Beberapa minggu lepas Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilaporkan berkata:
“Kalau kita doa BN menang (pilihan raya) lagi, BR1M tiga, empat, lima dan enam selama-lamanya mungkin kalau kerajaan BN berkuasa lagi semula dengan pendapatan yang baik, hasil pungutan cukai kita sampai RM125 bilion melimpah ruah dalam tabung Perdana Menteri, kalau minta naik pun saya fikir boleh dipertimbangkan,”
Pada 30 April 2013 pula, Dato’ Sri Najib menjanjikan kepada rakyat Malaysia satu juta unit rumah murah akan dibina oleh kerajaan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan BN telah menjadi begitu `pemurah’ dalam minggu-minggu dan hari-hari akhir sebelum pilihanraya.
Persoalannya adalah adakah ini bermakna kerajaan Malaysia telah berjaya dalam menguruskan ekonomi negara kita sehingga mampu memberi pelbagai bentuk bantuan kewangan kepada rakyat dan oleh itu perlu dibenarkan kekal memerintah Malaysia untuk lima tahun lagi?
Jawapan kepada persoalan itu boleh didapati dengan memerhatikan apa yang telah berlaku kepada beberapa negara lain dan mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku di sana.
Salah satu dari negara tersebut ialah Greece. Ia adalah sebuah negara maju di mana pendapatan per kapita pada tahun 2012 berjumlah USD$27,875 (atau RM84,112) yakni jauh lebih tinggi berbanding dengan Malaysia. Tetapi seluruh dunia juga mengetahui apa yang sedang berlaku di Greece. Ekonominya telah lingkup dan hancur dan jutaan rakyatnya sedang menderita. Tunjuk perasaan yang ganas berlaku setiap bulan semenjak 3 tahun lepas lagi. Pakar-pakar ekonomi semua berpendapat bahawa rakyat Greece akan menderita untuk tempoh yang lama di masa hadapan kerana mereka tidak yakin Greece akan dapat mengatasi masalah ekonomi yang sedang dihadapinya.
Tahukah anda apakah punca utama masalah ekonomi Greece? Jawapannya ialah hutang. Hutang kerajaan Greece telah menjadi terlampau tinggi kerana semua bantuan kerajaan kepada rakyat selama ini adalah dengan menggunakan dana yang dipinjam dari bank German dan Perancis. Oleh kerana pihak pemiutang merasakan jumlah hutang Greece akan sukar ditangani oleh kerajaan, maka kadar bunga telah dinaikkan dan ini membuatkan Greece tersepit. Untuk meyakinkan pihak pemiutang, kerajaan Greece telah terpaksa mengurangkan perbelanjaan dan oleh itu belasan ribu pekerja sektor awam telah dibuang kerja manakala selebihnya dipotong gaji. Bahkan duit untuk pesara pun turut dipotong. Akibatnya ramai rakyat menderita, terutamanya dari kalangan yang miskin dan lemah, termasuk warga tua. Puluhan ribu kehilangan tempat tinggal dan terpaksa tidur di tepi-tepi jalan.
Negara kedua yang boleh diambil iktibar ialah Sepanyol, iaitu sebuah lagi negara maju dengan pendapatan per kapita pada tahun 2011 sebanyak USD$32,900 (atau RM100,098). Sebelum 2008, Sepanyol telah mengalami kadar pertumbuhan ekonomi yang cukup memberangsangkan.
Namun apa yang gagal diberi perhatian oleh kerajaan Sepanyol adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonominya iaitu sektor hartanah yang telah berkembang pesat melalui pembiayaan dengan hutang. Dan masalah menjadi lebih serius lagi dengan kewujudan elemen spekulasi dalam pertumbuhan tersebut. Akibatnya harga hartanah melambung tinggi dan ramai rakyat Sepanyol telah berhutang untuk melabur dalam sektor tersebut.
Pada tahun 2008, susulan dari kemelesetan ekonomi dunia akibat dari krisis ekonomi `sub-prime’ di Amerika Syarikat, ekonomi Sepanyol juga telah meleset dan harga hartanah jatuh menjunam. Ramai pelabur yang berhutang menghadapi masalah dan ramai juga menjadi muflis. Dalam usaha untuk melonjakkan balik ekonominya, kerajaan Sepanyol terpaksa berbelanja dengan banyak dan akibatnya hutang kerajaan Sepanyol meningkat dengan mendadak. Nisbah hutang kerajaan Sepanyol berbanding KNK adalah 55.2% pada tahun 2009. Tetapi ianya telah melonjak naik dengan cepat dan dianggarkan menjadi 90.5% pada akhir tahun 2013.
Sekarang ini Sepanyol dilanda krisis ekonomi akibat dari krisis hutang tersebut. Akibatnya Sepanyol menghadapi krisis pengangguran yang paling teruk di Eropah iaitu pada kadar 26.3%. Di kalangan golongan muda (berumur 16-25 tahun), kadar pengangguran adalah 55.7%.
Negara terakhir yang sepatutnya menjadi iktibar kepada kita ialah Ireland. Negara tersebut mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat di antara pertengahan tahun 1990 ke tahun 2007. Tetapi di antara 2002 sehingga 2007, pertumbuhan ekonominya banyak bergantung kepada pertambahan kredit, yakni hutang. Hutang isi rumah meningkat dengan cepat akibat dari kenaikan harga dalam sektor hartanah. Sektor pembinaan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi dan juga peluang pekerjaan.
Oleh kerana bank adalah sumber utama kepada pertumbuhan ekonomi Ireland, maka saiz bank menjadi besar dan mereka juga mula berhutang daripada sumber-sumber luar Eropah. Kerajaan Ireland juga mula berbelanja dengan banyak.
Apabila krisis ekonomi dunia melanda pada tahun 2008, seperti apa yang telah berlaku di Sepanyol, harga hartanah di Ireland juga telah menjunam. Banyak bank di Ireland dalam keadaan tenat dan mengalami kerugian akibat dari kegagalan pembeli rumah membayar hutang mereka. Untuk menyelamatkan sektor perbankan di Ireland, kerajaannya telah menyuntik modal ke dalam bank tersebut dengan menggunakan dana awam. Akibatnya hutang kerajaan sendiri meningkat naik dan kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan. Ini telah mengakibatkan ramai rakyatnya sengsara.
Persoalannya adakah apa yang telah terjadi kepada negara Greece, Sepanyol dan Ireland mungkin berlaku di Malaysia?
Satu cara untuk kita menilai keadaan di Malaysia ialah dengan memerhatikan tren pertumbuhan hutang di negara kita di dalam sektor awam dan juga sektor swasta. Salah satu ukuran penting ialah nisbah hutang kerajaan berbanding KNK negara. Nisbah ini telah turun naik di masa lepas dan puratanya ialah 47.63%. Ianya berada pada tahap paling tinggi pada tahun 1990 iaitu 79.8% dan berada pada tahap paling rendah pada tahun 1997 iaitu 31.8%. Sekarang ianya berada di tahap 53.1%.[1]
Dari aspek jumlah sebenar pula, hutang kerajaan Malaysia pada tahun 1970 hanyalah RM3.5 billion. Pada akhir 2012 jumlah hutang kerajaan telah meningkat menjadi RM503 billion. Semenjak tahun 1994, perbelanjaan kerajaan adalah melebihi pendapatnya pada setiap tahun dan oleh kerana itulah jumlah hutang belum berbayar kerajaan sentiasa meningkat.
Sama ada perkara ini membimbangkan atau tidak bergantung kepada kemampuan kerajaan untuk menangani masalah tren hutangnya yang sentiasa meningkat. Untuk membantu pembaca menjawab persoalan ini, kita hanya perlu bertanya sama ada kerajaan pernah atau tidak membentangkan kepada kita satu perancangan yang jelas, terperinci dan meyakinkan tentang bagaimana ianya bercadang untuk menyelesaikan hutang terkumpulnya yang sentiasa meningkat itu. Kalau kita tidak pernah dimaklumkan bagaimana kerajaan akan menyelesaikan masaalah hutangnya sedangkan hutang tersebut sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, maka memanglah kita patut berasa bimbang.
Rasanya mungkin disebabkan hutang negara yang tinggi, rakyat terpaksa membayar cukai dengan lebih banyak
ReplyDeletekerajaan perlu membentangkan mengenai perbelanjaan negara dan cara menyelesaikan hutang sebagaimana Rafizi Ramli membentangkan cara menghapuskan PTPTN ? Insan yang cetek Ilmu. Pertanyaan.
ReplyDeleteAssalamualaikum prof...terima kasih atas pencerahan yg diberi. saya sbg salah seorg belia negara turut ada sedikit kerisauan berkenaan dgn pemberian yg pelbagai dr kerajaan kpd rakyat Malaysia.terdapat beberapa perkara yang sering saya fikirkan dan perlukan penjelasan. jadi saya mengambil peluang ini ingin bertanya kpd Prof tentang perkara tersebut yg mn Prof lebih arif untuk menerangkan isu tersebut.
ReplyDelete1)bagaimana dengan hasil petroleum negara? adakah hasil petroleum tersebut tidak mencukupi sehingga perlu kerajaan meminjam wang kpd pihak lain?
2) bagaimana pula pendapat Prof tentang manifesto yg dijanjikan oleh pembangkang mengenai pendidikan percuma, tol dihapuskan dan harga kereta diturunkan. adakah ia relevan dengan pendapatan negara?
soalan2 ini bukan memihak kepada mana2 pihak tetapi ia sekadar maklumat yang perlu diketahui oleh semua pihak yang mana mereka perlu menilai tentang buruk dan baik sesuatu perkara.
1. Hasil petrolium negara jelas tidak cukup dan sebab itu kerajaan terpaksa berhutang setiap tahun. Tapi cukup atau tak cukup bergantung kepada perbelanjaan kerajaan. Soalannya ialah kalau perbelanjaan dilakukan dengan berhemah dan ketirisan disekat, mungkin kah defisit dapat dielakkan. Saya rasa boleh inshaAllah.
Delete2. Saya tak berapa excited dengan manifesto yang menjanjikan bergitu banyak goodies kpd rakyat sebab saya rasa susah nak ditunaikan nanti dan rakyat akan ketagih dengan bantuan. Tapi pembangkang kata ketirisan kerajaan terlampau serius dan jika ianya boleh disekat, inshaAllah semua janji boleh ditunaikan. Sebenarnya saya rasa ianya tidak semudah apa yang digambarkan oleh pembangkang. Namun saya fahamlah kenapa pembangkang buat macam2 janji... ni taktik nak dapat undi semasa PRU. Biasalah ni. Rakyat kita masih mementingkan imbuhan2 jangkan pendek dalam membuat keputusan utk mengundi. Bila rakyat berfikiran pendek, pemimpin pun terpaksalah berfikiran pendek. Kalau tidak sampai bila takkan dapat menang PRU kan? :)
terbaik prof. pembangkang mmg tabur janji manis ja.
Deletemasalah nya pembangkang nk hapuskan cukai,hapuskan tol tu, x pk ke pendapatan negara akan berkurang..jgn nampak keburukan kerajaan je sbbkn awok tu penyokong pembangkang..fikir la baik2...klu u boleh write such a good artikel like this, why u x boleh pk sume tu?? artikel ni boleh menimbulkan huru hara..fikir2 kan lah!!!!!!!!!!
ReplyDeleteTerima kasih atas komen. Sabar bro. :)
DeleteKomen saya di atas harap dapat mencerahkan.
Assalm.
DeleteCuma nak mencelah sedikit. Saya rasa pertimbangan2 ekonomi melalui cdgn2 pihak pembangkang ini mengambil kira bahawa ketirtisan yang berlaku adalah lebih besar jika nak dibandingkan dengan goodies2 yg ditaburkan oleh pihak pembangkang.
Ia nampak lebih realistik berbanding janji2 utk memberikan imbuhan itu dan ini sedangkan kita tahu keadaan ekonomi M'sia yang kurang memberangsangkan.
Lagipun hasil cukai dan tol yang dikutip selama ini pon hanya memberikan kemewahan kepada golongan elit tertentu yang mempunyai kepentingan dgn pihak krjn sedangkan kos pembinaan lebuhraya juga ditanggung melalui cukai yg dikutip dari rakyat. Kemudian rakyat juga yg kena bayar, manakala kroni mendapat untung hingga ke anak cucu.
Ini bukan soal menyokong pembangkang atau tidak. Tetapi trend perbelanjaan yang tidak terkawal akan membawa bencana yang lebih dahsyat, bukan shj kepada ekonomi negara, malah ketidakstabilan politik.
Goodies2 PR adalah lebih kepada utk meringankan beban isi rumah yg semakin menekan sejak akhir2 ini yang akan membantu menggalakkan perbelanjaan dr pihak isi rumah. Kalau cukai dihapuskan, tol dihapuskan... ia menggalakkan isi rumah untuk berbelanja kerana mempunyai lebihan sekaligus merancakkan lagi ekonomi negara.
Tak gitu prof? Saya sedang aplikasikan ilmu yg sedikit. The discussion is really interesting. Thank you for sharing. :)
Dalam teori ekonomi barat, perbelanjaan oleh isi rumah sentiasa digalakkan. Dalam Islam perbelanjaan di jalan Allah sangat digalakkan. Ini bukan sahaja perbelanjaan yang menjadi tanggungawab kita (seperti zakat, tanggung ahli keluarga, ibu bapa dll.) bahkan juga yang sunat seperti membantu orang miskin dan sedaqh jariah. Perbelanjaan lain hukumya mubah tetapi dengan syarat tiada pembaziran. Dalam teori ekonomi barat, pembaziran tidak menjadi masaalah asalkan ekonomi boleh menjadi rancak.
DeleteBerbalik kpd isu di tanah air, masalah utama ialah tidak ketelusan dalam perbelanjaan kerajaan. Oleh itu kita susah nak tahu jumlah sebenar ketirisan dan pembaziran. Jadi kita hanya boleh kata `mungkin' janji pembangkang utk memberikan `goodies' kpd rakyat adalah boleh dilaksanakan. Itu sahaja.
Yang penting utk masa depan kita mahukan kerajaan yang lebih telus dalam aspek perbelanjaan nya supaya kita boleh pastikan sama ada betul2 ad ketirisan dan pembaziran dan juga jumlahnya sekali.
Salam,
DeleteSebab tuh saya rasa membantu orang miskin sebagai amal jariah nih secara tak langsung membantu ekonomi kerana golongan nih pada saya agen penggerak ekonomi yang aktif dan punya kecenderungan untuk berbelanja kerana memang mereka perlukan duit nih utk beli barang keperluan misalnya....
Tapi kalo kekayaan tuh hanya berlegar pada satu kelompok orang jer..golongan bawahan n pertengahan akan struggle untuk merebut sisa kekayaan yang tinggal dan diburukan lagi faedah/riba dari hutang dan menyebabkan hidup kita sentiasa rasa tak cukup kerana sume orang terikat dengan hutang dan riba akan bekerja keras nak bayar hutang bank...walhal sisa kekayaan yg tinggal tak cukup utk sume org rebut utk bayar hutang bank or riba nih...maka akan ade yg akan tewas or bankrap...Riba tuh dah menghakis keberkatan pendapatan kita...
Antara lain petua untuk murahkan rezeki ialah cepat selesaikan hutang....bila semua orang/organisasi cepat selesai hutang kitaran ekonomi tuh akan jadi lebih lancar dan rancak....rezeki pon cepat dapat kerana transaksi duit akan berlaku cepat dan rezeki pon cepat dapat baik individu or organisasi..
semoga Malaysia terselamat dari menjadi mangsa ekonomi ini gara2 mereka yang tidak bertanggungjawab dan gagal dalam tadbir urus negara.
ReplyDeleteSalam Prof,
ReplyDeleteIm a student from UniMAP. Politics aside, there's a few facts that i'd like to add and questions to ask:
1)The total debt to GDP of Malaysia is at 53.1% as u told. However, 88.6% of the debt is internal, and only 11.4% is external. Meaning we borrow less from outsiders. Economic events are mostly regulated within our country.
2)In comparison with Greece, 93.2% are external debt.Greece and Italy already had preexisting debt loads as percentage of GDP exceeding 100% from as long as nearly 20 years ago.
3) Greece is part of the Eurozone, and thus has no control over the issuance of its own money. Malaysia through Bank Negara controls the supply of Ringgit.
4) 54% debt to GDP is just a number, it is a matter of how efficient we spend those money. Take Japan for example which reached debt to GDP almost 200% and still going steady.
5)Malaysia is not Greece.
6) However, i totally agree with you that it is a matter of whether governments' plan about decreasing national debt is well communicated to the public or not.
7)So the question now is, how effective do you think the ETP to our economy? because many of our scholars are questioning the effectiveness of it.
8)In your opinion, will Malaysia sustain its economy and become a developed country by 2020?
9)Since Malaysia was not greatly impacted by the economic crisis in recent years, on a scale of 1 to 10, how stable do you think our economy is?
Thank you for your time Prof. It would be great to get more opinions from you. I'm just a student, wish i could learn more, thank you!
Sdra Radin,
DeleteMany thanks for the comments and questions. So sorry i cannot answer all the questions now. Maybe next time i will write an article to cover all the issues you mentioned.
I just want to mention a quick point. Debt to GDP figures is not an indicator of a country's financial strength. If you study many poor African countries economies such as Cameroon, Zambia etc. you will see that their debt to gdp ratios are less than Malaysia. But that does not mean that their financial situation is stronger than Malaysia. So similarly our debt to GDP ratio of 54% compared to Singapore whose debt to GDP ratio is about 100% does not mean that our financial situation is stronger than Singapore.
The best indicator of a government's financial situation is the financial market's assessment of its sovereign bonds. That is refelcted in the premium paid to insure those bonds. Malaysia is worse than Indonesia on that scale in 2012, believe it or not.
ok, let me respond to the earlier questions by sdra Radin.
Delete1. It is true most of or debts are internal. And it is true that is is not as bad compared to if the debt is external. However, the debts must still be paid over time plus interest. What will happen is that the debt service burden will increase and this means the government will have to increase its revenues over time. That means less subsidies and increased charges for government services in the future. Basically it means that our future generations will work harder to finance our present consumption. This is what is happening in Singapore. The debt to GDP ratio there is higher than Malaysia but sourced almost completely internally. But the Singapore government really squeeze its people to make sure it has the revenues to pay back the debt. Go to Singapore and you will realise this. For example there is no place in the whole country where you can park your car without having to pay parking fees.
2. As I said earlier, bigger debts means bigger debt services over time and more pressure on the future generation to pay for the consumption of the present generation.
3. The ability to issue your own currency does not mean that you can do whatever you want with the economy. Allowing the creation of money in order to pay for government debts will cause hyperinflation. Best example is Zimbabwe which also has its own currency. But its economy has spiraled out of control and experienced hyperinflation a few years back which amounted to more than a million per cent per annum.
4. Japan's debt to GDP is indeed more than 200%. But it is a mistake to say that Japan is going steady. Many firms went bankrupt causing severe unemployment there. Its previous practice of life-time employement is long gone and many people are struggling to make ends meet. There are thousands of people who are homeless. Just do a google shirt for `homeless in Japan' to know who serious the situation is in Japan. Also google for 'japanese lost decades' to find out about economic problems in japan. And remember that Japan has a good tax collection system. Our country's tax collection system is very bad compared to japan and therefore we will have a serious problem if we continue to accumulate debts. To say that it is just a number implies that the government can simply continues to accumulate debt. Do you really seriously expect Malaysia not to have any problem at all even if government debt goes all the way up to 900% debt to gdp ratio? Do you seriously think that the government can spend and spend by borrowing and there will be no negative implication at all since it is just a number? As you know the main source of internal debt is the EPF. Now when the debt is so high, how is the government going to obtain funds in order to make sure the retiring people can get their money back from the EPF?
5. You have to elaborate on that statement.
6. ok.
7. The ETP is OK. I am not against it. But i say that even if you have a good plan but the system encourages debt, you will still end up in trouble. The European countries and the US all had economic plans and look at the mess they are in now.
8. Being a developed country means nothing much to me. Greece, Spain, Ireland, US and japan are all developed countries. But they all are experiencing economic crises.
9. Iceland was pretty stable for decades prior to 2008. Then it crashed spectacularly. Japan was stable for decades before 1989. Then it crashed spectacularly. So to answer your question, the Malaysian economy is stable now but that does not mean it will not crash. So be prepared for that inevitability... by making sure you are not in financial debt.
Info yg cukup bermenafaat. Hutang yg banyak memang membebankan....
ReplyDeletejauhkanlah negara kita dari semua tu ya rabbi...
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/photo.php?v=312302632225556&set=vb.162138223914613&type=2&theater
ReplyDeletePada saya yang agak cetek dalam bab ni agak merisaukan situasi apa yang negara sedang lalui..tapi Prof Prof dalam wacana Ekonomi,Bual Bicara,Soal Jawab kata semua ok..under control..macam mana pulak tu.:-)
ReplyDeleteprof nazari ;; sorry i cannot answer all the question now bla bla bla'' jangan jadi prof kakng kung...buat research dulu sebelum posting ok...
ReplyDeleteprof tak sepatutnya buat mcm ni seolah olah ada agenda politik peribadi..
http://www.ahamedkameel.com/archives/509
Sabar lah saudara. Saya dah jawab di atas. Saya tak ada agenda politik peribadi. Saya bukan calun mana2 parti. Cuma sekadar berkongsi analisa saya. Itu sahaja. Kalau saudara ada hujah yang lebih kuat, sila kongsikan di sini dan sama2 kita bincang.
DeleteBersabarlah prof..teruskan wacana anda atas nama ilmu..sebarkan dgn sebaik2 mgkn..ada ramai yg membaca kolum prof atas dasar ilmu dan Allah x jadikan dunia ini dengan satu warna..
DeleteSebab tu nabi nasihat jgn berhutang... :) banyak hutang...hati pon tak senang... sana sini tak cukup... kat akhirat pon tergantung.... Allahumma salli a'la Muhammad...
ReplyDeleteProf ...such a good topic n discussion...so please yg lain comment with good intention...jgn prejudis pada org n tuduh mcm2 esp pd prof...saya boleh rasa niat prof baik n tak berpihak pd mana2 pihak politik...just general discussion...so, jgn rosakkan keharmonian discussion ni dgn komen2 yg x matang....
ReplyDeletePolitics aside, it's time, though overdue Malaysia has to start implementing prudent financial management, increase efficiency, discreet expenditures, stop lavish spending, deter corruption, misuse of public funds, wastages, etc... and DO IT NOW BEFORE IT'S TOO LATE.
ReplyDeleteTerima kasih prof atas diskusi yang membina bagi menyedarkan masyarakat kini tentang perkembangan ekonomi negara.Menurut Prof,adakah negara kita ini berpotensi untuk muflis?
Delete