan perjanjian perdagangan yang dikenali sebagai  Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA), atau Perjanjian Kerjasama Transpasifik (PKTP). Perjanjian ini yang dalam proses rundingan adalah satu bentuk perjanjian perdagangan bebas dan melibatkan negara-negara berikut : Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Malaysia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun.
Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk terus terlibat dalam rundingan ini kerana berkeyakinan bahawa sebagai sebuah negara yang bergantung kepada kegiatan (aktiviti) perdagangan antarabangsa, ia akan mendapat banyak manfaat hasil dari perjanjian perdagangan bebas ini.
Namun demikian, terdapat beberapa pihak di negara kita yang tidak bersetuju dengan perjanjian berkenaan dan mahukan kerajaan menarik diri dari perjanjian tersebut  atau menangguhkan dari menandatanganinya.  Walaupun begitu, terdapat juga pihak di negara kita yang sangat-sangat menyokong perjanjian ini. Akibatnya ramai yang agak keliru tentang adakah TPPA ini baik atau tidak untuk masa depan Malaysia.
TPPA adalah satu bentuk perjanjian bebas yang para penandatangannya (signatorinya) nanti akan berusaha untuk mewujudkan suasana dalam keadaan kegiatan perdagangan dan pelaburan yang merentasi sempadan  negara akan dapat dijalankan oleh syarikat-syarikat perniagaan di semua negara yang terlibat.  Di samping itu, sekatan kepada aktiviti pelaburan dan perdagangan bebas seperti cukai, syarat pengimpotan dan pelaburan serta sekatan bukan tarif lain akan dihapuskan atau diminimumkan.
Persoalannya sekarang ialah apakah perspektif yang patut dilihat oleh seseorang Islam berkenaan perjanjian perdagangan TPPA ini dan juga perjanjian-perjanjian perdagangan bebas yang lain.


Kita semua tahu bahawa dari perspektif Islam, aktiviti  perdagangan dan pelaburan adalah dibenarkan. Perkara ini telah diterangkan dengan jelas di dalam Suraht al-Baqarah, ayat 275
 yang bermaksud:
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
Rasulullah SAW sendiri semasa hayatnya adalah seorang ahli perniagaan. Bahkan beliau adalah ahli perniagaan antarabangsa kerana pernah berdagang hingga ke negara Syams atau Syria.
Walaupun begitu, kita juga perlu menyedari bahawa terdapat beberapa batasan yang dikenakan oleh Syariah terhadap kegiatan perniagaan ini. Secara umumnya perniagaan yang melibatkan produk yang boleh membawa keburukan kepada masyarakat adalah tidak dibenarkan. Begitu juga jika kaedah perniagaan yang diamalkan adalah bertentangan dengan Islam, kaedah itu juga haram.
Sebagai contoh, kita tidak dibenarkan untuk berdagang barangan seperti minuman keras, dadah, dan majalah lucah serta tidak boleh terlibat dalam perniagaan yang melibatkan kegiatan perjudian dan pelacuran. Kontrak perniagaan juga tidak dibenarkan wujud jika terdapat keadaan atau unsur yang tidak dibenarkan oleh Islam, seperti  monopoli, penindasan dan penipuan yang akan menzalimi mana-mana pihak yang berniaga.
Persoalannya sekarang, adakah TPPA mempunyai unsur yang boleh membawa manfaat atau mudarat kepada masyarakat? Dari satu aspek, oleh kerana TPPA berusaha untuk menghapuskan sekatan kepada perdagangan sudah tentu terdapat unsur bermanfaat di dalamnya.  Apabila TPPAdilaksanakan, cukai kepada kebanyakan barangan import akan dihapuskan dalam pelbagai kategori keluaran. Ini akan menguntungkan rakyat yang akan memperolehi  keluaran yang diimpot pada harga yang lebih murah. Di samping itu, pengguna (konsumer) juga akan dapat menikmati berbagai keluaran bermutu tinggi dari pelbagai negara.
Di bawah TPPA akan berlaku peliberalan (liberalisasi) pelaburan. Oleh itu, pelabur asing akan lebih bebas untuk melabur di negara yang mempunyai tenaga buruh yang mahir dan murah. Sudah tentu ini  termasuk Malaysia. Hasilnya akan wujud peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk golongan muda yang ramai sedang menganggur sekarang. Ini semua adalah kebaikan yang boleh didapati untuk rakyat kecuali jika pelaburan tersebut adalah dalam sektor yang boleh membawa banyak keburukan seperti  sektor perjudian, arak dan hiburan.
Namun demikian, terdapat juga aspek-aspek TPPA yang berpotensi untuk menyusahkan masyarakat setempat. Di antaranya adalah tempoh paten kepada keluaran seperti ubat-ubatan akan ditambah jangka masanya dari 20 tahun menjadi 25 tahun. Akibatnya, ubatan-ubatan yang generik yang jauh lebih rendah harganya tidak akan dapat dibekalkan kepada pesakit sehingga pesakit akan terpaksa membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan ubat-ubatan yang telah dipaten oleh syarikat-syarikat luar ini.
Di samping itu juga, syarikat-syarikat pelabur akan mempunyai hak untuk menyaman kerajaan yang mengadakan peraturan atau undang-undang yang merugikan pelabur asing dan proses perbicaraan akan dilakukan di luar negara oleh pihak yang berkecuali dan bukan di dalam mahkamah sesebuah negara yang menerima pelaburan itu.
Ini akan merugikan masyarakat dalam beberapa hal. Sebagai contoh, kerajaan negara yang menerima pelabur asing tersebut akan disekat dari memperkenalkan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk menjaga kesihatan ahli masyarakatnya seperti dalam pelaburan oleh syarikat rokok dan arak.  Selain itu, kerajaan juga akan disekat dari mengenakan cukai yang tinggi kepada syarikat rokok dan arak ini di masa hadapan kerana dilihat akan merugikan syarikat-syarikat tersebut.
Walau bagaimana pun, dalam masa yang sama peraturan TPPA di atas akan melindungi pelabur-pelabur dari Malaysia yang melabur di luar negara dalam industri yang tidak membahayakan masyarakat kerana kerajaan di negara tersebut tidak akan dibenarkan mengadakan peraturan yang akan merugikan syarikat-syarikat kita.
Satu perkara yang harus disedari ialah apabila terdapat peliberalan dalam perdagangan dan pelaburan, maka banyaklah organisasi yang akan menghadapi tekanan persaingan yang lebih sengit. Akibatnya akan wujud syarikat yang terpaksa ditutup kerana tewas dalam persaingan atau yang kerugian terpaksa memindahkan operasi ke negara lain yang kos tenaga buruhnya lebih rendah. Akibatnya ialah peningkatan kadar pengangguran di negara yang menjalankan operasi di peringkat awal kerana peluang pekerjaan telah hilang.
Sebenarnya fenomena pemindahan operasi dari satu negara ke negara lain adalah lebih serius di negara berpendapatan tinggi seperti negara-negara Barat dan Amerika Syarikat. Ini kerana banyak syarikat di negara-negara tersebut yang akan memindahkan operasi dari negara asal mereka ke negara-negara yang sedang membangun yang menganggotai TPPA untuk menjimatkan kos seperti Vietnam dan negara-negara di Amerika Selatan itu.
Oleh sebab itulah kita dapati penentangan terhadap apa-apa bentuk perjanjian perdagangan bebas  termasuk TPPA juga sangat kuat berlaku di negara-negara membangun seperti Amerika dan Eropah terutama sekali oleh kesatuan buruh serta persatuan industri yang tidak berdaya saing dan oleh itu merasa terancam dalam persaingan antarabangsa. Sebenarnya banyak syarikat yang telah dan akan muflis dan jutaan pekerja telah dan akan kehilangan pekerjaan akibat dari perdagangan bebas antara Amerika dan negara-negara lain.
Hakikat bahawa di antara kumpulan yang paling terkesan secara negatif akibat dari perjanjian ini adalah kumpulan pekerja-pekerja di Amerika menunjukkan bahawa adalah silap jika kita mengatakan bahawa TPPA adalah satu bentuk penjajahan baharu Amerika ke atas negara lain atau penindasan Amerika ke atas negara lain.
Apa yang harus disedari ialah kemuflisan syarikat perniagaan serta pengangguran yang tinggi akibat dari perdagangan bebas adalah sebenarnya hasil dari fenomena `Persaingan Melampau-lampau’ atau  Hiper-persaingan yang sedang berlaku dalam dunia perniagaan antarabangsa. Persaingan yang terlampau sengit ini bermakna mana-mana syarikat yang tidak mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa akan berada dalam keadaan kewangan yang sangat perit dan mungkin muflis bila-bila masa dan pada masa yang sama akan mengakibatkan mereka terpaksa membuang pekerja dengan banyak.
Dua faktor utama yang menyumbang kepada kewujudan Hiper-persaingan ini adalah kewujudan syarikat gergasi dalam dunia perniagaan serta tahap hutang yang terlampau tinggi di kalangan mereka.
Sebagai contoh, berikut adalah beberapa syarikat perniagaan gergasi di Amerika serta jumlah hutang yang ditanggung oleh mereka pada akhir tahun 2012:
SyarikatHutang
Exxon MobilUSD11.5 bilion/milyar/serijuta
Johnson& JohnsonUSD16 bilion
PfizerUSD37 bilion
Philip MorrisUSD 22 bilion
Jelaslah bahawa syarikat yang tersenarai itu bukan sahaja besar saiznya bahkan juga sangat besar hutangnya. Jika mereka tewas dalam persaingan dan tidak berupaya menambahkan pendapatan dari jualan, nilai modal pasaran mereka boleh menjunam jatuh dengan tiba-tiba dan mereka boleh jatuh muflis bila-bila masa sahaja. Akibatnya persaingan di kalangan mereka adalah sangat sengit.
Di bawah pula adalah senarai syarikat pembuat kereta di Amerika Syarikat serta beban hutang mereka:
SyarikatJumlah hutang
Ford Motor Co.USD107.6 bilion/milyar/serijuta
General Motors CompanyUSD18.4 bilion
Honda Motor Co. Ltd.USD62.2 bilion
Kandi Technolgies Group Inc.USD68.7 bilion
SORL Auto Parts Inc.USD24.8 bilion
Toyota Motor CorporationUSD179.6 bilion
Tata Motors LimitedUSD7.8 bilion
Kesemua syarikat di atas sangat memerlukan kepada pendapatan yang tinggi untuk membiayai perbelanjaan perniagaan serta menjelaskan beban hutang yang tinggi. Oleh yang demikian, syarikat-syarikat berkenaan perlu berusaha untuk mendapatkan pasaran dari luar negara. Mereka akan berusaha untuk memasuki pasaran luar dan seterusnya cuba untuk mengalahkan dan menghapuskan persaingan.
Namun demikian, langkah atau strategi yang sama juga dilakukan oleh syarikat-syarikat pembuat kereta lain dunia seperti di Jepun, Korea, China dan juga Malaysia. Semuanya cuba untuk menghapuskan pesaing lain kerana semua dalam keadaan bahaya untuk jatuh muflis akibat beban kewangan yang sangat tinggi. Tetapi untuk menjadi kuat mereka terpaksa menjadi besar dan untuk menjadi besar mereka juga tidak dapat lari dari behutang dengan banyak kerana itulah yang dilakukan oleh pesaing mereka yang lain. Dalam suasana perniagaan seperti ini, kegiatan perniagaan dan perdagangan bukan lagi menjadi penyumbang kepada kesejahteraan hidup manusia. Sebaliknya kegiatan perdagangan menjadi sumber kepada tekanan kehidupan manusia di seluruh dunia, terutama sekali di negara di tempat beban hutang syarikat dan individu adalah tersangat tinggi.
Apa yang ingin disampaikan di sini ialah dalam membicarakan isu TPPA dan perjanjian perdagangan bebas yang lain, permasalahan yang dihadapi oleh semua pihak yang terlibat adalah hanya tanda-tanda luaran, gejala atau simptom  kepada masalah yang lebih pokok iaitu sistem ekonomi yang salah.  Jika kita menyekat perdagangan bebas dari berlaku, tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah, terutama pada jangka panjangnya. Sebaliknya pengguna akan rugi kerana tidak dapat menikmati barangan berkualiti dari luar negara pada harga yang murah. Sebagai contoh, akibat dari sekatan perdagangan, rakyat Malaysia terpaksa membayar harga yang mahal, kadangkala puluhan ribu ringgit lebih mahal, untuk membeli kereta yang diimpot dari luar negara. Ini bukan sahaja tidak adil bahkan juga menjadi beban kewangan kepada pengguna dan masyarakat.
Apa yang perlu difikirkan bersama ialah bagaimana masalah ini boleh diselesaikan dalam jangka panjang.  Satu perkara penting ialah sistem ekonomi  yang mewujudkan suasana dalam keadaan syarikat gergasi yang berhutang dengan banyak bersaing antara satu sama lain hendaklah ditukar kepada suasana dalam keadaan para pesaing adalah syarikat yang tidak mempunyai beban hutang.
Sebenarnya salah satu dari punca utama kepada suasana di atas adalah kewujudan industri hutang yang menggalakkan syarikat berhutang dengan banyak. Industri  hutang sebenarnya tidak dibenarkan oleh Islam kerana ia adalah industri riba.  Amalan riba yang berleluasa di seluruh dunialah sebenarnya yang menjadi punca utama kepada masalah yang kita hadapi sekarang. Oleh itu, dalam konteks perbincangan berkenaan TPPA, langkah penyelesaian kepada masalah yang dhadapi boleh dibahagikan kepada langkah untuk jangka pendek dan langkah untuk jangka panjang. Untuk jangka pendek  kita harus memberi beberapa tekanan kepada kerajaan seperti berikut:
1.              Kerajaan Malaysia hendaklah lebih telus dalam perbincangan mengenai TPPAdan hendaklah membekalkan maklumat kepada rakyat Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang dibincangkan
2.              Kerajaan diminta supaya tidak bersetuju dengan apa-apa syarat dalam perjanjian yang mengakibatkan harga barang keperluan mutlak seperti ubatan menjadi lebih tinggi.
3.              Kerajaan hendaklah tidak bersetuju dengan apa jua syarat yang memberikan kebebasan kepada syarikat dalam industri yang merosakkan masyarakat atau amnya bertentangan dengan Islam seperti syarikat judi, arak dan rokok.
4.             Kerajaan hendaklah tidak bersetuju dengan apa jua syarat yang mengimplikasikan terhalangnya, apatah lagi terhapusnya,  sebarang dasar tindakan afermatif kerajaan selama ini dan kelak.  
Untuk jangka panjang, masyarakat Malaysia harus sedar bahawa sistem ekonomi perlu diubah supaya industri riba dapat dihapuskan sama sekali. Kerajaan, syarikat dan individu di dalam negara kita hendaklah lari dari sikap suka berhutang terutama sekali dari sumber riba. Usaha untuk mendidik masyarakat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tentang bahaya industri hutang hendaklah ditingkatkan agar satu hari nanti, industri ini akan dihapuskan sama sekali demi kesejahteraan manusia sejagat.
Ingatlah pesanan dari Allah SWT dalam Suraht al-Baqaraht ayat 276
Al-Baqarah ayat 276
yang bermaksud:
“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.”